Saturday, December 31, 2011

Bye bye 2011 : tahun yg memilukan...

Salam...

Tak sampai sejam, kita akan meninggalkan 2011 dgn kenangan pahit dan manis.

Dan aku bersyukur kerana hingga ke hari ini, aku masih mampu berdiri dgn rahmat Allah yang tak terhingga. Biarpun hidup pincang dan melodi kedamaian bunyinya sumbang, tapi aku masih aku.

Aku bersyukur kerana walaupun aku jatuh diuji dgn dugaan yg berat, namun ini adalah pengalaman.
Permulaan tahun baru adalah indah. Dapat meninggalkan beberapa insan yg bermasalah dlm hidup. Diikuti dgn anugerah Khidmat Cemerlang yang aku dapat hasil kerja keras dan bukan sebab bodek boss.

Kemudian dgn beraninya buat keputusan pindah tempat kerja. Dapat tawaran master dan berjaya menyambungnya hingga ke hujung semester walaupun berpuluh kali rasa nak berhenti. Terima kasih kepada kawan2 yg banyak bagi nasihat. Tq!

Tahun ni, banyak tempat aku dpt jalan2... Kelantan, Terengganu, Tasik Banding, Pulau Redang, Desaru, Bangkok, Chiang Mai, Kota Kinabalu, Jakarta dan Bandung. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Tak dilupakan juga, ke tempat kegemaran aku sebanyak 2kali tahun ini iaitu ke Cameron Highland. Biarkan tinggal kenangan.

Aku harap, tahun 2012 ni membawa sinar baru. Aku tak nak ditipu atau dianiaya lagi. Cukuplah dgn apa yg jadi. Aku tahu kelemahan utama aku adalah aku bersifat lurus bendul. So lepas ni aku akan slowly berubah. Manusia berubah. So do I.

Semoga 2012, aku bahagia dan gembira dan terus berjaya hingga ke puncak. Semoga masalah kesihatan seperti tahun ini, tak berulang lagi.

Semoga, yg salah akan sedar mereka salah dan berubah. Dan semoga aku pula mampu memperbaiki kelemahan kebendulan ini.

Kita tutup buku dengki2, iri hati, busuk hati, pengkhianatan, gay yang berpura2, sahabat baik yg plastik, golongan malas kerja yg kreatif, manusia gila kuasa dan manusia bendul... Kita buka buku baru. Buku kali ini, biarlah setiap helaiannya berwarna-warni, bau harum mewangi dan kertas berkualiti tinggi serta di tulis dgn pen mahal yang berdakwat hitam pekat (hitam itu menawan). Kerana, manusia berubah... Aku nak beri peluang kedua kpda diri sendiri. Sesungguhnya, kerana diri aku begitu berharga.

P/s : I love u mak, abah, along, angah, alang, ipar2, anak2 buah, pia, firas, ad dan semua kwn2 yg kenal diri ini. Maafkanlah kerana aku tak sempurna. :-)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone











Monday, December 12, 2011

Tuhan, tolong lembutkan hati dia...
Untuk terimaku seadanya...
Kerna ku tak sanggup,
Kerna ku tak mampu hidup tanpa dia di sisiku...

Tuhan, aku tahu banyak dosaku,
Hanya ingatkanmu kala dukaku,
Namun hanya kamu yang mampu membuka pintu hatinya untuk cintaku...

Malam, kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku..
Agar dia tidak kesepian...
Selalu rasa ada cinta aku...

Dan bawa air mataku yg mengalir membasuh lukaku...
Agar dia tahu ku tersiksa tanpa cinta dia di hatiku...
Hanya mampu berserah moga cahaya tiba nanti...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, December 10, 2011

HILANG BERSAMA KENANGAN...

Di saat aku memandang ke langit menyaksikan gerhana penuh, hati aku juga ada gerhana...

Dan aku masih teringat dia...

Kenapa terlalu sukar membuang segala itu, maka aku meneruskan hidup yg pura-pura... Kenapa?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kenangan itu hadir kembali... Singgah menyentap segala ketenangan. Maka tabir hidup pura2 itu telah terbuka. Dan kenyataan yang terhidang sangat mengguris jiwa.

Tuesday, December 6, 2011

WALAUPUN GAJI AKU BANYAK...

Sengaja nak membangkitkan isu ni sebab sejak dari opis lama dulu, ayat ni selalu diucapkan oleh pekerja bawahan saya dan pekerja bawahan dari unit lain...

"Ala, nak buat apa kita kerja sungguh-sungguh macam Cik *** tu sebab kita ni pangkat rendah je. Dia pangkat tinggi. Gaji tinggi. So, biar dia buat keje banyak. "

ATAU...

"Kan gaji dia tinggi.. Biarlah dia buat sorang-sorang."

Ni adalah terms yang selalu sangat didengari akhir2 ni oleh kebanyakan staf yang berpangkat sedikit rendah dari pegawai2 lain.

Perlu saya nyatakan di sini, kadangkala memang ada boss yang kuku besi, kejam dan tak akan bagi muka pada orang dibawahnya. Dan akan memperlakukan anak buah sebagai hamba... Tapi ada juga boss yang bertimbang-rasa dan memahami pekerja.

Namun begitu, ISU GAJI SIAPA LAGI TINGGI, tak sepatutnya menjadi isu. Kalau anda nak gaji tinggi, kenapa tak sambung belajar tinggi2 macam pegawai anda yang bertahun-tahun bekajar tak habis-habis. Dah habis diploma, sambung ijazah. Pastu sambung master, pastu sambung phD. Disebabkan ketekunan dan kesungguhan dia, maka dia dapat gaji setimpal dengan masa senggang dan masa berpoya-poya yang dia telah korbankan untuk mendapat pendidikan setinggi itu. Ketika dia sambung belajar pada tempoh itu, apa yang sedang anda lakukan pula?

Dan harus juga anda ketahui, setiap pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Ijazah dan ke atas), mempunyai beban pengurusan dan tanggungjawab yang tinggi. Setiap satu tandatangan yang diturunkan (yang kadangkala melibatkan pembayaran berjuta-juta ringgit), maka dia turut menggalas beban tanggungjawab itu selama-lamanya. Di saat-saat kakitangan lain boleh pergi minum pagi, duduk rehat2 tengok tv di lobi office, kadangkala dia pula sibuk menghadap Kumpulan Audit yang akan menyoal 1,001 soalan berkaitan pembayaran, projek dan pengurusan pejabat.

Setiap kali anda balik ke rumah, dah boleh tumpu pada anak-anak atau suami atau isteri, namun PnP balik berbekal dengan sebeban paperwork yang perlu dibuat untuk merancang dan memohon peruntukan Rancangan Malaysia Ke .... (RMK). Sebab, kalo tak rancang kerja apa nak buat, maka semua lapisan perkerja tak akan ada perancangan kerja apa nak buat pada setiap tahun. Kadang-kadang, tidur pun sambil duduk di celah-celah kertas yang di print.

Begitulah beratnya tanggungjawab pegawai atasan (yang bergaji tinggi daripada pegawai lain). Sama ada rela atau terpaksa, itulah tanggungjawab dan amanah yang perlu di pikul. Andainya sesuatu terjadi, semua pihak boleh lepas tangan namun pegawai Pnp tak boleh berbuat begitu.

Maka, dengan gaji yang sebanyak itu, jika dibandingkan dengan penat lelah belajar bertahun-tahun lamanya (hingga adakalanya tak sempat nak cari calon nak kawin) diiringi juga beban kerja dan tanggungjawab di atas setiap keputusan dan tandatangan yang diturunkan, masihkah anda rasa PnP bergaji tinggi, maka dia kena buat kerja sorang? Gaji anda rendah tapi anda tak pening kepala bila balik rumah atau pening kepala bila audit sampai atau pening kepala bila pegawai bawahan anda ponteng kerja dan hanya datang untuk punch card dan kemudiannya hilang. Malah kalau anda kerja lebih masa, anda boleh claim Overtime. Kalau PnP Gov, hanya ada elaun kritikal (lebih kurang RM100 sahaja) walaupun setiap hari anda kerja overtime balik tengah malam untuk siapkan kerja.

Fikirkan semula, setimpalkah???

Monday, December 5, 2011

FROM BANDUNG WITH LOVE... Part 2

Salam cinta dari Bandung...

Pagi ni kami bersarapan di cafe Andelir Hotel dan bergerak ke Tangkuban Perahu. On the way, ada jual arnab (kelinci) di tepi jalan. Tak kurang jugak yg jual nenas n berbagai buah-buahan lain.

Jalan di Bandung kecik dan tak berapa rata. Mengikut ceritanya, Bandung berasal dari tasik. Gunung terbesar, Gunung Sunda meletus beribu tahun dulu dan laharnya menutup aliran alir sungai lalu membentuk tasik. Lama kelamaan, oleh kerana hasil dari cuaca panas, tasik tu kering dan aliran sungai tu dah tak tersekat. So, bandar baru mula terbina...

Tangkuban Perahu berasal dari kisah Sang Kuriang... Raja dan pembantunya, si Tumang pergi berburu di hutan tapi tak dapat hasil. Masa nak balik, terdengar suara bayi. Terdapat seorang bayi ditinggalkan di tepi hutan. Orang dulu2 percaya anak itu adalah pemberian dewa. Diberi nama Puteri Dayang Sumbi dan dibesarkan di istana dan membesar jadi cantik. Ramai pangeran nak kawin dgn Dayang tapi Raja tak bagi. Puteri menenun kain di tepi benteng istana dan tiba2 penenun jatuh dan benangnya terjatuh ke luar benteng. Dia berjanji sapa yg ambik benang tu, kalo lelaki akan dijadikan suami manakala kalo perempuan, jadi adik angkat. Kebetulan si Tumang yg ambik benang tu.

Raja tak bagi puteri dan Tumang kawin. Maka diorang kawin lari ke hutan. Raja murka sebab Tumang membawa lari puteri lalu menyumpahnya menjadi anjing. Malangnya, ketika tu si puteri dah pregnant dan melahirkan bayi lelaki bernama Sang Kuriang.

Bila Sang Kuriang dah besar, dia pergi berburu bersama anjing iaitu Si Tumang tapi dia tak tahu itu adalah bapanya. Puteri (Dayang Sumbi) teringin nak makan hati rusa dan minta Sang Kuriang pergi berburu. Tapi malangnya tak dapat hasil buruan. Sang Kuriang akhirnya mengambil langkah dgn membunuh Si Tumang dan ambik hatinya sebab tak nak kecewakan mak nya.

Bila dah balik, hati tu di masak dan di makan. Dayang Sumbi konpius kenapa Si Tumang tak balik. Dengan berat hati, Sang Kuriang bagitahu mak dia hal sebenar.

Dayang Sumbi terkejut dan marah. Dia melemparkan senduk nasi ke kepala Sang Kuriang dan luka berdarah. Sang Kuriang tak boleh terima dan walaupun ibu dia bagitahu hal sebenar. Dia tak puas hati dan meninggalkan ibu dia dan pergi mencari ilmu. Dia berikrar tak akan balik selagi belum selesai menuntut ilmu. Dia pergi bertapa dan masa berlalu begitu lama sehingga dia lupa dia tentang ibunya.

Dayang Sumbi duduk sendiri di hutan dan pindah ke kampung. Dia juga akhirnya telah lupa tentang Sang Kuriang kerana masa berlalu begitu lama. Dayang Sumbi terkenal sebagai janda cantik yang tak tua dan Sang Kuriang mendapat cerita tu. Sang Kuriang yg da lupa dia ada mak, berhasrat nak memperisterikan Dayang Sumbi. Dia berjumpa Dayang Sumbi dan menyatakan hasrat nak memperisterikan Dayang Sumbi. Oleh sebab muka Sang Kuriang ada iras muka Si Tumang, Dayang Sumbi pun bersetuju.

Suatu hari, Dayang Sumbi ternampak luka kat kepala Sang Kuriang dan dapat tahu itu adalah anak dia. Untuk membatalkan perkahwinan, Dayang Sumbi memerah otak dan akhirnya mensyaratkan Sang Kuriang kena membina sebuah perahu raksasa untuk membawa mereka belayar dalam masa 1 malam sahaja. Sang Kuriang pada ketika itu sudah hebat ilmunya dan ada kebolehan bercakap dgn jin dan dgn bantuan jin, perahu tersebut hampir berjaya disiapkan.

Dayang Sumbi yang kerisauan akhirnya mendapat idea, mengajak wanita2 kampung menumbuk padi beramai2 pada waktu malam dan ayam jantan terdengar bunyi lesung padi tersebut dan berkokok. Dan kokokan ayam tadi di dengari oleh jin dan jin lari kerana takut hari sudah siang. Oleh itu, Sang Kuriang gagal.

Sang Kuriang malu dan bertekad nak gi jauh dan dia sepak perahu tu. Dia menyepaknya hingga terbalik. Dan perahu tu lama kelamaan jadi gunung. Dan dinamakan Tangkuban Perahu bermakna perahu tertangkup.

Dayang Sumbi pula naik ke gunung tersebut dan membunuh diri dan lalu kawasan tersebut menjadi Kawah Ratu.

Begitula kisahnya... Ni la lagenda yg terkenal di Bandung dan Tangkuban Perahu ni terletak di daerah Lembang iaitu kawasan tanah tinggi. Sejuk... Huhu...

Kisah akan bersambung di entry lain ye...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

FROM BANDUNG WITH LOVE part 1

Salam sayang utk semua kawan2...

1 Disember 2011 : Tibalah masanya untuk berangkat ke Bandung. Flight berlepas dari LCCT jam 10.10 pagi dan perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Tapi oleh disebabkan waktu di Indonesia adalah sejam lewat dari Malaysia, maka kami tiba di sana jam 12.10 tghr (waktu Malaysia) iaitu jam 11.10 pagi waktu di sana.

Kami menaiki flight ke Jakarta dan turun di Sukarnoe Hatta Airport di terminal 3 yg khabarnya baru siap dibina dan kesemua flight Air Asia turun di sini manakala flight MAS turun di terminal 2.

Cuaca di Jakarta sekitar 38 darjah celcius dan panas berbanding di Malaysia. Populasi di Jakarta sahaja dianggarkan hampir 9.5 juta penduduk. Penduduk asli di sini adalah kaum Betawi iaitu hampir 28 peratus daripada 9.5 juta.

Dari tangga kapal terbang ke terminal 3, kami menaiki bas selama beberapa minit. Kalau jalan kaki, berpeluh juga la kan. Hehehehe.

Oleh sebab ada sedikit kekeliruan antara terminal 2 (sebab ada 1 group lagi naik MAS) dan terminal 3, so tour guide lambat dekat sejam. So kitorang kena la tunggu.

Masa bas sampai, perut pun dah lapar. Kitorang di bawa makan ke Restoran Randu Bandara. Makanan biasa2 je and sy tak berapa selera. So sy order manggo juice berharga Rp. 13,800. Memang heaven sebab mango original blend n bukan sekadar kordial. Berbaloi bayar.

Kemudian kami gerak ke Bandung melalui highway. Perjalanan mengambil masa yg lama sebab jarak 180km dan jalam jem. Kualiti jalan raya sama mcm kat Malaysia.

