Saturday, July 31, 2010

Aku mahu SUPERBIBIK!!!!



Pagi tadi ade sorang kawan bagitahu yang dia tengah kemas2 habuk kat umah, susun alih perabot. Huahuahua. Aku dah lama tak buat aktiviti tu. Ntah bape banyak habuk la kat umah aku kan... huhuhuhu
Then aku ke tempat favourite aku, POPULAR. Jalan-jalan baca novel2 best. Tetiba terhenti kat bahagian novel remaja. Tajuknya "Aku mahu SUPERBIBIK"!!!!!. Bace sinopsis macam superbrilliant.
Wah, tajuk yang sungguh hebat.. Dengan kaler cover yang merah2 n pink. Favourite colour!!! Maka dengan hati girang, terus ambik n g kaunter n bayar.
Tak sangka aku baca buku novel remaja. Huahuahua. Aku baca buku ni sebaik sahaja aku sampai umah. Tengah2 baca, aku terus tak sedar ape. Apakah maksudnya???? Huahuahua.
Novel remaja ni, tak bole nak expect tinggi2 la macam novel lain. Lagipun yang tulis maybe muda lagi. Gaya bahasa, sesuai dengan jiwa aku but maybe agak slow n boring sikit... Sebab aku memang suke membaca. So, kalo cite best, mustahil aku leh tido....
Dalam realiti, aku juga mahukan seorang superbibik yang leh clearkan semua laundry aku. Aku gile bekerja dan sangat2 busy dengan out-station. Adakah superbibik wujud di alam sebenar? Hehehehehe...
Anyway, tak rugi kalo beli. Sometimes kita kena explore apa yang golongan muda remaja nak sampaikan... Nice idea n simple... :-)

Thursday, July 29, 2010

Si bongsu yang kuat nangis....

Siapakah si bongsu itu? Siapakah? Siapakah? Hahahahahaha... aku la...
Sungguh dramatik bile semalam aku nangis sepanjang perjalanan balik dari opis ke Ipoh. Lebih kurang sejam.. Wah, sungguh lama aku nangis.. Bengkak mata aku...
Sedihnya bile aku selalu tewas dalam sesuatu cabaran... Dan semalam rasa sangat2 patah hati...
Malam tadi, dengar lagu tahap jiwang tak bole blah.. huahuahua.. Still hari ni mood aku berubah-ubah... Aku rasa aku kena buat-buat happy... Aku rasa aku kena sibukkan diri supaya aku tak sempat memikirkan hati yang kecewa ni..
Mesti orang yg baca post ni rasa konpius sebab adakah hal ini berkaitan cinta???? Jawapannya : TIDAK!!!!!
Aku patah hati bukan kerana cinta.. Aku dan cinta mempunyai jurang yang sangat2 jauh..
Teringat kata-kata kawan aku "Lelaki sekarang suke pompuan yang gedik2 n gatal2". Aku setuju dengan pendapat tu sebab dah terlampau banyak bukti. Aku selaku insan yang keras kepala, degil dan kasar (ni yang dilabelkan kpd aku), rasanya takde tempat untuk bercinta... So, aku bukan patah hati kerana cinta...
Makanya, semalam si bongsu menangis seharian memikirkan masalah yang tidak berkesudahan.. Ciannya si bongsu ni.. heheheheh. Hari ni mood aku tak ok... Tapi rasanya masih mampu mengawal emosi supaya tak tercarut kepada sesiapa yang berperangai macam tutttttt je hari ni!!!

Wednesday, July 28, 2010

RIMAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rimas bile jumpa org yg sentiasa rasa org lain salah n dia betul...

Rimas bile jumpa org yg saling nak menikam org dari belakang all the time.. Bosan...

