Friday, March 19, 2010

MY PRODUCTS... :-)

Ni la sebahagian produk yang aku gunakan secara aktif sekarang ni.Kalo anda sedang mencari-cari nak guna produk ape, bole la bace sedikit keterangan yang aku bagi ni.Maybe bole mendatangkan idea...
CEO Cafe ni di keluarkan oleh syarikat Shuanghor. Memang bagus kopi ni.Tak manis sangat macam kopi 2 in 1 yang lain. Dan ada campuran lingzhi didalamnya. Dari dulu lagi memang aku suka sangat dengan produk yang ada campuran lingzhi. Dah dua bulan aku minum kopi ni dan aku rasa lebih sihat. Setiap kali aku minum kopi ni, aku akan rasa cepat kenyang. Aku makan nasi (makanan berat) sehari je sekali dan itu pun dalam kuantiti yang sedikit. Masalah migrain dan gastrick yang aku hadapi agak teruk sebelum ni, dah mula berkurang. Alhamdulillah... Dan dengan keadaan yang tak bersenam (sebab kecederaan kaki yang aku alami), kopi ni membantu aku berdiet sebab aku cepat kenyang. So,aku kurang makan.. Jadi, berat tak la naik ketara sangat walaupun asyik duduk je...



Krim ni namanya Krim Mustajab... Campuran pati Limau Nipis dan Halia... Baunya memang best dan tak bau pun macam halia... Yang bestnya, krim ni ade tiga kategori. Aku pakai yang middle, yang tak berapa panas. Selalunya aku pakai sebelum tido. Kalo mengikut keterangan krim ni, krim ni bole melangsingkan perut yang banyak spare tyre. heheheheheh. Tapi aku pakai kadang2 je dan elok pakai kalo sakit perut. Harganya berpatutan... :-)


Aku sekarang adalah ahli Tupperware. So, banyak produk2 keluaran jenama Tupperware yang aku pakai. Contohnya seperti krim ni. Krim ni elok pakai selepas mandi dan baunya sangat wangi... :-)




Ni aku suke sangat pakai masa mandi. Body scrub ni tak terlalu kasar dan lembut pada kulit. Basahkan dulu badan pastu pakai scrub ni. Gosok2 kat badan dan bilas. Memang bagus. Sama macam masa aku pakai lulur. Fungsinya sama. Cume tak la wangi sangat...



Eco bottle ni harganya agak mahal tapi selamat untuk digunakan. Bukan macam bekas plastik biasa dan bole beli tali untuk kemudahan nak bawa ke mana-mana. Ada dua warna, hijau dan biru... Bile letak air masak, minum tak bau plastik.


Ni produk kesukaaan aku.. Body wash ni aku sentiasa pakai setiap kali mandi... Bau bunga dan sangat2 wangi. Buih pun banyak dan bile lepas mandi, rasa segar je.. Harganya memang berpatutan... :-)



Ni adalah produk kolagen yang aku rasakan terbaik. Diperbuat dengan campuran BERRY... Harganya memang agak mahal. Tapi berbaloi. Selepas minum 3 ari, aku nampak perubahan pada kulit muka. Jerawat aku cepat kering walaupun aku kurang pakai ubat jerawat dan yang paling penting, kulit muka kurang berminyak (menurut teguran kawan2) dan nampak cerah sikit (pun menurut teguran kawan2). Rasanya macam minum jus buah..



Ni masker terbaik yang aku pernah pakai. Memang sangat2 best. Muka rasa segar dan hasilnya ketara. Baunya pun segar... Selalunya kalo nak ke event2 penting, aku akan kerap pakai masker ni untuk mencerahkan sikit muka yang kusam. Heheheheh



Ni gel pengelupas terbaik yang aku rasa aku pernah pakai. Aku pakai beberapa kali seminggu. Senang nak tanggalkan sel kulit mati kat muka dan selepas pakai, muka rasa halus je.. Memang elok dan berbaloi. Walaupun harganya lebih mahal dan saiznya kecik, tapi kualitinya bagus dan nampak kesan segera.

Wednesday, March 3, 2010

MELAYAN KERENAH BUDAK-BUDAK...

Sungguh kelakar.. sebab aku anak bongsu. Maka aku tak ada adik. So, obviously aku memang tak reti nak main dgn budak2.


Dan kebetulan, aku memang seorang yang serius.. Huhuhuhu.. Tapi budak2 ni (meaning, anak-anak buah aku) memang tak takut kat aku... Huhuhuhu.


Yang paling bongsu akan ketuk pintu bilik aku bila aku duk lepak dalam bilik dan kerjanya adalah bertanya "Dah ada internet ke? Adik nak main game ikan (fishville kat fb)"


Yang tengah pulak gile nak main game. Bagi je apa game kat dia. Dia memang rajin explore dan sanggup tido lewat hanay untuk main game. Budak2 memang cepat belajar dan sangat bersemangat tinggi nak mendapat pengalaman dan pengetahuan baru. Even kamera DSLR pun dia suruh aku ajar dia guna. Handset2 aku (lebih dari 2 handset) pun dijeling2 banyak kali. Tapi sorry, handset tak bole ajar... Bila aku bagi handset lama aku kat mak dia (meaning, kak long aku), dia memang cepat tangkap apa yang aku ajar berbanding kak long aku yang kena take notes... Hehehehehehe


Yang sulung iaitu si kakak, tanya la ape cerita pun kat tv. Dia pasti ingat jadual tayangan lengkap dgn pukul berapa. Huhuhuhu. Dia agak kurang sikit dgn game ikan tapi masih juga berminat untuk join adik2 dia bertekak sape punye giliran nak bagi ikan makan. Huhuhuhu...


AKu? Aku suke surf internet, baca majalah, menjahit baju (dah lama tak buat hobi ni..heheheh), baca blog orang, tulis entry yang ntah apa-apa (contohnya macam entry nih), main game (memang favourite) dan aku suke sangat ambik gambar. Kamera adalah aspek utama dalam pemilihan gadget aku... Dan nampaknya, hobi utama sejak kebelakangan ini, adalah melayan kerenah budak 3 orang ni. Kalo bagi diorang main game, at least diorang tak merayau naik basikal jauh2. Kan bahaya... Baik bagi dia duk umah dan leka main game. At least along bole menarik nafas lega sebab budak2 tu tak buat hal. Tapi insiden2 bertekak sebab potong giliran main game, adik main game lembab, kakak yang suke explore dan berangan nak beli ape bile duit dalam game dah banyak, adik yang kedekut nak share kerusi dgn kakak, si abang yang nak monopoli game dan sebagainya memang tak dapat dielakkan... Budak2... Huhuhuhuhu


Nak tahu apa gadget yang aku gune mcm yang aku cite tadi...? Hmm.. kita cite dlm entry yg lain.
Yang ni sebahagian gambar yang anak buah aku ambik masa merayau kat belakang umah... Aku dah kecikkan resolusinya... :-)
( Pesanan utk anak buahku : Kalo agak2 tak tahu nak jadi apa bila besar nanti, jadi la jurufoto.. Ok gak. Di samping menjadi hobi, bole buat duit... )

Monday, March 1, 2010

MALAM INI...

Malam ni aku cuma rasa macam nak menulis sesuatu.... Kat luar sana, aku bole dengar bunyi guruh.... Harap2 hari ni akan hujan dan akan menghilangkan suasana panas dan juga panas dalam hati aku ni...
Sepatutnya,perjalanan hidup ni adalah mudah untuk di lalui.. Namun kadang-kala kita menjadikannya terlalu complicated.. Dan seterusnya, kita semakin keliru...