Sunday, August 1, 2010

PROJEK DIET

Sebuah lagi novel remaja yang aku beli kat POPULAR petang tadi.. Aku baru selesai membaca buku ni. Apa lagi yang boleh aku komen tentang buku ini melainkan hanya 1 perkataan : "TERBAIK!!!!!!"
Buku ni sangat informatif iaitu pasal seorang budak perempuan tingkatan 5 yang berusaha nak kurus sebab dia dah berada pd tahap gemuk. Motivasi terbaik adalah sebab dia nak jumpa prince charming dia dalam 1 kejohanan taekwando kat sekolah dia dalam masa 3 bulan akan datang.
Banyak langkah2 diet yang dia buat n banyak tak berkesan. Tapi berkat sokongan kwn2 n mak dia, maka dia berjaya juga akhirnya menurunkan beberapa kg selepas 3 bulan. Ok la kan daripada langsung takde hasil???
Memang bagus la buku ni... Aku pun terasa juga sebab aku pun gemok macam budak ni. Aku juga malas bersenam macam dia cume bezanya, aku memang tak kuat makan. Aku lebih banyak minum air. Tapi aku juga tak bersenam n sangat2 busy dgn kerja.. kerja... kerja...
Aku juga kena atur strategi agar baju raya aku masih boleh di pakai. Aku tempah baju kurung time aku mc patah kaki hari tu. So, takut dah tak muat je. Huhuhuhu...
Aku kena bersenam!!! Dan paling penting, aku kena kawal pemakanan. Kena kurangkan fast food.. Huhuhuhu... Semoga aku berjaya seperti budak ni... :-) Usaha tangga kejayaan...