Tuesday, January 25, 2011

KOREAN DRAMA : HE'S BEAUTIFUL

Sebuah lagi drama korea yg sy tonton. Baru beli dvd nya. Cerita ni, saya tengok ari tu tayang kat tv8 rasanya. Tak tahu la dah abis ke belum sebab sy memang jarang tengok tv.
Kesemuanya ada 16 episod. Memang kelakar dan romantik juga. Mengisahkan seorang perempuan yang berpura-pura jadi lelaki dan masuk dlm sebuah kumpulan muzik yang terdiri daripada tiga org lelaki. Akhirnya, ketiga-tiga lelaki tu jatuh cinta pada dia. Sedih jugak bila ada yang perlu berkorban demi cinta dia...
Selain cerita yg romantik, kelakar dan sedih, lagu2 dalam cerita ni pun best. Aku dah download and dengar tiap2 hari. Heheheheh...
Well, cinta tak mengenal siapa... Kita semua berhak untuk bahagia.....

KOREAN DRAMA : PLAYFUL KISS

Saya dilanda demam menonton cerita korea online di sebuah laman web.. Cerita yg sy tonton adalah playful kiss... Drama ni sangat sweet. Dah cari dvd nya tapi masih tak jumpa. Tak pasti dah berada di pasaran atau tak.
Menceritakan seorang perempuan yg sweet (tapi kurang pandai) yang meminati seorang budak lelaki yang hensem dan pandai.. Perempuan ni duk mengusya lelaki ni sampai 4 tahun. Dari sekolah sampai ke kolej. Sungguh setia dan tak mengenal erti putus asa.
Jodoh dan pertemuan.. Akhirnya setelah di kutuk2 oleh budak lelaki tu, akhirnya diorang kawin.. Budak lelaki tu pun sebenarnya suka kat dia tapi tak pandai nak luah perasaan atau nak romantik2. Tapi memang dia pun sebenarnya tak bole nak berhenti dari suka perempuan tu.
Kadang-kala, bila kita dekati dia, dia akan lari.. Tapi bila kita jauhkan diri, dia akan mencari.. begitulah jodoh dan pertemuan. Segalanya telah ditentukan. :-)

Sunday, January 16, 2011

WEEKEND... :-)

Dah lama tak gi mancing. So, cadangnya semalam (Sabtu) nak gi mancing kat tempat biasa. So, gi la beli udang seciput. Sampai je tempat nak mancing tu, sekali tengok air surut daaaa..... Baru nak naik. Maybe it will take about two hours untuk air naik. Hampeh...

So, move on to Giant untuk aktiviti bershopping.. Huahuahua. Lepas tu lepak kat Oldtown for dinner. Banyak gile makan.. Memang perut senak jadinya..

Aiyo, plan nakmancing tak kesampaian. So, try hari Khamis minggu depan lak sebab ada 1 hari cuti. Harap2 kali ni dapat gi mancing... Huahuahua

Friday, January 14, 2011

PENJAGAAN KESIHATAN... :-)

Beberapa hari lepas, aku berpeluang berbual dgn seorang pakcik... Umur dia dalam 50 ke atas. Nampak macam uzur. Masa berbual tu, dia pun cerita la pasal penyakit2 yang ada pada zaman millenium ni. Gerun juga aku dengar sebab penyakit menyerang tak kira tua atau muda. Pendek kata, untuk mengecapi hidup yang optimum, kita kena amalkan gaya hidup yang sihat.

Kisah pakcik ni mengingatkan aku kepada suatu cerita. Ada seorang kenalan aku ni, dia cakap dia ada sakit kritikal. Dia cerita kat aku antara ubat2 yang pernah dia makan semasa dia sakit. Antara ubat-ubat yang dia makan adalah seperti dlm gambar yang aku selitkan kat bawah ni. Tulisan yang warna merah tu, di tulis oleh doktor yang beri ubat tu supaya dia tu tak lupa ubat yang dia makan tu untuk sakit apa.

