Saturday, October 23, 2010

MEGA.... KAU KU NANTIKAN...

Warna mega itu
Sering ku nantikan
Kerana dari warna itu
Rasa kosong itu lenyap
Dan aku terus kaku
Berdiri menghadap langit yang luas

Betapa kerdilnya aku
Dalam luahan nikmatMu
Dan betapa bersyukurnya aku
Masih dapat bernafas
Dan bergerak dalam takdirMu

Mega itu
Sering ku tunggu
Kerana kesunyian itu
Sama seperti di hatiku
Kerana kegelapan itu
Sama seperti impianku...

Mega itu...
Sering ku tunggu
Dan terus menunggu...

SAMPAIKAN RINDU INI KEPADANYA...

Rasa itu
Hadir tanpa petanda

Hanya wajah terbayang di birai mata
Dan lidahku terus kelu
Tanpa sebarang kata

Warna jingga dalam hati
Bertukar menjadi debu
Kelam
Dan
Lebur bersama sepi

Ku mundur setapak
Namun kaki terasa berat
Umpama terpasak
Dan tak mampu berganjak

Dan aku
Lemas dengan rasa ini

Sunyi
Sepi

Rasa apakah ini?
Kerana ia terlalu kerap hadir
Juga muncul di dalam mimpi

Sampaikan rasa ini padanya
Yang tak ku ketahui di mana dia
Dan tak ku tahu siapakah dia
Kerana bayangnya terlalu samar
Sekelam ruang hati
Segelap impian di esok hari

Tiada lagi ketenangan dalam hati
Tiada lagi mentari
Tiada lagi warna indah
Segalanya hilang sudah

Bagaimana dapat kuluahkan
Setiap rasa di dalam hati ini?

Adakah ini rindu
Jika benar rindu,
Ku rayu padamu
Sampaikan padanya
Selitkan ke hatinya
Yang tak ku ketahui di mana dia..

Tuesday, October 19, 2010

REFRESH MYSELF...

Ok... Nyata sekali kita tidak dilengkapkan dengan butang 'save', 'delete', 'pause' dan 'stop'. Maka, terlalu banyak drama bermain di depan mata. Hingga kadang -kala rasa terlalu memualkan dan ada juga membuatkan kita rasa nak pengsan. Oleh itu, kita kena 'refresh' diri sendiri...

Sejak kebelakangan ni, aku sangat2 tertekan. Stress dengan segolongan manusia yang tak habis-habis menekan kepala otak aku... Yang tak abis-abis membuat onar dalam hati aku. Tak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, sama sahaja.. Hingga terjadi satu peristiwa, orang yang sangat aku hormati, mengguris hati aku dengan kata-kata yang aku rasakan tak patut di luahkan oleh seorang insan yang ada otak dan dah berjuta-juta pengalaman.

But still, manusia ni tak sama... Dan setiap manusia dipisahkan dengan akal dan nafsu. Dan bila hasad dengki mula beraja di hati, kita cenderung untuk melukai orang yang selama ini teguh berdiri bersama-sama kita. Dan golongan itu terasa bahawa dia menang, tapi apakah erti kemenangan sebenar jika dia sebenarnya melalui proses lebih banyak kehilangan. Kehilangan yang dimaksudkan adalah kehilangan kepercayaan aku ke atas dia. Apa gunanya mempercayai golongan yang bersifat lalang? Lebih baik aku berdiam diri.

Dan hasilnya, beberapa minggu lepas, aku mengambil keputusan untuk 'refresh' semula kepala otak aku ni. Dari utara aku bergerak ke kampung. Menghabiskan hari-hari duka dengan berjalan di taman dan di tepi pantai. Menyaksikan keindahan alam sewaktu senja. Betapa indahnya dunia ini aku rasakan...

Hari esoknya aku bergerak ke selatan. Uniknya, kali ni tak ada sebarang plan. Just go with the flow. Aku menyusuri jalan-jalan waktu aku di universiti dulu. Sangat2 indah. Kemudian singgah di Ayer Hitam untuk membeli belah untuk family. Lokasi seterusnya ialah ke Desaru. Memang jauh.. Sangat bosan memandu dan cuaca pun macam nak hujan dan kadang-kala renyai2. Sampai je sana, sangat2 aman dan damai sebab tak ramai orang.

Aku ke Pantai Desaru, Pantai Tanjung Balau dan Pantai Batu Layar. Memang menarik... Sunyi dan ombak kuat menghempas pantai. Aku merasakan masalah-masalah aku hilang di bawa ombak... Dan malam tu, aku tidur di Desaru Golden Beach Hotel... Tak fancy pun tapi sungguh tenang...

