Saturday, March 19, 2011

BLEACH : THE ARRANCAR SAGA IS FINALLY OVER!


Baru beli dvd Bleach yang baru... Satu-satunya anime yang saya tonton dari episod 1... DVD kali ni memuatkan siri dari episod 307 hingga 310. Berdasarkan tajuk2 ceritanya, saya dah dapat agak episod kali ni pasti sedih...

Seperti yang dijangka, siri pertempuran dan pengkhianatan di 'Soul City' yang dirancang oleh Aizen akhirnya berakhir. Seperti yang saya agak juga, Ichimaru Gin selama ni sengaja berpura-pura menjadi pengikut setia Aizen kerana dia menyimpan dendam nak membunuh Aizen yang telah menyiksa Rangiku Matsumoto masa kecik. Saya tak faham apa yang Aizen dah buat pada Rangiku Matsumoto tapi nampak macam kesalahan yang sangat serius di mata Gin.

Gin cuba bunuh Aizen tapi gagal. Nasib baik Kurosaki Ichigo sampai tepat pada masanya selepas selesai mencari jawapan peringkat 'bankai' yang terakhirnya iaitu 'Final Getsugatensho'. Ichigo kelihatan sangat hebat dengan rambut yang lebih panjang dan nampak lebih tinggi dari biasa... Dan dia kelihatan tenang sepanjang 'battle' dengan Aizen. Ini adalah disebabkan, kuasa yang ada pada Ichigo jauh lebih hebat daripada kuasa Aizen.

Tapi, untuk melancarkan serangan 'Final Getsugatensho', Ichigo perlu berkorban... Semua kuasa 'shinigami' yang ada padanya akan hilang sekiranya dia menggunakan serangan 'Final Getsugatensho'. Tapi demi menyelamatkan keadaan, Ichigo tetap nak bertarung habis-habisan walaupun dia tahu akibat yang akan diterima selepas itu.

Ternyata, serangan Ichigo telah menyebabkan kuasa Aizen terganggu dan gagal. Semua yang berperang di 'Hueco Mundo' akhirnya dapat pulang ke 'Soul City' dengan kecederaan yang pelbagai.

Saya sangat gembira bile melihat Inoue Orihime dapat berjumpa Kurosaki Ichigo. Inoue sangat2 mencintai Kurosaki... Tapi, adakah hubungan itu bole berkembang kepada sebuah percintaan atau hanya stay sebagai persahabatan seperti yang lain? Saya sedih memikirkannya...

Rangiku Matsumoto pula bersedih dan berasa kehilangan kerana Ichimaru Gin di bunuh oleh Aizen. Sebenarnya, Ichimaru juga mencintai Rangiku Matsumoto daripada dulu lagi... Malangnya, cinta tak kesampaian...

Hitsugaya Toshiro pula berlatih 'bankai' habis-habisan kerana dia sedih kuasa yang ada pada dia tak mampu melindungi Hinamori dalam pertempuran. Hinamori cedera...

Bleach kali ni tak seceria dulu. Walaupun hanya kartun, tapi sy rasa sedih. Sebab saya mengikuti siri ni sejak episod 1. Saya memantau perkembangan watak-watak dalam anime ni. Dan sy sangat2 sedih sebab Bleach kali ni banyak perubahan dan kehilangan.

Apa akan terjadi kepada Ichigo jika semua kuasa 'shinigami'nya hilang? Adakah dia mencintai Inoue seperti Inoue mencintai dia? :-(

'The Arrancar Saga : Episod 1 hingga episod 310' akhirnya selesai...