Ni ubat krim. Sapu kat tempat yang sakit. Doktor tu cakap, kalo umur awal 20 an atau awal 30 an, memang tak pakai sangat ubat ni kecuali kali anda sakit kritikal.

Kata doktor tu lagi, kalo dah dapat ubat tahan sakit jenis krim tu, tak dapat dah ubat jenis pil ni. So, akan dapat salah satu la. Lagipun, ubat tahan sakit ni bukan elok sangat pun untuk kesihatan. Makan la jika betul2 memerlukan je. Kalo tak sakit atau buat2 sakit, jangan amalkan k...

Ubat ni kalo ada gastrik. Kawan aku tu memang selalu diserang gastrik. Maybe sebab dia tak jaga pemakanan dan tak ikut jadual pemakanan yang betul. Tapi jika anda dah biasa train perut anda supaya tak makan, dah biasa mogok lapar, atau dah biasa berhari2 tak makan, mungkin anda tak memerlukan ubat ni kerana perut anda dah immune dgn keadaan kebuluran.


Ni ubat untuk sakit2 saraf. Kalo sakit otak, tak bole makan ubat ni sebab sakit otak, melibatkan saraf lain yang mungkin perlu cara pengubatan yang lain.

Kesimpulannya, tak de sapa dalam dunia ni sangat sukacita nak sakit. Semua orang nak sihat. Tapi, takdir yang menentukan segalanya. Jadi, selagi bernyawa, hargailah setiap detik yang kita ada di sepanjang kehidupan kita. Isilah masa yang terluang dengan perbuatan yang baik dan berdoalah agar kita diberi kenikmatan, kesihatan dan juga kesejahteraan olehNya setiap masa...

Masa muda hanya sekali. Jangan sia-siakan apa juga yang kita perolehi. Kesihatan adalah perkara penting yang perlu di titik beratkan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri sendiri bahawa, jangan sesekali mengabaikan kesihatan dan penjagaan diri. Jangan kita sesekali mendera dan mengabaikan kesihatan diri sendiri. Jangan sesekali menzalimi diri kita apatah lagi menzalimi insan lain.

SCHOLL FOOT MASK




Mask ni khas untuk kaki.. Aku beli kat guardian. Harganya masa tu tak sampai RM20 pun. Aku baru pakai semalam. Mask ni macam pakai sarung kaki dari plastik. Tapi dlm plastik tu ada bahan yang bole melembutkan kaki. Pakai selama 20-30 minit. Lepas tu tanggalkan dan rasa perubahan pada kaki anda. Rasa segar, bersih dan lembut. Cubalah dan rasakan perbezaann. Sesekali, tak salah kalo anda manjakan kaki anda... :-)

Tuesday, January 11, 2011

A NEW ERA...

Boss baru dah masuk.. So, bermula la zaman pemerintahan yang baru... :-) Aku tak kisah boss baru ni orangnya macam mana sebab aku yang menurut perintah. Cuma aku harap, golongan yang kaki kipas lipas tu, tak payah la nak beli jiwa boss baru dengan duit dan kata2 manis. Getik pulak aku dengar. Hahahhahah...
Ramai yang nak ambil peluang ni kononnya nak baiki keadaan tapi sebenarnya penuh dnegan strategi. Saya cuma ingin menyatakan bahawa saya pihak berkecuali, tak berminat nak join mana2 strategi dan yang paling best, jika anda kacau kerja saya, maka saya akan bertindak. Anda dah semestinya tak nak saya buat kerja2 yang tak masuk akal kan? So, sila jangan kacau kerja saya ye? Marilah kita bekerja dengan penuh harmoni tanpa ada rasa cemburu, dengki dan iri hati.

Monday, January 10, 2011

GPS Navigator...


Semalam aku dengan penuh excitednya membeli sebuah GPS Navigator yang murah tapi memang mengujakan aku. Dah try dah sepanjang perjalanan semalam dan memang sangat berbaloi.

Dalam navigator ni ada 4 perisian dan antaranya adalah papago dan garmin. Tapi aku suke guna papago sebab lebih mesra pengguna.