Ketika hampir ke bandar Bandung, hujan lebat gile tapi sampai je kat Bandung, hujan reda. Kami di bawa shopping ke factory outlet yg dipenuhi barang2 Bali. Namanya Bali Heaven. Nampak 1 dress kaler putih tapi bila try, tak muat la pulak. Kuciwa! Takpe. Hari esok masih ada... Huhu

Bile dah shopping, perut pun lapar. So kami dinner di Restoran Wibisana. Makanan pun ok. Lebih kurang lunch tadi jugak. Pastu ada lagi group dari travel agency yg lain mkn kat sini. So, tempat ni kira popular la kan...

By the way, bahasa yg digunakan di sini :

Lele : ikan keli
Kelinci : arnab

And banyak yg jual key chain and ape bagai. Jurujual bergerak dan diorang akan ikut ke mana saja anda berada even sampai masuk ke dlm bas. Rimas dibuatnya. Huhuhu... And ramai jurugambar jalanan yg ambik gambar tapi gambar tak jadi. Sy ambik sekeping je la. Sebab asyik kena kejar je. Menyampah.

Malam ni n esok kami stay di Andelir Hotel yg baru beroperasi 2 minggu. Hotel yg selesa n fresh environment (sebab hotel baru la kan...). Hehehehe

So, malam ni plan nak jalan2 cuci mata. Saja je nak cari pengalaman kat tempat orang. Basically, pada pukul 1030 mlm (bersamaan kul 1130 waktu Malaysia), suasana dah lengang n sunyi...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, December 4, 2011

MENCARI DIRI...

Dalam kesibukan mengejar kerja yg dijadualkan, sy juga perlu nengejar pakej percutian yg dah dirancangkan sejak pertengahan tahun. Cuma situasinya mungkin tak seindah yg sy harapkan.

Sy mengharapkan percutian yg ini dapat merehatkan minda malangnya sy terkejar-kejar kerana perlu menghadiri kursus dan perlu menyiapkan tugasan sebelum balik ke kampung.

Dan sepanjang percutian ini, sy mengharapkan agar dapat mencari diri sy yang sudah hilang di dalam himpitan masa. Malah sy mengharapkan agar sy mampu menenangkan hati dan fikiran serta mengubati luka di hati sy...

Kepada seseorang, jangan jadikan itu sebagai alasan. 'Kita adalah apa yg kita pilih.' Kau sebenarnya yg lebih suka hidup berpura-pura daripada mencari jalan yg terbaik utk kau berubah. Kau dgn sengajanya memilih utk tidak mahu berubah malah sengaja menjadikan aku sebagai mangsa sifat kepura-puraan kau...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, November 17, 2011

Don't TRUST too much,

Don't HOPE too much,

And don't LOVE too much.

Because that TOO MUCH

can HURT you

SO MUCH.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, November 16, 2011

LANGIT CERAH...

Ku pandang ke luar dan langit nampak cerah

Adakah itu petanda bagus?

Dalam hati?

Dingin dan beku...

Setiap hari yang cerah tak akan mungkin sama lagi...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 15, 2011

KATALAH APA SAJA...

Katakanlah apa jua yg anda nak kata tentang saya... Katakanlah apa jua yg anda fikir tentang sy.. Hakikatnya, samakah apa yg kita rasa saat ini?

Di saat2 hujan turun membasahi, adakah dinginnya sama-sama kita rasa?

Di saat2 sy merenung langit gelap untuk mengintai cahaya bulan, adakah sama yang kita lihat?

Di saat2 dada langit terlalu gelap menanggung sarat untuk hujan, adakah kerisauan di hati kita sama merasa?

Di saat2 sy ketawa dan gembira, samakah hati kita merasa baahgia?

Andainya sy berpura2 sahaja, adakah anda tahu apa yg bersarang di sudut gelap hati sy?

Hakikatnya, bila sy meluahkan, sy hanya ingin melepaskan sesuatu yg sy rasa... Tidak pernah sy menyalahkan takdir dan tidak pernah juga sy memberontak dgn apa adanya... Sekadar melepaskan yang terbuku di hati agar tidak memakan diri...

Tapi andainya salah untuk sy meluahkan, rimas untuk menyaksikan, maka biarkan saya... Biarkan sy memencilkan diri.

Kerana, sy telah berpura2 untuk membahagiakan semua orang supaya tidak ada sesiapa risau tentang sy, tapi hakikatnya, sy hanya menyiksa jiwa sy...

Beritahu sy, andainya anda di tempat sy, apakah yg seharusnya sy rasa?

Katalah apa jua.. Kerana di penghujung cerita, sy seorang sahaja yg merasa dan terluka...

Andainya ini untuk kebaikan sy seperti yang semua orang rasa, maka biarkanlah... Saya turuti segalanya... Kerana sy tidak mahu peduli lagi apa yang terbaik untuk sy. Andainya dengan berpura2 maka semua orang rasa sy gembira, maka biarlah sy terus berpura2. Kerana sebenarnya, tetap sy juga yg merasa...

Biarlah sy bahagiakan semuanya... Dan luka di hati sy, abaikan sahaja... Kerana lukanya terlalu remeh untuk di belai berbanding kebaikan yang semua orang fikirkan untuk sy di hari kemudian...

Katalah apa jua... Kerana sy hanya akan memendamkannya... Biarkan ia memakan diri ini, suatu hari nanti...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

E.M.P.T.Y

Umpama jasad tanpa jiwa

Masa berlalu perlahan

Ketawa yang tidak gembira

Sedih yang tidak mampu ditangiskan

Segala yang indah tidak dapat dizahirkan sebagai indah dlm hati

Patah hati

EMPTY...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, November 14, 2011

Alone...

Alone in the office.. Trying my best to settle all the work... All the best! :-)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, November 9, 2011

9 NOVEMBER 2011

Sebelum ini sy mengabaikan sesuatu demi mengejar sesuatu. Di hujung cerita, sy menyedari bahawa yg sy kejar adalah tidak bermakna. Dan yg menunggu itu masih setia memberi ruang kemaafan. Kesimpulannya, hargai apa jua yg anda ada. Jangan mengejar sesuatu yg tidak bermakna. Akhirnya hanya terluka.

Monday, October 31, 2011

IMPOSSIBLE...

Saya menulis post ni sambil dengar lagu Impossible by Shontelle. agu yg sangat menyentuh hati...

Kadang2 kita menjalani kehidupan seharian dengan seribu impian dan cita-cita tanpa kita sedari bahawa sebahagiannya adalah hanya perkara yang IMPOSSIBLE untuk dicapai...

Walaupun kita terlalu berhati-hati, kita masih akan terluka.. Hakikatnya, kita tak akan selalunya mendapat apa yang kita inginkan walaupun kita dah merancang dengan sehabis daya...

Dan saya teringat kisah tiga tahun lepas... Di saat yang hampir sama... Situasi yang hampir sama... Dan berulang kali hingga kali ini.. Masih terluka lagi... Dan luka dulu, terbuka kembali...

Saya bukan manusia hipokrit. Biar semua orang tahu apa yg saya rasa. Dan biar semua orang memberi persepsi berbeza tentang apa yang sy rasa. Saya masih seperti ini dan akan kekal seperti ini. Kerana setiap yang saya rasa di dalam hati dan yg saya zahirkan seharian, adalah sebenarnya sy. Saya tak akan menipu dan tak akan berpura-pura. Itu bukan sy...

Dan sekiranya segalanya yang kita rancangkan hanyalah sesuatu yang MUSTAHIL untuk kita kecapi, dan andainya segala yang sy rasa di dalam hati ini hanyalah sy seorang saja yang merasai, dan seandainya setiap kata-kata yang dilafazkan dulu hanyalah mainan hidup, maka kita bawa haluan sendiri...