Sunday, July 25, 2010

3 Idiots...

Kebiasaannya, aku hanya menonton cite2 hindi yang hero n heroinnya hensem n cun belaka, beserta lagu yang best n fesyen2 pakaian yang latest. Cite zaman dolu-dolu memang tak layan...
Tetiba angin nak tengok cite hindi bertiup kencang. Aku pun tengok la cite hindi, 3 idiots. Heronya Aamir Khan n heroin feveret aku, Kareena Kapoor...
Honestly, ni la pertama kali aku tengok cite hindi yang menampilkan plot yang sangat2 berbeza dan terlalu banyak mesej yang nak disampaikan.
Menampilkan kisah student engineering serta heroin bidang perubatan. Pergelutan mengejar cita-cita, tanggapan masyarakat, perbezaan status dan kisah cinta yang sangat2 simple... Dan lebih menarik, aku suke bile Kareena bawak watak seorang gadis biasa yang tak gedik n tak pakai baju yang grand2 macam filem2 lain. Lawak sekali bila dia bawak motor scooter dengan helmetseparuh. Cute!! Aamir Khan pulak nampak cute n sangat muda. Suntik botox kah? hahahahahah
To all parents, jangan sesekali mencorak masa depan anak-anak.. Kita tunjukkan jalan ke arah kejayaan, selebihnya biar anak anda sendiri yang menentukan. Perjalanan hidup mereka masih panjang. Tak semestinya anak anda harus memilih sama ada nak jadi engineer atau doctor. Oh, please.. Saya juga seorang engineer... Apa yang bole saya katakan, kerja engineer juga sama seperti pekerjaan lain. Setiap kerjaya ada risiko yang berbeza tapi tanggungjawab selaku seorang pekerja, masih sama...
Listen to your heart.. Jangan peduli even orang panggil anda idiot @bodo @ bangang atau lain-lain perkataan... Yang penting anda tahu apa yang anda buat.. Dan yang sangat2 penting, setiap apa yang anda buat, berdirilah di atas kaki sendiri dan jangan menyusahkan orang!!! :-)

Saturday, July 24, 2010

AKU BUKANNYA SASTERAWAN NEGARA...

Dari malam tadi, aku dilanda taufan kejiwangan... Melayan lagu-lagu jiwang, menulis puisi2 jiwang, membaca novel2 jiwang.. Memang jiwang habis la...

Dengar pulak lagu Ways - Warkah buat kekasih... Terjatuh hati dengan ayat "Aku bukannya sasterawan negara... Aku hanya manusia biasa...". Seriously, aku seorang yg sangat2 kasar n ganas (perasan brutal la konon). hehehehehe... Tapi aku juga manusia biasa. Aku juga ada angin rindu-rinduan walaupun aku tak tahu pada siapa harus ku merindu.. ngehngehngeh...

Tapi bila aku jiwang, memang tahap maximum... Ayat sume jiwang tak bole blah... Hahaha.. Dan sekarang masih dengar lagu tahap jiwang and tangkap nangis punye la...

Best betul dapat bercuti semalam. Malangnya cuti ari Isnin ni dibatalkan n kena g meeting. Cis, rosakprogram...

Tapi takpela.. Yang penting skrg bole jiwang-jiwangan di rumah... Selamat menjiwangkan diri kepada anda semua... :-)

Friday, July 23, 2010

CUKUP SETAKAT INI...

NOKTAH...

Antara kau dan aku

Kerana

Aku kini faham

Siapa aku

Dalam hidupmu

NOKTAH

Setakat ini sahaja

Aku menganyam awan gemawan

Meneman hidupku

Cukup setakat ini sahaja

Kisah kita

Biarkan terkubur selamanya...

Ku intai cinta...

Yang gelap adakah akan terus suram
Di lindung bulan...?

Yang terang perlukah di suluh
Agar tidak hilang arah...?

Ku hanya melihatmu
Dari jauh
Beserta doa
Agar suatu hari nanti
Kau melihat kembali tepat kemataku

Ku intai cintamu
Dalam rahsia
Dalam diam
Dalam kelu

Hanya kata-kata ini
Yang bisa kucoretkan
Kerana suara telah hilang
Bersama sendu semalam

Doaku...
Moga kebahagiaan itu milikku

Doaku...
Agar tiada lagi
Selumbar menikam hati...