Selain gps, bole juga digunakan utk tgk gamba, video, lagu dan dengar radio. Semua bole di upload menggunakan usb kabel yang dibekalkan.

Bateri bole tahan selama 2 jam dan ada kabel cas dlm kete. Ada slot utk micro SD card. Dan ada internal memory sebanyak 4GB. Cukuplah kan? Stand utk letak dalam kete pun dibekalkan.

Kesimpulannya, walaupun murah (RM380), ada warranty setahun, made in China (Hong Kong tau) dan Eroda juga bukanlah jenama yang glamer, tapi harap2 lepas ni tak sesat lagi... :-)

Saturday, January 8, 2011

HARI YG SANTAI...

Hari ni hari Sabtu. Of course tak payah gi keje. Bangun pagi and mula menonton kartun2 yang ada kat tv.. Tengok Tom & Jerry juga Detective Conan yang sangat digemari... Sarapan pun biskut and air teh sahaja.. Sungguh simple... Hari yang sungguh santai...
Hari ni juga masa untuk menyelesaikan laundry yang banyak. Maklum la, wanita bekerjaya.. Heheheheh.. Alhamdulillah dah selesai...
Sekarang berada di opis.. Nak selesaikan design untuk tender... Kena berusaha keras untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. :-p
Chaiyok!!!

Wednesday, January 5, 2011

JIKA ANDA BENCI BOSS ANDA, SILA CERMIN DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU.

Memang sy tulis post ni dgn tujuan nak bagi pihak tertentu baca apa yang saya nak sampaikan sebab walaupun kita ada telinga, tapi kadang2 ada manusia yang tidak mahu menggunakan telinganya untuk mendengar nasihat seorang teman apatah lagi nak mendengar kata2 yang mungkin akan menyelak segala tabir rahsia kelemahan dirinya.

Maka, jika tak sudi nak dengar saya bersuara, maka sila baca kata-kata saya ini dengan teliti dan buka otak anda yang bijak sangat tu untuk berfikir semula apa yang saya katakan. Untuk pengetahuan anda, jika kita jarang guna otak kita untuk berfikir secara kompleks, lama2 otak kita akan jadi malas nak berfikir. Mungkin jika keadaan anda adalah supermalas nak berfikir, nak yang mudah2 sahaja, mungkin otak anda akan menghampiri tahap berkarat. So, berhati-hatilah.

Kalo anda nak benci boss anda, sila pastikan anda berada pada tahap "0 kelemahan" atau lebih mudah disebut sebagai "Zero kelemahan". Sebab, semua orang ada karakter tersendiri, ada kelemahan, ada kekurangan. Tapi jika anda rasa boss anda memang salah all the time, maka sila ambil cermin sebesar yang mungkin dan cermin diri anda sepuas-puasnya. Jangan jadi manusia yang lupa diri, perasan bagus dan sibuk cari salah orang walaupun anda sebenarnya berada dalam kategori SUPER TERUK!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, January 3, 2011

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM...

Seorang kawan tiba2 sebut pepatah ni..."Hangat2 tahi ayam"... Memang kelakar tapi bile di fikirkan, memang menyampah..

Kita kena agresif untuk mencapai apa yang kita nak. Jangan duduk dan tunggu. Bak kata seorang kawan, istilah yang sesuai untuk orang yang pasif adalah "Reput".

Saya jenis yang agresif dalam bekerja. Saya tak suka tunggu. Saya tak suka cakap berdentam-dentum tapi hasil tak de. Dan saya paling tak suka dengan orang yang minta diberi peluang tapi bila peluang ada, tarik diri. Tu namanya "hangat2 tahi ayam".

Saya tak akan janji perkara yang saya tak bole buat. Kalo asyik nak tunjuk pandai, lama2 orang meluat dan sakit hati.

Walau apapun, kalo tak mampu bergerak seiring dgn sy, maka sy akan meninggalkan kamu di belakang. Jujur sahaja tak cukup. Kita kena agresif dan bercita-cita tinggi. Sungguhpun matlamat tak akan menghalalkan cara, tapi duduk mereput bukan cara saya.