Impossible... Satu perkataan yang menyakitkan hati, melukakan hati dan menjijikkan untuk diingati...

Saya tak akan rasa malu dgn segala yang sy rasa, kerana sy tidak hidup dalam berpura-pura. Dan sekiranya apa yang sy rasa hanya sy seorang sahaja yg rasa, maka ketahuilah bahawa sy ikhlas merasainya. Dan sekiranya balasan yang sy terima hanyalah mainan kata-kata, sy redha menghadapinya...

Banyak perkara dan cita-cita, hanya akan jadi IMPOSSIBLE jika kita terlalu kerap bermain kata-kata....

Monday, October 3, 2011

28 SEPTEMBER 2011


Tetiba terasa nak bercuti... Naik ke Cameron jap... Gi ladang teh Boh Sg. Palas yang dekat dgn Hotel Equatorial tu... Sebelum tu singgah kebun sayur n strawberry (lupa nama dia) yang hampir dgn ladang Boh tu...

First time dapat petik baby carrot n kobis.. Memang fresh dan rasa seronok sangat dgn layanan yang diberi.. Pekerja dia pun rajin nak ambikkan gambar aku...

Pastu petik strawberry... Memang best la. Walaupun aku tak makan sayur tapi rasa bestla dapat pengakaman baru and gi tempat baru.

Then gi Tea House... Sejuk giler Cameron masa aku gi tu... Da la pakai baju lengan pendek je sebab aku target kat sana panas... Menggigil jugak la...

Trip kali ni best and release tension...

KEKUATAN ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA....

Kerana tak mampu untuk terus hidup dalam tekanan dan penantian, manusia seringkali memilih di antara dua pilihan... Sama ada ingin meneruskan atau berpaling dan menghilang....

16 september 2011... Saya mengambil keputusan untuk berpaling dan menghilang.... Seribu kekuatan hadir dalam diri.... Walaupun keputusan di hujung cerita bukanlah seperti mimpi ngeri dan bukan jua seindah pelangi, namun sy masih tetap di sini dan menanti...

Akhirnya pilihan yang di pilih itu, bukan jua satu pilihan yang mampu untuk dipilih....

Wednesday, August 17, 2011

PERNAHKAH ANDA...?

Baru saya terfikir sesuatu setelah melihat sesuatu... Seorang pakcik tua bertongkat berjalan perlahan-lahan di tepi jalan raya... Mungkin sedang berjalan untuk mengeluarkan peluh...

Dan saya terus terfikir sesuatu....

Pernahkah anda membayangkan, siapakah yang akan berada di sisi anda ketika anda meniti usia emas... Pejamkan mata dan bayangkan wajahnya...

Thursday, August 11, 2011

APAKAH ERTINYA...?

Dia merupakan sahabat yang sy senangi...

Dan kami saling mengambil berat....

Tapi malangnya, dia sering mengkhianati tanpa sy sedari....

Sangat susah untuk mempercayai hakikat ini...

Oleh itu, apakah ertinya persahabatan ini?

Dan hingga ke saat ini, hati masih terluka...

Wednesday, August 10, 2011

TERASA....

Entry ni bukan sama sekali nak bercerita tentang aku TERASA makanan ketika di bulan puasa tau! Hahahahaha...

Alhamdulillah aku da selamat bekerja di opis baru selama tiga minggu. Segalanya berjalan lancar sama seperti keje di opis lama cuma bidang tugas yang berbeza. Memang tak sempat nak rehat sebab keje tak putus2. Masa nak berpoya-poya pun cuma waktu pagi sebaik sahaja masuk opis sebelum memulakan tugasan2 yang ada dan juga ketika lunch hour... Oleh sebab kita berpuasa, maka lunch hour bole wat keje lain yang tak berfaedah seperti jalan2 di shopping mall sambil cari kad raya atau baju raya... Hahahahah

Aktiviti aku di mukabuku sangat terhad. Malah kadang2 aku deactivated je. Kerana aku terasa hati apabila aku cuba bertanya khabar, kdg kala aku menerima jawapan yang sungguh biadab bunyinya... So, aku hadkan aktiviti bertanya khabar. Lebih baik hidup dalam dunia sendiri daripada cuba untuk mengeratkan suilaturrahim tapi di salah erti...

Dan lebih pedih bila kita di layan macam hape je oleh orang yang kita selalu layan dia baik... So, daripada aku memaki hamun dalam hati pada bulan yang mulia ini, baik aku mengundur diri... Lagipun bukan ada orang ambil kisah pun kalo aku terasa hati...

Dan, sekiranya aku ni penting dalam hidup mereka, maka diorang akan cari aku balik... Tapi kalo tak, maksudnya persahabatan tu hanya bermusim... Pokok pangkalnya, kita tak boleh paksa orang kawan dgn kita... Bukan semua orang suka kita kan?

So, apa persiapan raya? Tahun ni berpuasa di tempat baru setelah 4 tahun berpuasa di negeri lain... Mula-mula rasa pelik juga... Suasana lain. Tapi bila dah beberapa hari, alhamdulillah dah boleh menerima perubahan. Malah, juadah berbuka hanya minima dengan 1 makanan dan air je. Takde kuih-muih atau juadah yang di beli di bazar ramadhan. Semuanya hand made. Aku elakkan pergi ke bazar ramadhan kecuali kalau aku balik kampung. Sebab nak elakkan dari terbeli macam-macam juadah yang akhirnya tak di makan pun...

Dan sejak akhir2 ni pun memang aku jarang update blog. Sebab aku dah terlupa passwordnya. Bila recover, pastu lupe balik.. Huhuhuhu.. Sungguh lemah daya ingatan aku ni. Mungkin disebabkan faktor usia kot? Hahahaha... Harap2 kali ni tak lupa lagi.

Disebabkan kesibukan yang tak mengira waktu sekarang ni, banyak entry yang bermanfaat yang tak dapat aku nak post... Dah ada idea tapi tak sempat nak menulis. Lagipun sekarang ni kau banyak membaca novel. So bila balik umah, masa lapang tu terisi sepenuhnya dengan membaca atau tido... Hehehehehe....

So, next time harap2 aku dapat menulis perkara-perkara terindah yang aku lalui akhir2 ni. Semoga aku dikurniakan kesihatan, keselamatan, rezeki dan berkat ramadhan oleh Allah sepanjang menjalani ibadah puasa ini... Selamat berpuasa kepada anda semua... Aminnnn

Tuesday, August 2, 2011

CERPEN : AKU DAN DIA, PART 3

“Kita nak pergi mana ni?”

“Ada la… Ain mesti suka…”

“Isy… Bagitahu la.. Tak kan la itu pun abang nak berahsia dengan saya…”

“Sorry… Tunggu dan lihat je okay….”

“Tapi rasanya kita nak menghala ke utara kan?” Aku belum habis meneka. Rasa teruja nak tahu kemana destinasi kami. Malam tadi Amir merayu-rayu agar aku pergi ke suatu tempat dengan dia. Katanya tak jauh dan aku tak perlu risau apa-apa. Malas nak komen banyak, jadi aku setuju jela. Seronok juga kalau dapat keluar dari Melaka ni. Lagi seronok kalau dapat pergi ke tempat-tempat yang boleh melapangkan fikiran.

Dua minggu selepas peristiwa itu berlaku, masih tiada sebarang berita dari Fikri. Walaupun otak aku masih belum dapat berhenti dari memikirkan tentang dia, tapi sedikit sebanyak aku dah rasa lega kerana dah meluahkan segala yang aku rasa.

