Wednesday, February 26, 2014

1 WHP : CARA BARU BUAT DUIT? Part 1

Salam...

Aku terjumpa pasal bisness ni masa aku blog walking. And seperti biasa la, aku sure akan meng'gugel' nak bagi faham 100%.

So biz ni memang banyak student la yg joint. Group yg aku join ni memang penuh dgn student sebab dari gaya diorg communicate pun memang terserlah la... So utk golongan profesional (cewah!) dan tua (sob sob sob) macam aku ni, juz fokus pada info2 penting je. Biasa la, bile kita dah keje, dah matang dalam buat keputusan, kita takkan main2 n cepat hilang fokus kan...

So aku nak cite sikit pasal biz ni.

Aku join sebab aku nak cari extra income pastu bayaran modal dia sangat laaaa MURAH. RM55 je!!!

So cuba fikir balik apa je yang kita bole beli dengan RM55 sekarang ni atau yang setara nilainya?

RM55 ni ibarat beli sehelai baju blouse baru, atau beli seluar slimfit colour2 tu atau sebuah handbag yang kurang berjenama (Carlo Rino tak masuk dalam perbandingan ni ye!!!), atau sepasang kasut (juga bukan kasut jenama Hollywood...), atau sehelai tudung three layer (juga bukan tudung jenama Fareeda ye...) atau juga ibarat makan kat Pizza Hut untuk 4 orang atau juga ibarat dinner kat Secret Recipe.

So nampak tak nilai modal RM55 tu? Sebab tu ramai student masuk.

Mula2 aku fikir biz ni ibarat Skim Cepat Kaya. Tapi bukan.... Sebab syarikat ni dah ditubuhkan lama sangat dan 1whp.net ni bermula sejak tahun 2009. Kalo company ni skim cepat kaya, sure dah lama bungkus sebba govt mesti tak benrkan. Ye tak? So bisnes yang diusahakan ini adalah Perisian SMS Pukal (Bulk SMS) sahaja. Tak de nak jual2 barang kecantikan ke, kosmetik ke...

1 WHP tu sendiri bermaksud 1 WORLD HAND PHONE sebab biz ni just pakai telefon je (tak canggih pun xpe asalkan boleh terima sms). Tak perlu nak pakai smart phone ke, android phone ke kan... Even masa aku register pun, aku hanya whatsapp leader n bank in duit n dia register kan aku. Tak sampai 5 minit pun dah settle. Dapat username n password. SELESAI. Senang gile kan????

Bersambung ke Part 2. Aku ade nak settlekan paperwork pulak...

Wechat ID : L3yana

Wednesday, January 29, 2014

WELCOME BACK IN 2014

Assalamualaikum...

Wahhhhhhh lamanya aku tinggalkan blog aku ni... Gara-gara kemudahan teknologi ada fon, pastu banyak laman sosial apekebenda semua tu, aku da terlupa password blog ni. hehehehhe

So lepas ni harap2 dapat kembali aktif.

Lots of luv,
Me

Tuesday, April 24, 2012

TERLUKA LAGI...

Hidup ini sgt menjengkelkan... Dan aku sgt benci dgn diri aku sendiri... Kenapa aku yang harus menjadi mangsa lagi?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, February 10, 2012

BULAN

Malam ini serta sejak beberapa malam yg lepas, bulan sgt cantik. Sangat terang, bulat, indah dan berseri...

Impian aku, suatu hari nanti ingin berbaring di sebuah padang yg kosong sambil menghadap bulan terang dan bintang2...

Mungkin di saat2 itu, hati akan terasa tenang, sama seperti setiap kali aku memandang bulan terang di dada langit yg kelam...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, December 31, 2011

Bye bye 2011 : tahun yg memilukan...

Salam...

Tak sampai sejam, kita akan meninggalkan 2011 dgn kenangan pahit dan manis.

Dan aku bersyukur kerana hingga ke hari ini, aku masih mampu berdiri dgn rahmat Allah yang tak terhingga. Biarpun hidup pincang dan melodi kedamaian bunyinya sumbang, tapi aku masih aku.

Aku bersyukur kerana walaupun aku jatuh diuji dgn dugaan yg berat, namun ini adalah pengalaman.
Permulaan tahun baru adalah indah. Dapat meninggalkan beberapa insan yg bermasalah dlm hidup. Diikuti dgn anugerah Khidmat Cemerlang yang aku dapat hasil kerja keras dan bukan sebab bodek boss.

Kemudian dgn beraninya buat keputusan pindah tempat kerja. Dapat tawaran master dan berjaya menyambungnya hingga ke hujung semester walaupun berpuluh kali rasa nak berhenti. Terima kasih kepada kawan2 yg banyak bagi nasihat. Tq!

Tahun ni, banyak tempat aku dpt jalan2... Kelantan, Terengganu, Tasik Banding, Pulau Redang, Desaru, Bangkok, Chiang Mai, Kota Kinabalu, Jakarta dan Bandung. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Tak dilupakan juga, ke tempat kegemaran aku sebanyak 2kali tahun ini iaitu ke Cameron Highland. Biarkan tinggal kenangan.

Aku harap, tahun 2012 ni membawa sinar baru. Aku tak nak ditipu atau dianiaya lagi. Cukuplah dgn apa yg jadi. Aku tahu kelemahan utama aku adalah aku bersifat lurus bendul. So lepas ni aku akan slowly berubah. Manusia berubah. So do I.

Semoga 2012, aku bahagia dan gembira dan terus berjaya hingga ke puncak. Semoga masalah kesihatan seperti tahun ini, tak berulang lagi.

Semoga, yg salah akan sedar mereka salah dan berubah. Dan semoga aku pula mampu memperbaiki kelemahan kebendulan ini.

Kita tutup buku dengki2, iri hati, busuk hati, pengkhianatan, gay yang berpura2, sahabat baik yg plastik, golongan malas kerja yg kreatif, manusia gila kuasa dan manusia bendul... Kita buka buku baru. Buku kali ini, biarlah setiap helaiannya berwarna-warni, bau harum mewangi dan kertas berkualiti tinggi serta di tulis dgn pen mahal yang berdakwat hitam pekat (hitam itu menawan). Kerana, manusia berubah... Aku nak beri peluang kedua kpda diri sendiri. Sesungguhnya, kerana diri aku begitu berharga.

P/s : I love u mak, abah, along, angah, alang, ipar2, anak2 buah, pia, firas, ad dan semua kwn2 yg kenal diri ini. Maafkanlah kerana aku tak sempurna. :-)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone











Monday, December 12, 2011

Tuhan, tolong lembutkan hati dia...
Untuk terimaku seadanya...
Kerna ku tak sanggup,
Kerna ku tak mampu hidup tanpa dia di sisiku...

Tuhan, aku tahu banyak dosaku,
Hanya ingatkanmu kala dukaku,
Namun hanya kamu yang mampu membuka pintu hatinya untuk cintaku...

Malam, kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku..
Agar dia tidak kesepian...
Selalu rasa ada cinta aku...

Dan bawa air mataku yg mengalir membasuh lukaku...
Agar dia tahu ku tersiksa tanpa cinta dia di hatiku...
Hanya mampu berserah moga cahaya tiba nanti...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone