Tuesday, June 29, 2010

DI DALAM BALANG KACA...

Hidup yang dipertontonkan
Tak pernah sekali goyah
Rentak kaki masih sama
Tiada yang berubah
Seperti aku hidup di dalam balang kaca
Rahsia di hati tetap rahsia
Hanya wajah
Juga senyum tawa
Yang sempat kau jenguk
Namun di dalam kaca itu
Deraian hiba dan tangis
Tetap bergema
Titisan airmata tetap menyisa
Di dalam balang kaca
Walau terkurung
Dengan andaian dan syarat-syarat kehidupan
Aku masih bergelar insan
Yang tulus mengejar hidup
Biarkan aku berlari
Mengejar mimpi-mimpi
Juga sinaran bulan di malam hari...
Setiap yang kuzahirkan
Yang kau lihat dengan mata liarmu
Tak akan pernah seiring
Dengan ruang kosong di hatiku...
Semalam, hari ini dan esok
Walaupun terpenjara di dalam balang kaca
Namun aku tidak akan
Hidup di dalam pura-pura...

Monday, June 28, 2010

GOLDEN SUNSET


Gambar ni aku ambik di Pantai Port Dickson masa tengah patah kaki dulu... Gambar asal tak la se'colourful' ni... Masa tunggu sunset tu, rasa damai sangat.. Sebab aku memang suka sangat tengok sunset.. Cantik.. Aku suke bila suasana mula bertukar ke warna jingga... Kemudian semakin gelap dan gelap...
Sesungguhnya alam ciptaan Allah ini sangat2 indah... Setiap ciptaanNya memang sangat2 indah... seperti fitrah kita juga... Terimalah segala yang terjadi dengan seadanya...
Jangan terlalu meminta-minta.. Syukuri setiap nikmat yang diberi olehNya...


p/s : Thanx to saudara Amir yang sudi edit gambar sunset ni. Thank u so much...

POSITIVE THINKING...

Setiap kali berada dalam situasi yang menjengkelkan, kena inhale and exhale banyak2... Tarik nafas dalam2... Hingga ruang dada rasa penuh dgn oksigen.. Then baru bole fikir ape tindakan paling ideal nak buat... Huhuhuhu
Kat mane2 pun, masalah tak akan pernah hilang.. Makin bertambah ada la.. Tapi itu bukan penghalang untuk kita mencipta ruang kejayaan untuk diri sendiri...
Kadang-kala, positive thinking juga tak berupaya nak menyembuhkan luka2 di hati.. Tapi sebagai seorang insan, kena banyak redha dan cekalkan hati.. Anggap je semua ni dugaan... Dan kita kena ingat, bukan semua orang faham apa yang kita lalui...
Kita mencorakkan sendiri hidup kita. Andai ada insan di sekeliling kita yang tak boleh menerima kita seadanya, maka elok kita jauhkan diri darinya.. Kerana persahabatan lahir dari hati yang ikhlas....