Aku akui memang memalukan bila cinta kita di tolak oleh orang. Memang tak tahu nak letak muka kat mana. Tapi aku harus fikir positif. Mungkin memang tak ada jodoh antara kami. Jadi, kalau aku usahakan dengan cara yang pelbnagai pun, pengakhirannya tetap sama. Mungkin dah tertulis di Loh Mahfuz, kami hanya sahabat dunia dan akhirat…

Aku tak sedar sejak bila aku terlena. Rasa sejuk yang mencengkam membuatkan aku membuka mata dan memerhati keadaan sekitar. Tempat yang aku yakin aku pernah pergi sebelum ni…

“Ingatkan tak nak bangun tadi….” Amir tersenyum manis. Senyuman itu yang selalu memudarkan rasa marah dalam hati aku. Aku akui, aku tak boleh marah pada Amir kerana ketenangan yang terpancar dari wajahnya. Dia seorang yang sangat baik dan sentiasa menjaga aku. Dan dia seorang abang yang sangat baik. Perbezaan usia sebanyak 5 tahun jelas menunjukkan kematangan dia dalam setiap tindakan.

“Kita kat mana ni?”

“Kata tempat yang Ain suka….”

Aku tahu tempat ini di mana. Aku tahu ini adalah tempat yang aku suka suatu ketika dulu. Tapi rasanya kini bukan tempat kegemaran aku lagi. Dan tiba-tiba rasa sakit itu muncul kembali dalam hati. Pedih dan menghiris. Aku hanya terdiam.

“Sejuk ek? Ni abang ada bawak sweater. Abang dah agak dah Ain mesti sejuk…” Amir menghulurkan baju ke arah aku. Aku terus menyarung ke badan tanpa banyak cerita.

“Ain nak pergi mana dulu ni?”

“Mana-mana pun saya tak kisah…” Aku menjawab dengan perlahan.

“Ok… Kalau macam tu, kita pergi petik strawberry dulu. Ain kan suka makan strawberry… Kan Ain suka petik strawberry kat sini… Jom…”

Aku berjalan perlahan. Sebak di dada semakin terasa.

Selesai membayar tiket masuk dan membeli bekas strawberry, kami bergandingan masuk ke kebun strawberry. Cameron Highland ini suatu ketika dulu adalah tempat yang paling aku gemari. Tak kira berapa kali ke sini, aku tak pernah rasa jemu.

Tapi kali ini aku rasa lain. Sebab di mana-mana pun ada banyak kenangan yang terpalit. Dan aku semakin rimas.

Sambil memetik, Amir curi-curi makan strawberry dari pokoknya. Dan gelagatnya itu mengingatkan aku kepada seseorang… Kepada Fikri…Sebab aku dan Fikri sama-sama hantu strawberry… Fikri selalu curi-curi makan macam tu… Dan kadang-kadang dengan pantas dia memetik dan meletakkan strawberry yang segar itu di telapak tangan aku. Semuanya masih segar dalam ingatan… Seolah-olah baru semalam aku dan Fikri ke sini… Dan bayang-bayang Amir hilang dari mata… Hanya ada Fikri…

Tanpa aku sedari, aku telah hilang dari alam nyata. Hanya jasad berdiri tegak tapi minda dan hati ke lain. Dan rupa-rupanya Amir perasan apa yang berlaku. Perlahan-lahan dia menyentuh bahu dan memanggil lembut namaku.

“Ain….. Ain dah berangan sampai mana?”

Aku tersentak dan malu. Ada sedikit air mata yang menitis. Pada waktu ini, hati aku sangat pedih… Kenapa?

“Eh, kat sana banyak strawberry besar-besar.. Jom pergi sana…” Aku terus bergerak meninggalkan Amir. Aku tak nak dia terus meneka apa yang aku rasa.

“Ain….” Amir mengekori dari belakang.

“Ye.. Apa dia?” Aku bertanya acuh tak acuh sambil terus pura-pura fokus memetik strawberry.

“Lepas ni kita pergi tea house… Kita minum hot chocolate kegemaran Ain… Nak tak?”

“Nak…” Dan aku hanya tersenyum memandang Amir. Aku tahu dia sedaya-upaya sedang cuba membuatkan aku gembira dan melupakan Fikri sepenuhnya. Tapi tanpa disedari, apa yang dilakukan oleh Amir ini hanya membuatkan aku semakin mengingati Fikri di dalam hati. Dan aku benci dengan perasaan ini. Aku benci diri aku sendiri kerana aku mencintai seseorang yang tak boleh memilih aku. Dan aku juga benci bila aku tak mampu mengusir perasaan ini dengan mudah…

Selesai memetik strawberry, kami ke tea house. Seperti yang dirancang, kami sama-sama minum hot chocolate dan menikmati muffin strawberry kegemaran aku.

“Ain nak pergi mana lepas ni?”

“Hmmmm…. Saya nak abang belikan saya bunga. Boleh?”

“Bukan setakat bunga, dengan pasu2 bunga pun abang sanggup belikan asalkan Ain senyum macam ni sepanjang hari…. Ain nak bunga apa?”

“Bunga matahari…”

Belum sempat Amir memberi sebarang tindakbalas, aku tersentak.

“Saya tak nak bunga matahari… Saya nak bunga ros… Semua warna… Nak banyak-banyak tau…” Aku menambah dengan cepat.

“Kenapa tak nak bunga matahari tadi? Cantik jugak. Lagipun bukan senang nak cari yang saiz besar macam yang orang jual kat sini.”

“Saya dah tak suka bunga tu….”

“Sebabnya?” Amir semakin ingin tahu.

“Takde apa…. Manusia berubah… So, selera pun berubah…”

Dan bunga matahari itu menyimpan seribu satu rahsia… Kerana aku menyukai bunga itu semata-mata kerana dia…. Dan biarlah rahsia itu terus tersimpan kemas di dalam lipatan hati…. Biar ku simpan sampai mati…

Thursday, July 28, 2011

CERPEN : AKU DAN DIA, PART 2

“Apa masalah kau sebenarnya ni? Amir cari kau macam orang gila. Sampai bila aku kena menipu bagi pihak kau ni?” Suara Sofia kedengaran sangat serius di hujung talian. Aku menyahut hanya dengan keluhan.

“Ain….. Lupakan Fikri… Kau kena fokus pada Amir sekarang ni.. Tak lama lagi korang berdua nak kawin dah...” Sofia memujuk lembut. Aku masih membisu. Aku hilang kata-kata. Malah sebenarnya aku tak tahu nak kata apa.

”Ain, apa yang kau rasa sekarang ni? Bagitahu aku....”

”Aku rasa.... sakit.... ”

”Aku faham... Tapi kau kena atasi masalah ni... Dah dua hari peristiwa tu berlalu... Dan Fikri masih tak cari kau. Tu bermakna dia memang tak ada hati kat kau. Kau kena terima...”

”Aku memang sedang menerima hakikat tu. Cuma aku rasa sakit sangat... Dan aku perlu masa...”

”Aku faham....”

”Sofia....”

”Ye.... Luahkan apa saja yang kau nak kata... Aku akan dengar... Bukan sehari dua aku kenal kau. Aku tahu dah bertahun kau sayang Fikri dalam diam. Dan aku juga tahu bukan mudah nak lupakan perasaan tu dalam tempoh dua hari. Fikri dah sebati dalam hidup kau...”

”Aku rasa..... separuh jiwa aku hilang.... Kosong...”

”Banyakkan berdoa dan berzikir kepada Allah... Aku tak nak kau buat perkara yang tak sepatutnya... Ingat Allah banyak-banyak, Ain....”

”Thank you.... ”

”Tapi... Pasal Amir ni, sampai bila kau nak mengelak dari dia? Tak baik kau buat macam ni. Dia tunang kau. Tentu dia risau...”