Namun
Ku hanya bisa mengintai cintamu
Dari kejauhan

Dan
Tak mungkin kita bertemu
Kerana aku tahu
Dalam mimpi pun tak mungkin cinta bersatu...

Thursday, July 22, 2010

Oh, jariku bukan plastik...!!!

Ketika menulis post ni, jari aku masih kebas2... Semalam terkepit kat pintu kete.. Oh, menjerit dan terus menangis di tempat kejadian. Sungguh tidak ku sangka, jari secomel dan secantik jariku ini akan terkepit di pintu kete... Nasib baik tak patah. Pedihnya tak bole digambarkan. Ni pengalaman kedua. Dulu masa kecik2 pun, mak aku pernah tutup pintu kete terkepit jari kau. Rasanya masih tangan yang sama cuma tak ingat jari yang mana...huhuhuhu..
Barulah aku sedar, jariku juga mempunyai perasaan. Jariku bukan plastik.. Hahahahah.. Ayat tak bole blah!!!!

From Sarawak with love...

Last Friday, gerak ke LCCT kul 1 pagi from opis. Flight kul 9 pagi. Melangut tunggu kat LCCT tu.. Huh!!!! Ni kali kedua ke Sarawak. Sampai Sarawak, di bawa ke Cat's Museum (Eh, macam mana spell muzium in english??? Lupa sudaaa... Hahahaha). Then check in di Riverside Majestic Hotel. Walaupun hanya 3 bintang, tapi ok la...
Esoknye ke Sarikin. Hahahaha. Best gile shopping baju raya yang dah siap. Bole tawar-menawar lak tu. Then ke Kampung Budaya, ke kedai kek lapis Dayang Salhah.. Malamnya meeting. Bilik meeting dia memang ade kelassss....
Esoknye sesi lawatan bermula ke Siburan. Tengok kebun sayur, sawah padi, kek lapis di bawah skim IAT, pusat pengumpulan barang IAT and jalan2 kat water front beli macam2 barang untuk menghabiskan duit.. Huhuhuhu
Hari Selasa, bertolak balik ke KL... Sampai je opis, malam aku drive balik Ipoh. Sampai Ipoh dalam kul 1230 malam. Huh, memang penat. Mandi then letak kepala je terus terlelap sampai pagi...
Komen about the trip??? Hmmm, nampaknya kali ni aku masih bole mengawal sifat boros aku walaupun ade juga terbeli barang yang extra mahal.. Aku terbeli kamera n perfume.. Memang mahal tahap cipan tapi ku beli juga sebab takut nanti tak lena tido.. Hehehehe... Tu je la laporan dari unit berita berkaitan out-station ke Sarawak..

Thursday, July 15, 2010

RINDUKU TERBANG BERSAMA KERETAMU......

Tajuk jiwang tak bole blah...
Tapi tahukah kau bahawa untuk seketika waktu, aku seolah-olah hidup di dalam satu dunia yang penuh kegelapan. Di dalam dunia itu, matahari seolah-olah tiada cahaya. Udara tidak senyaman biasa...
Dan tiap waktu, aku digamit kenangan bersamamu... Saat bergandingan denganmu, terasa dunia ini begitu indah.. Seperti bunga-bunga cinta berguguran bersama rindu yang seharum kasturi...
Nyata sekali, tanpamu... Begitu lambat detik berlalu.. Dan seulas bibirku hanya menyebut namamu setiap sela waktu... Barulah aku menyedari bahawa aku terlalu merinduimu...
Sesungguhnya, aku rindu padamu.. Dan rindu itu mencengkam kalbuku buat satu jangka waktu hingga aku tak berdaya melaluinya untuk hari-hari akan datang...
Begitulah rinduku, padamu..... Kereta Naza Sutera kaler oren dgn no. plat AFT 46.....
Hahahahahaha.... Sila jgn salah faham. Aku hanya merinduimu keretamu sahaja. Bukan si pemandu kereta. Kerana pemandunya sama jantina denganku... Dan aku tidak terjebak dengan cinta sesama jenis nih.
Kerinduan bermula bila aku selalu memotong keretamu yang bergerak pada tahap kelajuan siput yang menghidap penyakit asma terlampau... Rutin harianku setiap pagi adalah memotong keretamu.. Hingga bila kita tak bersua selama seminggu, aku tertunggu-tunggu kelibatmu.. Setiap kereta yang berwarna oren, habis ku potong.. Namun kau tetap tiada... Oh, kecewa..
Pagi tadi.. jeng jeng jeng. Ku lihat bayangmu dari kejauhan... Lalu ku mengejar dan terus mengejar. Berbekalkan skill pemanduan rakanku yang selalu terlibat dengan lumba kereta haram (bukan kisah sebenar), akhirnya dapat aku mengekorimu wahai si jantung hati..
Walau lembab tahap gaban langkahmu, tetap ku bersabar mengekorimu.. Dan akhirnya, di simpang itu, kau mememberi isyarat ingin berpisah.. Oh, aku tak bole menerima perpisahan ini. Eh, tunggu kejap. Rupa-rupanya bukan begitu.. Kau bagi syarat sebab nak elak motor kat depan kau je. Kenapakah harus kau mengelak seolah-olah ada ikan paus biru di depanmu? Oh, sungguh ku keliru...
Kita kembali bergandingan.. Dan akhirnya, setelah aku menguap berpuluh kali, akhirnya kau tiba ke destinasimu.. Rupa-rupanya kau seorang cikgu... Muahahaha... Puas hati aku kerana akhirnya aku tahu di mana tempat kerjamu... Misi pagi tadi berjaya.. Hahahahaha.. aku tak sangka, sebuah kereta mampu membuat hidup aku tak tentu hala. Kini aku berpuas hati... Segala misteri telah terungkai...

Aku terasa bila kau merasakannya...

Malam tadi, sungguh terasa dengan kata-kata seseorang... Akhirnya, memang aku terasa seperti yang dia jangka aku akan rasa...
Sebenarnya aku terasa bila dia menjelaskan apa yang dia rasa... Sesungguhnya, aku sangat2 terasa bila kau merasakannya...

Tuesday, July 13, 2010

From Cherating with love.... :-)

Jumaat lepas, aku n kengkawan opis gerak ke Cherating, Pahang sebab ada kursus kat sana. Punye la jauh... Aku drive dari perak kul 9 pagi. Sampai ke Cherating kul 5 petang.. Aku drive sorang sebab yang tumpang kete aku, sumenye senior2. Kesian pulak nanti sakit pinggang n sakit tumit. Lagipun aku dah biasa bawak laju sebab dah selalu long distance. Cepat sikit sampai...
Cantik sangat pantainya.. Meaning, selesa la kalo nak bercuti kat sini. Kitorang siap buat sukaneka lagi... Aku tak join sebab aku kan OKU sementara, tapi aku jadi paparazzi sepanjang aktiviti. Kesimpulan yang bole dibuat, orang yang suke main2 masa keje @ yang suke tipu mase keje, memang cenderung untuk main2 atau menipu mase sukaneka.. Especially aktiviti berkumpulan.. Walau apa pun, harap2 diorang leh kekalkan semangat kerja berpasukan...
Cherating ni terletak dalam 5 minit je dari pintu gerbang sempadan nak masuk Kemaman, Terengganu. Kami jalan2 cari makan kat Kemaman masa hari pertama. Memang teruja. Terengganu adalah satu2nya negeri yang aku lum pernah g n jejakkan kaki.. And akhirnya aku berjaya g Terengganu.. Maka, lengkap la semuanya. Maknanya, aku dah g semua negeri dalam Malaysia.. Alhamdulillah. Masa nak lalu pintu gerbang buat kali pertama tu, aku menjerit kegembiraan dalam kete. Pakcik2 yang kat belakang kete (aku bawak staf2 yang senior), tepuk tangan meraikan kejayaan aku menjejak kaki buat pertama kali ke Terengganu dan yang paling bestnya, aku memandu sendiri... :-)
Masa balik, singgah beli keropok n t-shirt. Tu je la.. Gerak kul 11 pagi n sampai perak kul 7 malam. Pastu hantar staf ke Lumut n tehn balik Ipoh. Berhenti makan jap. Akhirnya sampai di Ipoh tepat kul 11 malam. Mencipta kejayaan memandu jauh.. hahahahah... Sekarang kena rehatkan pinggang... Huahuahua