Anda bole pilih sama ada nak berlari seiring dan sejalan dengan saya atau sekadar nak duduk dan tunggu emas jatuh dari langit. Terpulang...

Sunday, January 2, 2011

MATERIAL BUKAN SEGALANYA...

Tersentak membaca tajuk utama Mingguan Malaysia hari ini : "Gay dilindungi VIP?". Terkejut kerana tak sangka masalah ini semakin berleluasa di Malaysia, iaitu sebuah negara Islam... Mudah-mudahan kita terpelihara dari dugaan yang sebegitu. Aminnnn... Percayalah, sy pernah berjumpa seseorang yang berada dalam golongan ini... And i'm speechless.....

Teringat dengan pertanyaan seorang kenalan... Dia tertekan kerana ibunya suruh cari boyfriend lain yang kaya dan ada rupa. Tapi dia sayang sangat dengan boyfriend dia ni. Sebelum2 ni pun, ibu dia banyak reject boyfriend2 dia atas alasan boyfriend dia bukan kaya. Tak dinafikan, ibu mana dalam dunia ni yang nak tengok anak perempuan dia hidup susah? Dan mencari yang kaya dan ada rupa juga, bukan satu cita-cita yang salah...

Kawan saya tu tanya apa pendapat saya.. Mudah sahaja jawapan saya.. "Lebih baik dapat boyfriend yang biasa2 je tapi normal dan bukan gay.. Apa gunanya kalo dapat boyfriend yang kaya dan hensem tetapi gay? Dan yang penting pada pandangan mata saya, lelaki yang kita cintai itu seorang yang mempunyai pekerjaan tetap, baik hati, rajin bekerja dan BUKAN GAY!".

Semoga Allah melindungi kita semua.. Aminnn...


Thanks for making me a FIGHTER!!!!

Sekadar untuk renungan. Sebelum aku terlupa... Sebelum aku terleka... Sebelum aku meneruskan detik2 kehidupan dalam 2011, aku nak merenung kembali beberapa perkara yang berlaku sepanjang 2010. Anggap ini sebagai renungan kita bersama...

Banyak perkara2 sensasi... Dari politik opis hingga la ke masalah sosial... Pening kepala... Cuma nak pesan :-

1) Kita ni manusia biasa yang banyak kekurangan juga kelebihan. Hidup kita saling melengkapi. Maka, kena saling bertolak ansur, saling memahami. Jangan asyik rasa diri tu betul dan apa org lain buat semua salah. Kita tak berada di tempat dia, maka kita tak tahu betapa berat tanggungjawab dia. Kalo kena kat batang hidung kita sendiri, entah2 kita lagi teruk dari dia. So, jangan asyik nak kritik dan cari kelemahan orang.

2) Saya sedih dan kecewa kerana perkara ini. Hawa diciptakan dari rusuk Adam untuk disayangi dan dicintai. Pasangan lelaki adalah wanita, dan pasangan wnaita adalah lelaki. Itu adalah hukum alam yang telah ditentukan oleh Allah. Jangan kita sesekali melanggar batas2 hukum tu. Dan jika kita melanggarnya juga, maka tak payah la nak tunjuk alim. Apa guna cite pasal agama, hukum dan hadis tapi kita sibuk buat perkara mungkar? Saya bukan orang yg baik tapi sekurang-kurangnya sy tak sibuk cari kelemahan orang. Dah cukup banyak masalah sosial sekarang ni. Saya tak mahu nak tambahkan lagi. Saya tahu saya bukan orang yg baik tapi saya tak menyusahkan orang. Kalo sy buat jahat sekalipun, hanya melibatkan diri saya sendiri dan sy tak kan mengheret orang lain untuk ikut sekali. Dan kalo kita buat perkara yang salah sekalipun, jangan bangga sangat nak umumkan supaya 1 dunia tahu. Pandai buat, pandai2 la simpan. So, muhasabah diri k.... :-)

3) Dalam bersahabat, kejujuran dan keikhlasan adalah penting. Jangan suka menipu dan jangan suka ambil ksempatan. Saya jenis yang suka bersangka baik dgn kawan2. Kalo orang layan sy baik, maka seribu kali sy akan layan dia lebih baik. Tapi saya kesal bila sy dijadikan medium untuk mengorek rahsia, medium untuk mengambil kesempatan, medium untuk ditipu. Saya tak suka bersahabat dgn cara begitu. Tak perlu menipu semata-mata utuk jadi sahabat saya. Jadi diri sendiri dan berhenti dari menipu saya!