”Nanti aku call dia. Cuma aku tak nak dia tahu aku kat mana.. Nanti dia datang ambik aku pula... So, tolong rahsiakan lagi ye. Please....” Aku merayu. Memang aku nak tenangkan fikiran sekarang. Aku tahu Amir risau. Dia pasti risau. Kerana selama ini, dia ibarat seorang abang yang sangat bertanggungjawab. Dan suatu hari nanti dia akan jadi suami aku... Tapi aku perlukan masa untuk bertenang...

“Kau mesti call dia. Jangan buat dia risau. Kau bertuah, Ain.. Bukan mudah nak cari lelaki sebaik dia...”

“Aku tahu... “ Aku mematikan panggilan. Dan rasa kosong itu kembali menguasai suasana. Aku menghamparkan pandangan kosong ke arah tasik... Suasana pagi berkabus yang menyelubungi sekitar Tasik Banding memang menyegarkan. Tapi kenapa hati aku semakin suram?


************************************************************************************


”Ain kat mana ni? Ain tahu tak abang risau?”

”Saya minta maaf... Saya cuma perlu bercuti...”

”Ain, abang masih ingat lagi macam mana keadaan Ain lepas Ain luahkan perasaan pada Fikri. Abang tak pernah tengok keadaan Ain macam tu selama ni. Ain yang abang kenal selama ni adalah seorang yang ceria dan keras hati. Abang boleh rasakan penderitaan yang Ain rasa masa tu....”

”Saat tu dah berlalu. Saya akan cuba kembali macam dulu. Cuma abang kena bagi saya masa....’

“Ain, jangan paksa diri kita buat sesuatu yang kita tak selesa... Tak salah kalau Ain rasa sedih macam ni sebab Fikri tu dah jadi sebahagian hidup Ain selama ni. Cuma Fikri tu je yang tak faham atau buat-buat tak faham. Apa kata kalau abang pujuk dia... Apa kata kalau abang cuba terangkan kepada dia apa perasaan Ain yang sebenar selama ni... Sebab abang tak sanggup tengok Ain macam ni.... Mungkin dia akan sedar tentang perasaan dia... Lagipun, abang tak percaya kalau dia tak rasa apa-apa sepanjang bersama Ain selama ni...”

”No! Abang tak boleh buat macam tu!” Suara aku meninggi.

“Abang tak sanggup tengok Ain macam ni…. Kalau masa tu Fikri sedar perasaan dia pada Ain, abang bersyukur sangat…”

Aku terkedu. Amir sanggup kehilangan aku asalkan dia tengok aku gembira?

“Abang…. Adakah itu bermakna abang sanggup kehilangan saya?”

“Ye, Ain… Cinta tak semstinya memiliki… Abang cintakan Ain. Ain pun tahu kan... Tapi abang akan buat apa saja asalkan Ain bahagia dan gembira... ”

”Abang.... Saya dah buat keputusan yang tak akan saya ubah... Saya tak akan tinggalkan abang. Kita tutup cerita ni... Abang jangan risau pasal hal ni lagi. Saya akan uruskan semuanya sendiri. Saya janji, saya akan kuatkan semangat... So, please jangan cakap apa-apa pada Fikri...”

”So, bila Ain nak balik? Ain kat mana ni?”

”Saya ada kat satu tempat yang banyak kenangan... Dan saya akan balik esok... Saya akan jumpa abang esok...”

”Ok... Ain jaga diri baik-baik... Tapi sebelum tu, boleh tak Ain jawab soalan abang ni dengan jujur?”

”Apa dia?” Aku tertanya-tanya dalam hati apakah soalannya.

”Apa yang Ain rasa sekarang?”

Aku terdiam seketika mendengar soalan itu. Soalan yang memerlukan kejujuran. Tapi aku tak boleh menipu untuk menjawabnya.

”Saya rasa separuh jiwa saya hilang....”

Perbualan itu terhenti di situ... Aku kembali memandang tasik yang luas. Aku bersendirian di kawasan jeti berhampiran hotel. Walaupun agak membahayakan, tapi hati aku meronta-ronta untuk berada di situ. Dan aku seoah-olah terlihat kelibatnya sedang berakit di tepi kawasan jeti itu. Aku mengeluh lagi.

Wednesday, July 27, 2011

CERPEN : AKU DAN DIA, PART 1

“Sebelum kita teruskan perkahwinan ni, boleh tak kalau saya nak minta sesuatu?”

“Anything u wish for…”

“Boleh tak kalau saya berterus-terang kepada dia tentang perasaan saya selama ni? Sebab saya rasa tak boleh nak move on….”

“Ain pasti dgn tindakan Ain ni?”

“Abang pasti dengan apa yang saya nak buat ni?”

“Asalkan ia mendatangkan kebaikan kepada Ain, abang akan izinkan… Sebab Ain pasti tahu kenapa Ain nak buat macam tu… Abang pun tak nak perkara ni timbul lagi selepas kita kawin. Abang tak nak Ain menyesal di kemudian hari. So, selagi ada masa dan peluang, Ain buat la yang terbaik untuk masa depan Ain…”

“Terima kasih kerana memahami saya….. Thank you so much…”

Suasana sunyi di dalam kereta.

“Tak sangka kan… Akhirnya kau akan kahwin dgn dia…” Dia mula berbicara.

“Hmmm… Memang tak sangka…. Hmmmmm…” Dan kata-kata aku itu terhenti di situ.

“Tapi kau nampak macam lain akhir-akhir ni…. “

“Lain macam mana?”

“Hmmmm…. Kau dah ready ke nak jadi seorang isteri?”

“Kenapa tanya macam tu?”

“Sebab nampak macam ada sesuatu yang kau tak zahirkan…”

“Fikri…. Can I say something?”Aku mula memberanikan diri.

“Sure… Apa dia?”

“Hmmm…. Boleh tak kalau aku nak berterus-terang?”

“Of course… Cakaplah…”

“Well, actually this is hard for me… But I have to say it to you… Eventhough everything will change after this….”

“Macam serius je…”

“Well, maybe this is the first and the last time aku akan serius dengan kau… Who knows, right?”

“What is it?”

“To be honest…. Aku nak mendirikan rumahtangga selepas ni….”

“Tu aku dah tahu….”

“Tapi ada yang kau belum tahu….” Aku cepat-cepat memangkah kata-kata dia.

“Then, tell me…”

“Aku tak nak di buru rasa menyesal selepas aku buat keputusan ni…. So, walau apa pun terjadi, aku tetap kena cakap… Supaya aku tak menyesal di kemudian hari..” Ayat itu tiba-tiba terhenti. Dada aku mula terasa sebak…

“Ain, what is it?”

“Sebenarnya…. Aku sayang kau sangat-sangat….I’m falling in love with you everyday…. Tapi aku tak nak berterus-terang kat ko disebabkan beberapa perkara….”

Dia terdiam tanpa sebarang komen. Suasana kembali membisu.

“Alasan yang pertama, sebab aku seorang perempuan dan aku rasa tak manis kalau aku yang meluahkan perasaan…. Aku malu. Kedua, sebab aku rasa aku ada ego sendiri yang perlu aku pertahankan. Apatah lagi sebab kita dah berkawan agak lama…. Dan yang ketiga…. Oleh sebab kita dah berkawan lama, aku bimbang kalau aku luahkan perasaan aku pada kau, kau akan trekejut dan kita akan mula renggang. Mungkin kau akan jadi tak selesa… So, aku tak nak kehilangan kau… Cuma, hari ni aku perlu luahkan supaya apa yang aku rasa ni tak akan membunuh jiwa aku selepas ni….”

Suasana masih membisu….