Thursday, July 8, 2010

JANGAN PANDANG BELAKANG (DEPAN, KIRI, KANAN, ATAS DAN BAWAH JUGA!!) CONGKAK

Men'culik' (bukan colek tau!!) tajuk sebuah filem.. Kebetulan hari ni ada game congkak dan dam (dam dam dum bunyi mercun. hahahaha) kat opis aku bersempena Jubli Emas opis aku (baca bole, percaya jangan!). Hahahahahah.. Actually opis aku mengendalikan sukaneka pelbagai acara. Dari indoor, sukaneka budak sekolah (men'ciluk' istilah seseorang juga!) dan juga outdoor...
Tapi oleh sebab aku sekarang diisytiharkan sebagai 'OKU SEMENTARA', maka aku tak involved pun. Aku cume menabur bakti gi cari barang2 yang nak digunakan untuk 'sukaneka budak sekolah' je nanti. Muahahahaha. Pelik2 barangnya, so memerlukan komitmen yang tinggi. Hahahahah. Ade ke patut kena cari terompah. Aku lak gi beli barang kat Tesco. Dah tentu la takde. Hampeh!!!

Tuesday, July 6, 2010

MANUSIA PELIK...

Rasa teruja nak bercerita tentang kisah seseorang... Jadikan ia sebagai renungan...
Insan ni aku tak berapa kenal sangat sebelum ni. Pastu tibe2 jadi kawan dia.
Tak tahu nak mulakan dari sudut yang macam mana. Tapi aku harap post ni menjadi renungan kita bersama...
Insan ni seorang yang moody.. Sepanjang hidup aku, aku kenal dgn ramai org yg moody tapi ni tahap tak terkawal. Kalo ada masalah kat tempat keje, balik umah dia tak akan bercakap even dgn family dia. Pastu family dia akan berhati-hati supaya tak kena marah dgn dia. Kalo dia mula naik angin, mak ayah dia pun dia sembur sekali. No exception...
Pastu mentaliti dia memang sukar nak di ubah. Teguh pendirian tapi malangnya, sume cakap dia je yang betul. Pendapat orang lain, 100 tahun lagi pun lum tentu dia agree...
Bagi dia, keje dia berat.. Sebab guna tenaga. Kalo orang yang keje kat pejabat, masuk kuar site, jawatan tinggi, semuanya KEJE SENANG... Duduk goyang kaki je. Meaning, dalam dunia ni, keje dia la yang paling berat dan susah. Even orang lain bangun kul 3, 4 pagi sebab schedule kena g meeting jauh2 (even masa tu dia sedang membuta lagi pun), bagi dia keje tu still senang. Senang cerita, kalo jawatan anda tinggi, maka keje anda sangat senang... Tu la kesimpulan yang dia buat.
Pastu dia kononnya tak suka orang yang suke merunsingkan fikiran dia tapi sebenarnya, dia la orang yang sentioasa merunsingkan orang lain di sekitarnya. Suke rasa diri sendiri perfect, sentiasa nampak kelemahan orang dan suke buat kesimpulan pasal orang lain.
Kalo orang sakit atau susah, dia akan buat kesimpulan, "Ala.. bukan sakit sangat pun...". Tapi bila kena batang hidung sendiri, baru nak percaya..
Selain dari itu, dia juga suke menghasut orang lain. Mana2 insan yang pendiriannya ibarat lalang, memang senang la kena hasutan dia. Huh, bahaya spesies ni...
Kadang-kadang, di sebalik sifat pendiam dia, rasa macam tak percaya je sifat sebenar dia macam tu. Orangnya memang spesies yang tak bole di paksa. Tapi kalo dia paksa orang, hal itu dibolehkan... Kalo keje, tak bole kena arah2.. Kalo nak g keje, kalo bole nak sesuaikan dgn masa tido dia...
Bagi aku, memang kita semua tak pernah sempurna. Tapi sebagai manusia, kita kena sentiasa memahami orang lain. Jgn harap orang je akan faham kita... Apatah lagi bila sesuatu masalah terjadi, jgn mudah tuding jari kat orang. Kalo dah memang salah kita, mengaku je la. Tapi dia bukan spesies macam tu. Suke ambik kesempatan pada insan lain.. Hmmm.. tak tahu la berapa banyak spesies macam ni dalam dunia ni..
Kepada yang bersifat seperti yang diceritakan di atas atau ada iras-iras bersifat ke arah itu, silalah berubah. Jgn pentingkan diri sendiri.. Dunia ni kita kongsi bersama... Jadi, kena faham dan hormat orang lain juga. Jika anda rasa orang lain merunsingkan fikiran anda, sila pindah ke planet lain. Boleh juga berpindah ke galaksi lain. Mungkin planet BUMI di dalam galaksi BIMA SAKTI ni bukan yang terbaik untuk anda diami...