Friday, March 18, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


Malam semalam, aku dan kawan2 opis akhirnya dapat meluangkan masa menonton movie ni... Aku sebenarnya dah teruja nak menonton cite ni sejak tengok trailer movie ni kat youtube. Oleh sebab aku dan kawan2 opis masing2 ada hal sejak 10 Mac yang lepas (sejak 1st premier kat Malaysia), maka kami plan dgn penuh bersungguh-sungguh.
Makanya, kami gerak kul 530 petang dari opis. Berkumpul di opis dan kawan aku sampai tak sempat balik umah. Tukar baju kat opis je. Aku sempat fly balik umah jap untuk bersiap-siap. heheheh.
Kami pergi berempat dan aku sangat2 teruja... Hehehehehe. Overall, untuk sebuah movie melayu, epik dan sejarah, memang cite ni best... Satu anjakan paradigma pada sebuah filem melayu. Sebab, jarang dapat tengok cite melayu macam ni. Banyak action, kata-kata yang tersusun rapi dan pelakon-pelakonnya bukan- calang-calang.
Secara ringkasnya, movie ini mengisahkan Merong Mahawangsa dalam misi menghantar Putera Rom untuk berkahwin dengan Puteri Cina yang bernama Ying-Ying. Dalam sebuah pertempuran, puteri tersebut di culik oleh Geruda. Geruda mohon tebusan yang sangat banyak. Merong cedera parah dalam pertempuran tu. Putera Rom tu pulak, ditikam oleh Kemawas, iaitu orang Geruda.
Merong telah diselamatkan oleh seorang pakcik yang bernama Kesum dan menjalani latihan intensif demi mengalahkan Geruda. Dia kemudiannya terjatuh hati dengan Embok iaitu seorang wanita yang telah menjadi mangsa Kemawas dan Embok adalah pembantu kepada pakcik Kesum.
Merong kemudiannya menyerang kubu Geruda. Secara tiba-tiba juga, armada dari China dan Rom turut datang menyerang Geruda. Akhirnya Geruda dapat ditewaskan dan Merong mengorbankan dirinya demi menyelamatkan negaranya.
Sungguh dramatis. Teknik CGI yang digunakan juga memang hebat. Saya suka cerita ni sama seperti saya suka kepada filem Puteri Gunung Ledang. Kelembutan dan keindahan bahasa melayu yang digunakan dalam filem ni sangat2 menarik hati saya. Bangga sebab Malaysia mampu menghasilkan filem seperti ini. Kepada yang suka filem bermotif aksi atau sejarah, bole la tonton. :-)

Wednesday, March 16, 2011

TRIP TO PAHANG...

Assalamualaikum...

Khamis minggu lepas (a.k.a 10 mac 2011), aku dan kawan2 beserta encik boss, menuju ke Kuantan Pahang. Kali ni ada World Water Day Colloquium 2011 : "Water for cities : responding to the urban challenge" yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 11 Mac 2011. Aku stay kat Hotel Vistana. Pnginapan ok... So, hari Jumaatnya, bermula la kolokium tu dari kul 9 pagi sampai 5 ptg. Ada 6 paper yang di present.

Paper 1 : Urban water supply

Paper 2 : Rainwater for cities

Paper 3 : 1 state, 1 river : success story

Paper 4 : Pekan flood mitigation project

Paper 5 : Integrated stormwater management

Paper 6 : Water security in malaysia


Overall, bagus la presentation kali ni. Presenter pun bukan calang-calang orang. Naik segan juga mendengar gelaran2 nama diorang ni. Huhuhuhu... Bayaran untuk seorang participant adalah RM300. Tak termasuk penginapan tau... Sarapan, makan tengahari dan minum petang disediakan.


Esoknya, kami menuju ke Pekan di mana berlangsungnya perasmian hari Air Sedunia di Pekan River Front oleh PM kita. Tema kali ini adalah "Air untuk bandar : keperluan dan cabaran". Perasmian ni, hanya boss aku yang gi. Aku malas nak gi sebab baju kurung hanya bawa sehelai je untuk gi kolokium. Dan aku tak berminat nak beli baju baru semata-mata nak gi event tu. Huhuhu. Selain perasmian, ada juga event seperti berbasikal dan berakit yang diadakan serentak pada pagi sabtu tu. Memang Pekan busy giler dan banyak jalan di tutup. Aku siap guna GPA nak gi cari kedai minum. Hahahahah.