“Aku minta maaf banyak2 atas apa yang aku cakap ni. Aku tahu kau cuma anggap aku kawan. Tapi aku memang sayang kau dan cintakan kau sangat2. Perkara ni dah berlanjutan terlalu lama sampaikan aku dah tak ingat sejak bila aku mula sayang kau. Lagipun, aku memang tak banyak kawan lelaki yang betul-betul rapat dengan aku… So, aku nak ucap terima kasih banyak2 kepada kau yang selama ni banyak membantu aku dan banyak mengambil berat terhadap aku. Aku…. Aku… Aku tak tak tahu macam mana nak balas budi baik kau. Aku doakan kau akan lebih gembira dan bahagia selepas ni… Jaga diri baik-baik, ok?” Dan ayat yang terakhir itu, aku lafazkan dengan deraian airmata. Dan aku tak boleh berada di situ lagi. Aku tak mampu nak menatap mata dia. Aku tak berdaya nak memandang wajah dia. Dan aku tak rela berhadapan dengan dia lagi. Aku menjadi selemah-lemahnya. Semua ego yang aku pertahankan selama ini, hilang begitu sahaja.

Suasana ketika itu masih sepi.

Aku membuka pintu keretanya dengan perlahan-lahan. Entah kenapa hati rasa terlalu berat dan kaki seolah-olah kaku untuk menyusun langkah.

Aku kuatkan tekad dan terus pergi tanpa menoleh kepadanya buat kali terakhir. Kerana segalanya harus terhenti di sini. Selepas ini, perasaan ini harus di usir pergi. Demi kebaikan kita semua bersama…

Mungkinkah persahabatan ini berakhir semudah ini? Atau masih bisakah kami bertentang mata setelah segalanya terbongkar? Mampukah aku berhadapan dengannya suatu masa nanti tanpa terselit sebarang rasa cinta ini?

Aku yakin tiada sebarang rasa cinta dihatinya… Kerana dia tak mengejar aku sama sekali… Kerana dia tak menghalang aku dari pergi….

Lantai yang aku pijak, terasa tak seimbang… Seakan langkah kakiku pincang… Dan udara seperti sangat tipis. Seperti aku terperangkap di dalam sebuah ruang vakum.. Dan masa seolah terhenti…

Sedihnya kerana segalanya berakhir seperti ini…. Mungkin di hujung kegelapan ada sebuah sinar cahaya…

Aku masuk ke dalam kereta Amir dengan segera. Amir memang menunggu aku dari tadi kerana dia memberi peluang untuk aku pergi berjumpa Fikri. Amir memandang aku yang sedang menangis. Pada masa itu, aku dah tak mempedulikan lagi ego aku. Biarlah satu dunia menyaksikan aku tewas dalam perasaan sendiri. Sesungguhnya segala yang aku luahkan itu, datang ikhlas dan jujur dari hati… Dan biarkan kejujuran itu memakan diri buat kali terakhir. Kerana kehidupan selepas ini perlu diteruskan tanpa jiwa…

“So, adakah ending macam ni yang Ain nak..? Macam mana kalau dia pun sebenarnya ada perasaan yang sama cuma perlu masa untuk menyedarinya?”

“Tak bermakna apa-apa lagi… Sebab kalau dia betul-betul merasakan saya penting dalam hidup dia, saya tak kan duduk di sebelah abang sekarang ni… Pasti dia dah halang saya pergi masa keluar dari kereta dia tadi.”

“Mungkin dia perlu masa….”

“Saya pun perlu masa… Setelah saya menghabiskan masa yang sangat lama untuk menyayangi dia…”

“Apa yang Ain nak buat sekarang ni?”

“Tolong hantar saya balik… Please…”

Dan sepanjang perjalanan balik itu, hanya radio yang kedengaran meriah. Dalam hati aku, hanya ada rasa pilu…


Tuesday, July 12, 2011

MENGHITUNG HARI...

Dah lama rasanya tak berkesempatan nak menulis di blog ni... Terlupa password dan terlalu sibuk dgn pelbagai aktiviti... Aktiviti2 tu semua akan aku ceritakan dlm entry yang selanjutnya...

Aku sedang menghitung hari nak meninggalkan negeri ni dan memulakan hidup baru di sebuah negeri yang baru... Nak cari fresh start...

So, dalam menghitung hari ni, ada yang aku harapkan... Dan nampaknya harapan tinggal harapan je...

Dan ada yang langsung tak menunjukkan sebarang perasaan even aku nak gi jauh...

Ye, aku akan meninggalkan dia. Aku tahu dia tak akan kisah dan tak akan terkesan... Tapi takpela.. Pemergian aku kali ni adalah dgn niat agar aku mampu melupakan segala kenangan bersama dia... Dan biarkan kenangan itu terkubur buat selamanya...

Buat seseorang, masa berlalu semakin pantas.... Adakah pengakhirannya akan begini? Dan persoalannya, adakah kemahuanmu adalah pengakhiran yang sebegini....???

Sunday, June 19, 2011

MUSIM MENUAI....


Petang semalam aku buat sesi bergambar sakan kat sawah padi.. Kebetulan sekarang dah start musim menuai. Gambar kat atas tu adalah padi yang dah menguning dan akan dituai tak lama lagi. Memang best gile...

Aku dan kawan aku cari pondok ladang, pastu cari bunga teratai dalam parit (malangnya tak kembang pulak teratai tu), then bergambar kat lot sawah...

Dulu, aku tak pernah tengok sawah padi dan terasa teringin sangat nak tengok... Then masa on the way nak gi survey camp, aku lalu satu kawasan yang hijau. Aku pelik sebab ingatkn tempat tu lalang. Kawan2 aku semua ejek and gelakkan aku yg duk melekat kat tingkap bas sebab teruja bila dapat tahu tu adalah sawah padi... Dan dunia ni memang kecik. Sawah padi yg aku tengok tu la kawasan tempat keje aku sekarang.. Berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara... :-)

Dan dikelilingi sawah padi yang luas terbentang, langit yang membiru, angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa... Memang indah dan mengasyikkan....

GREEN LANTERN


Tadi aku gi tengok movie ni. Bukan movie favourite pun tapi daripada takde aktiviti, aku tengok la jugak... Secara keseluruhannya, cite ni panjang sangat dan boring. Nasib baik la hero hensem and ada six pack. Hehehehe... Heroin pun cun...

Hmmm, jalan cerita dia panjang dan macam meleret je. Dan hero ni tak cukup terer macam watak superhero lain. Dan konsep good against evil tu digunapakai dalam cerita ni. Bagusla.. Mana leh bagi peluang kat orang jahat menang kan?

Konsep 'fearless' dalam movie ni memang bagus... Kita kena berani dan sentiasa berjuang untuk menentang perasaan takut kita sendiri. Perasaan takut hanya akan buat kita lemah dan kalah... Dan dalam cerita ni menyedarkan aku bahawa aku seorang penakut especially yg berkaitan dgn ketinggian atau dlm erti kata lain, aku gayat... Jadi bukan mudah nak overcome perasaan takut tu.. Ntah bila zaman la aku akan jadi fearless... Tapi tak rugi untuk mencuba kan...

Kesimpulannya, ok gak cite ni... Bole la kan untuk ditonton dan untuk berhibur... :-)

Monday, June 13, 2011

YOU'RE THE ONE THAT I DON'T WANT...



Cerita ni bermula dgn kisah Lucy dan Nate yang masa tu adalah seorang student dan diorang berjumpa lalu bercinta di Venice. Tetiba diorang diberitahu pasal legend yang famous kat tempat tu iaitu ‘kalau kissing di bawah Bridge of Sigh ketika sunset dan di saat tu loceng gereja berbunyi, maka diorang akan memperolehi eternal love... maknanya akan together forever’... So diorang buat sebab nak mengekalkan cinta jarak jauh sebab Lucy kena balik ke England dan Nate kena balik U.S...