Hari esoknya aku bergerak balik ke kampung. Tak bercadang pun untuk bercuti lama kerana aku terasa macam nak bergerak. Kalau menginap kat suatu tempat, kepala aku serabut. Dan setelah banyak persinggahan, malam tu aku sampai semula ke kampung. Aku berehat sepuasnya kat rumah. Memang best...
Hari esoknya, aku merayap ke Pantai Bagan Lalang. Kebetulan masa pergi pantai Bagan Lalang, air surut sampai ke tengah. So, tak cantik. Dan ramai orang nak tunggu air naik sebab nak mandi. Airnya pun masa tu baru start naik. memang lambat kalo nak tunggu. Sebelum balik, aku sempat bergambar dengan teratai kat kolam berhampiran. Cantiknya.. Teratai adalah bunga yang paling aku suka...

Masa balik, aku singgah Salak Tinggi dan Bandar Baru Salak Tinggi. Aku menyusuri kembali memori di Kolej Teknologi Timur (KTT), Sepang, tempat aku matrikulasi dulu. Tak banyak yang berubah. Semuanya masih sama...

Balik tu, singgah pasar malam, pastu makan tepi pantai menyaksikan keindahan alam... Memang best... Masa tu matahari dah terbenam tapi mega-mega masih ada dengan pelbagai warna. Memang indah...

Hari esoknya, aku balik semula ke utara dan membuat beberapa tindakan drastik dalam hidup. Dan aku rasakan, keputusan pada ketika itu dan seterusnya pada masa hadapan, adalah yang terbaik untuk semua orang yang selama ini terlalu banyak berpura-pura depan aku. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Minggu berikutnya, hari Rabu dan Khamis, aku ke selatan semula menyudahlan beberapa urusan rasmi bersama kawan2. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan. Syukur sangat2...

Hari Sabtu, aku bergerak ke Sg. merbuk, Kedah sebab ada meeting di sana. Di Chalet Terapung PPK Sg. Merbuk, memang tenang. Dan sungguh adventure. Tapi keindahan alam tu membuatkan aku rasa seronok walaupun accomodationnya serba kekurangan.. Dan aku sedar, aku sebenarnya seorang yang sangat minimal. Yang penting ada tempat nak tidur, maka aku tak kisah walaupun chalet tu kurang memuaskan. Dan aku sempat memancing beberapa jam. Hari Sabtu tu, meeting habis pukul 3 pagi. Memang sejarah betul. Lepas tu aku sambung dengan memancing seorang diri. Tapi malangnya, hujan lebat. Aku yang dah basah lenjun, terus tido...
Esoknya, naik bot menyusuri Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka... Beli sedikit buah tangan untuk di bawa pulang. Dan ketika itu, berlaku suatu kenangan yang sangat tak bole aku lupakan. Aku selama ni memang suke mengusik orang termasuk boss aku sekali. Masa nak minum pagi, aku terbuat lawak depan dia. Dia maybe dah lama bengang sebab aku selalu kenakan dia. Terus dia pukul siku aku dengan piring plastik. Adoi... punye la sakit. Nasib baik la pinggan plastik. Kalo pinggan kaca, mahu retak siku aku. Tu dia da geram sangat la tu. Dia tak marah tapi mungkin sebab aku asyik kenakan dia je.. Huhuhuhu.. Apalah nasib...
Tengahari tu memancing lagi tapi angin kuat sangat dan ikan pun nampaknya tak sudi nak makan. Petang tu aku balik semula. Dan singgah makan di Sg. Dua. Minum air kelapa fresh.. memang best dan terasa sungguh kenyang...

Malam, sampai di Setiawan sebab nak hantar kawan balik rumah. Pastu beli barang di Giant dan melepak seketika di Oldtown untuk menghilangkan penat... Dan baru la menuju balik ke rumah... Sekarang aku dah mula bekerja dan rasa sedikit release. Perjalanan yang jauh sedikit sebanyak menyembuhkan luka-luka dalam hati... Cuma tak tahu sejauh mana luka itu bisa sembuh atau selamaynya terus
berdarah dalam hati...

Monday, October 18, 2010

I hate BLUE...

Minggu lepas, rasa sakit hati sangat... Sebab terlihat seseorang yang aku sangat2 anti, pakai baju biru... Sungguh meluat. Sungguh gedik.

Aku terfikir, sepatutnya 3 tahun yg lepas, aku lempang muka dia sekali. Untuk bagi dia pengajaran supaya jgn menggedik sangat.

Eh, tolong la... Jangan tunjuk sangat ko tu gedik. Meluat la tengok. Nampaknya apa yg dah jadi beberapa tahun ni memang tak meninggalkan pengajaran dalam kepala otak ko. Dan skrg aku sangat2 menyesal kerana tak bagi ko sedikit pengajaran suatu ketika dulu. Alangkah indahnya jika aku boleh memutar kembali masa...

Dan kerana ko, aku skrg anti colour biru.. Nak tengok pun tak bole.. Owh, sungguh derita...