Tuesday, November 30, 2010

Cameron Highland again...


Tahun ni, ini adalah kali kedua aku ke Cameron Highland.. Kali ni dengan member2 lama masa kat U dulu. Memang best jumpa diorang ni. Rasa macam kembali muda 5 tahun je.. Hahahahaha..

Kawan aku datang dari Penang last Thursday. Aku ambik dia kat bus station and bawak dia lepak umah aku dulu. Esok pagi, kami gerak ambik lagi 2 orang kawan kat bus station yang baru sampai. Diorang dari terengganu...

Then misi menjelajah Cameron Highland bermula. Kami stay 1 malam kat Coolpoint Hotel. Hotel ni biasa je kat Tanah Rata tapiok la... Tenang je.Then kami merayap masuk EQ strawberry farm untuk petik strawberry sendiri and of course makan strawberry choc. Yummy!!!

Then masuk butterfly farm. Petang gi pasar kat depan Star Regency tu...Best sebab dapat beli selendang baru. Hehehehhe

Hari esoknya, pagi2 lagi dah gerak masuk ke Taman Agro MARDI kat Tanah Rata. Bergambar sakan dari bawah sampai puncak bukit tempat tanam teh. Sangat menenangkan.. Bila gi dgn kawan2 yang sekepala, memang macam2 aksi dapat dirakamkan oleh lensa kamera.. Heheheheh

Then ke Tea House Cameron Valley untuk menikmati minuman panas and bergambar kat celah2 pokok teh... Memang terpesona dengan kehijauan alam yang saujana mata memandang...

Kemudian naik ke puncak semula untuk bershopping sakan kat pasar. Beli strawberry, lavendar and dried fruit. Cukuplah untuk ole-ole di bawa pulang...

Masa balik, hujan menemani sepanjang perjalanan. Drive pun slow je. Kami ke Kellie Castle pulak untuk sesi bergambar seterusnya. Nak dijadikan cerita, aku tersadung tiles berlubang kat sana. Kaki yang patah hari tu pulak yang kena. Aduhhh.. Terdiam aku sejenak. Nasib baik tak apa2. Cuma urat kat sekitar ankle tu bengkak.. Hmmm, malang tak berbau...

Tapi walau apa pun, masih bersuka-ria bergambar macam biasa... Dan petang tu, aku hantar kawan2 naik bas and aku pulang ke rumah keseorangan...

Memang best trip kali ni. Rindu jumpa kawan2 lama... :-)

Tuesday, November 23, 2010

Ke Melaka...


Last Friday, aku bersama along and anak-anak buah aku g ke Melaka.. Anak-anak buah aku dah teringin sangat nak tengok A-Farmosa.. So, bawak la diorang g jalan2...

Teruja betul budak2 tu bile tengok A-Farmosa... Kami bergambar sakan.. Then aku bawak diorang masuk ke muzium setem, muzium kapal, dataran pahlawan, heritage... Cuma budak2 tu naik naik Taming Sari tapi aku tak layan. Aku jenis gayat.. Nak naik Melaka river cruise tapi tak kesampaian sebab masa tu kaunter close for sembahyang jumaat... Next time la ek... :-)

Next trip sudah dirancang. Harap2nya apa yang dirancang, menjadi kenyataan.. :-)

Tuesday, November 16, 2010

MY BIRTHDAY...

Alhamdulillah dah selamat menyambut hari jadi sy baru2 ni.... Syukur kerana family n rakan2 yang ada bersama untuk meraikannya... Sy tak buat majlis besar pun. Hanya potong kek n wat beberapa menu untuk menjamu rakan2, adik beradik dan pakcik sy sekeluarga...

Walaupun begitu, rasa seronok sangat sebab tak pernah sambut macam ni.. Selalunya sy sambut bday bersama rakan2 kat tempat keje je... Tapi oleh sebab tahun ni, bday sy jatuh pada hari sabtu, so sy pun balik kampung bersama kawan2 sy...

Thanks to family dan rakan2. I love you...Thanks juga kpd yg wish, yg bg kad, yg bg hadiah.. Huhuhuhu. Sy sgt2 menghargainya...

Sy harap, bday kali ini sy dilimpahi dgn keberkatan dan kebahagiaan yang tak terbatas... Syukur juga di atas segala pemberian dariNya...:-) Dan semoga wish yg sy buat ketika potong kek itu akan menjadi kenyataan.. Aminnnn...