Monday, July 5, 2010

Mencintai dan Dicintai...

Mencintaimu adalah indah kerana...
Apabila kau beri janji2 manis namun tak kau tunaikan, aku masih boleh tersenyum...

Mencintaimu adalah indah kerana...
Apabila kau tak endah kepadaku untuk sekian jangka waktu yang terlalu lama, aku masih setia menantimu...

Mencintaimu adalah indah kerana...
Saat kau ketepikan aku berbanding insan2 lain dalam hidupmu, aku masih tenang menunggu hadirmu...

Mencintaimu adalah indah kerana...
Apabila kau taburkan dusta demi dusta, aku masih memberi peluang kepadamu...

Mencintaimu adalah indah kerana...
Setiap kali kau katakan 24 jam sehari tidak mencukupi untukmu, aku masih menerima alasanmu...

Mencintaimu adalah indah kerana...
Kau menjadikan aku seorang insan yang berhati tabah, bermuka tebal, teguh pendirian...
Walau di uji dengan peplbagai ragam manusia, aku masih terus berdiri di atas apa yang aku percaya...

Nyata sekali, mencintaimu memberi seribu kekuatan kepadaku...
Nyata sekali, mencintaimu memberi sejuta kebaikan kepadaku...

Namun, cinta aku kepadamu hanyalah sekadar debu terbang di langit hidupmu...
Sekadar menyesakkan mindamu, mencemar udara yang kau hela, mengganggu segalanya...

Cintailah dengan sejujur hatimu...
Ikhlaskanlah hati apabila berjanji...
Moga suatu hari nanti kau tak pernah rugi...

Sunday, July 4, 2010

DALAM HATI INI....

Kalo semua orang sedang sibuk memberi ulasan berkaitan bola, nyatanya bola bukan fokus utama dalam hidup aku. Malah memang aku tak ambik tahu pun.
Semua ini kerana ada masalah lain yang lebih hebat dalam hidup aku. Aku berdoa semoga Allah akan memberi jalan penyudah yang terbaik...
Semoga esok hidup akan disinari dengan cahaya... Semoga esok ada segaris kebahagiaan untukku...