4) Saya mungkin kejam bila berkata begini.. Saya dah puas sakit hati. Jika kedatangan anda dalam hidup saya selepas ini hanya bertujuan untuk membawa impak negatif dalam hidup saya, nak buat sy lemah, nak buat sy terkejut, nak buat sy terleka, nak buat sy bersekongkol dgn perkara2 maksiat yang anda buat, nak sy pejam mata dan merelakan segala macam pengkhianatan sesama kita, nak saya pejam mata dgn masalah sosial masyarakat kita, nak sy jadi macam orang bodoh dan ikut telunjuk anda atau nak sy patah hati, SILA JANGAN MENDEKATI SAYA. SAYA HANYA NAK BERKAWAN DGN INSAN YANG JUJUR, IKHLAS DAN SAYANG SAYA KERANA DIRI SAYA. SAYA AKAN JUJUR DGN INSAN2 YANG JUJUR DGN SAYA.. JIKA ANDA BUKAN BEGITU, SILA BERLALU DARI HIDUP SAYA DGN SEGERA. SAYA TIDAK MAHU TERLUKA LAGI...

Thanks for making me a FIGHTER!!!

Sekian untuk renungan kita bersama, terima kasih...


FROM KELANTAN WITH LOVE...

Out station penutup bagi tahun 2010 adalah ke Kelantan. Ada mesyuarat di sana.. Balik dari Langkawi, aku sempat ke Klang sehari untuk menghadiri kenduri kawin dan kemudian balik ke N9 dan isnin keje macam biasa... Rushing nak siapkan report yang boss nak... So, Rabu dah gerak ke Kelantan.. Pada mulanya, aku drive. Tapi after singgah makan kat Restoran Tasik Raban, kepala aku jadi berat... Then technician aku continue drive sampai Kelantan. Kesian dia.. Maybe makanan yang aku makan kat restoran tu ada ajinomoto.. Memang sakit gile kepala aku. Nasib baik tak kena migrain...

Di Kelantan, cuaca tak menentu. Sejuk gile stay kat Hotel Grand Riverview.. Tepi sungai.. Ok la.. Service bagus, makanan bagus dan dapat bilik premier. Best giler dapat golek2 atas katil king size!!! Hahahahhaha...

Hajat nak ke wakaf Che Yeh tak kesampaian kerana hujan lebat waktu malam. So, hari khamis aku hanya stay kat hotel untuk meeting dari pagi sampai malam. Khamis pagi kami ada lawatan teknikal ke jabatan yang berhampiran...

Hari Jumaat, sebelum balik, kami singgah ke Pasar Siti Khadijah. Aku berhajat nak belikan technician2 aku baju batik. Teringin nak tengok diorang pakai baju batik.. Beli baju batik juga untuk mak, abah dan adik beradik aku. Memang habis duit shopping kat sana tapi puas hati. Sehelai baju batik bole dapat sampai RM135. Best kan??? :-)

Singgah di Bukit Bunga. Kami makan kat situ. Then aku sambung drive sampai umah.. Memang penat tapi puas hati. Sabtu baru aku gerak balik N9.. Ni pun penat tak hilang lagi.. Since November, asyik travel. Tulang2 pun dah berbunyi.. So, harap2 2011 ni mampu memberi prestasi dan kualiti kerja yang lebih baik.. Aminnn...

Walaupun dah terlewat, tapi kepada semua, Selamat Tahun Baru 2011. Mari kita membuat anjakan paradigma untuk diri sendiri. Berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Aminnn.... :-)