Pagi Sabtu tu ingat nak gi mancing, tapi angin kuat sangat dan air sangat keruh. So, cancel la plan nak mancing. Jalan-jalan gitu2 aje la... Lebih kurang kul 1 tengahari, boss ajak balik dan kami menuju ke Kuantan semula. Kami lunch di East Cost Mall (ECM), Kuantan dan pizza di taja oleh encik boss. Banyak gile makan.. Huahuahuahua. Habis diet aku tau!


Then, kami meneruskan perjalanan balik ke Putrajaya untuk menghantar encik boss dan kemudian balik ke perak. Lebih kurang kul 11 malam baru sampai umah aku. Huarghhhhh.. memang letih tapi hari ahad tu still gi opis dari pagi sampai petang untuk siapkan keje. Perghhh.. memang cemerlang la.. hahahah :-p

Monday, March 7, 2011

SEPETANG MEMANCING UDANG...

Hari ni saya menyusuri Sungai Perak bersama-sama kawan2 dengan menaiki bot.. Kali ni nak cuba memancing udang. Segala peralatan telah dibeli. Gambar batang pancing kat bawah ni adalah peralatan yang dibawa. Batang pancing yang bertali hijau tu semuanya baru dibeli semata-mata nak memancing udang. Thanks a lot to pakcik yang support peralatan kali ni. Sebelum ni, peralatan memancing yg saya ada hanyalah untuk memancing ikan di laut. Yang khas untuk memancing udang memang tak ada.. Basically, batang pancing dan mesinnya adalah bersaiz kecil. Batu ladung, mata kail dan klip juga bersaiz kecil. Bezanya, mata kail diikat dua berlapis. Umpan yang kami pakai adalah cacing dan juga anak udang yang di tangguk di kawasan sekitar oleh tuan punya bot. Terima kasih kepada pakcik dan tuan punya bot yang menaja trip memancing kali ni. Heheheheh...


Kami menaiki bot berbumbung yang besar dan luas. So kalo hujan pun, tak la risau sangat. Masa kami di tengah2 Sungai Perak, guruh dan petir dah berbunyi hebat kat langit. Tapi kami bersabar dan terus memancing. Hujan pun turun juga walaupun tak lebat. Alhamdulillah cuaca kemudiannya ok... Kami memancing sampai malam. Kemudian, kelkatu menyerang kami sebab pasang lampu kat bot. Adoiii.... Bengang betul dengan kelkatu tu. Last2 kami kemas2 dan balik.

Gambar di bawah ni adalah udang2 yang berjaya di tangkap dalam trip kali ni. Tak la banyak sangat tapi ada la jugak. Selain udang, hanya ikan belida je yang berjaya di tarik. Pemancing kat kawasan berdekatan ada yang berjaya dapat ikan lampam. Cis, jeles sungguh rasanya. Anyway, memang best. Ni la kali pertama memancing di tengah2 Sungai Perak. Ini juga kali pertama memancing udang dan memancing hingga malam didalam bot. Memang teruja dan kalo boleh, nak gi lagi next time. Insyaallah...



Wednesday, March 2, 2011

DI MANA KITA?

acapkali kaki melangkah ke hadapan
hakikatnya kita hanya
mengundur dua tapak ke belakang..
di setiap cerita-cerita manis
hanya terselit kisah yang menitiskan airmata
dan masa terus berlalu
tanpa disedari
dan kita hanya bermain tarik tali...
tak ingin mengejar lagi
tak ingin mengingatkan lagi
tak ingin berkata apa-apa lagi...
di manakah kita?

GAMBAR KELONG PARADISE, JETI BNO

As i've promised before... Take a look.. :-)

Ni gambar tangkapan orang lain yang sempat dirakamkan... Hebat kan?


Ni la gamba kelongnya... Terletak di Sabak Bernam. Dari jeti BNO ke kelong ni ambil masa tak sampai 10 minit pun...