Dan memang susah nak kekalkan hubungan diorang sebab cinta jarak jauh ni hanya dihubungkan dgn telefon... Mahal lak tu... Then lucy dapat tahu bahawa Nate akan kahwin dgn perempuan lain dan keluar dekat suratkhabar kat sana dan kebetulan pulak, adik Lucy tinggal kat sana..



Then selama 10 tahun Lucy rasa sangat lonely sebab dia masih merasakan bahawa Nate adalah ‘The One’. Kiranya macam soulmate dia la... Lucy akhirnya berpindah ke tempat keje baru di New York dan memulakan kehidupan baru dan tetiba terjumpa Nate semula. Dan diorang kembali couple malangnya Nate dah berubah menjadi seorang yang bukan Lucy kenal lagi. Nate seorang producer, duit banyak malangnya terlalu jaga kesihatan, selalu memperkecilkan Lucy sebab Lucy tu jenis yang clumsy. Huhuhuhu. Dan setelah bertekak, akhirnya diorang break up.


Malangnya, sumpahan Bridge of Sigh tu tetap mengikat diorang berdua. Diorang kerap bertembung, telefon masing2 selalu dihujani missed call antara satu sama lain walaupun Nate dan Lucy memang tak teringin pun nak call antara satu sama lain. Masa Lucy out-station, kebetulan Nate duduk seat sebelah Lucy masa dalam flight. Then kebetulan semua bilik hotel habis ditempah, akhirnya memaksa Lucy dan Nate berkongsi bilik (tapi tak buat apa-apa tau!). Walaupun begitu, Lucy dah ada seorang peminat bernama Adam dan Adam seorang pengemar movie dan selalu bertembung dgn Lucy bila ada pameran baru kat mana-mana art gallery.


Banyak lagi konflik lain dan akhirnya Nate dan Lucy terdesak untuk kembali ke Venice untuk matikan sumpahan tu. Lucy memang takde idea macam mana nak matikan sumpahan tu sehinggalah dia nampak Adam kat sana dan Lucy terjatuh dalam air dan lemas. Adam selamatkan dia dan kiss dia... Tepat ketika itu, sunset dan bunyi bell dari gereja yang sama. Mungkin itulah yang mematikan sumpahan sebelumnya dan mengikat kasih antara Lucy dan Adam...


Cerita ni memang best. Kelakar dan membuatkan aku berfikir. Sebab aku memang menghadapi masalah nak get rid from someone yang aku suka... Dan akhirnya aku jump to the conclusion bahawa, Allah always have a better plan for all of us.. Just ikhlas dan redha and Allah will lead the way...



Apa yang aku nak buat sekarang? Just go with the flow and let Allah show me the way through my heart... Aminnnnn

I AM FULLY BOOKED UNTIL THE VERY LAST DAY...

Tajuk kontroversi? 'I am fully booked?'



Hahahahah. Sila jgn nak imaginasi terlebih dan jgn nak fikir yang bukan-bukan. Aku ni kudus tau.. hahahahah



Sebenarnya, setiap minggu dah ada macam2 aktiviti yang nak dibuat sehinggalah berlakunya perpisahan suatu hari nanti... Dan sehingga menunggu saat tu, aku masih mengejar impian, harapan dan cita-cita dan sedaya upaya cuba untuk mengisi masa lapang dgn sewajarnya...



Dan rasanya banyak juga plan yang terpaksa aku ketepikan kerana kesuntukan waktu sebab aku terpaksa pilih mana yang penting je. Hmmm, dan masa berlalu semakin pantas. Dan aku sedaya upaya cuba mengejarnya...



Terima kasih kepada beberapa orang insan yang sedaya upaya cuba untuk menunaikan impian2 aku akhir2 ini..



Banyak yang akan aku rindukan... Aku pasti...

NOVEL KASIH YANG SUCI



Kasih yang suci ni adalah novel by Meen Zulaikha yang aku dah jejak selama berminggu-minggu disebabkan oleh Drama Nora Elena kat TV3 tu. Aku tak tengok sangat drama tu tapi ada somebody yang cerita kat aku. So, tahu la jugak sikits ebanyak perjalanan ceritanya.


Banyak kedai buku yang dah kehabisan stok dan tunggu stok baru disebabkan permintaan yang banyak dan novel ni da di ulang cetak banyak kali da. Tu la betapa glamernya novel ni. So, aku bertuah sebab ada somebody yang pinjamkan novel ni kat aku dan aku start baca semalam dgn penuh khusyuk sekali.


Tapi nampaknya drama dan novel ni tak mempunyai perjalanan cerita yang agak seiring. Macam banyak yang da diolah supaya drama tu jadi lebih menarik kot... Watak2 dalam novel tu memang banyak dan tak dikembangkan semuanya seperti dalam drama. Part Amir, sikit je. Pary Yvonne pun hanya banyak masa last2 je. Senang cerita, aku lebey suka versi novel. Sebab aku bole berimaginasi.


Setelah kahwin, Seth dan Nora tinggal sebilik. Nora cuba sedaya upaya supaya Seth tak dapat sentuh dia tapi Seth memang sangat penyabar. Dan suatu malam, Nora tetiba je lembut hati dan malam tu Nora menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Adegan ni terjadi sebelum diorang gi Cameron. So, masa kat Cameron, memang Nora dah layan Seth baik. Dan Seth memang dah belajar sembahyang dari awal lagi dan dia memang cuba menjadi seorang muslim yang baik.


Nora pulak masa tu dah mula rasa cemburu sebab Yvonne dan Seth rapat. Yelah, isteri mana tak cemburu kan... Yvonne selalu tumpang kete Seth dan tinggalkan barang2 (kononnya tertinggal la) macam lipstick, celak dan bla.. bla... Dan Yvonne pernah menangis dan peluk Seth masa kat umah Seth dan Nora ternampak. Tu yang Nora dingin sebab dia syak yang bukan2. One day, Nora pengsan kat pantry opis dan dia g klinik untuk dapatkan rawatan. Doctor sahkan dia pregnant.


But then, suatu malam Nora masuk study room Seth dan ternampak potret lama dia dgn Mei Ling iaitu adik Seth. Then dia ternampak ada kotak yang dia teringin nak tahu apa dalam tu. Masa Seth masuk, Nora terlepas kotak tu dan ternampak isi kandungan kotak tu. So, Nora tahu la yang rape dia adalah Seth dan yang call Eid sebelum Eid putuskan pertunangan tu adalah kerja Seth. Seth mintak maaf banyak2 tapi Nora memang marah gile dan nak bercerai selepas baby tu lahir.


Macam2 yang berlaku sepanjang tempoh pregnant tu dan Seth masih terus bersabar dgn kerenah Nora dan Nora terus buat perangai dan dia terus benci dgn Seth. Dia beranggapan, Seth yang musnahkan hidup dia sejak 10 tahun yang dulu. Kalo tak disebabkan Seth yang call Eid, dah tentu dia dan Eid da kawin...


Yvonne pulak da kemaruk cinta sangat dekat Seth. Hinggalah dia berlakon kononnya pura-pura putus cinta, mabuk, merepek-repek dan dia mintak Seth datang ambik dia. Then dia muntah dekat Seth. Malam tu Seth tido dgn baju bau masam sebab dia tunggu Nora tukarkan baju dia malangnya Nora bengang sebab dia ingat Seth mabuk dan tak tukarkan baju Seth.


Esoknya, Nora naik kereta Seth dan jumpa g-string merah dalam kereta Seth dan tu kemuncak cerita. Seth tahu g-string tu adalah keje Yvonne. Seth datang mengamuk kat opis dan Yvonne confess dia cinta Seth sangat2 dan sanggup jadi second wife. Tapi Seth tolak dan pecat dia.


Then, bila Nora bersalin, Yvonne culik anak dia dan ugut supaya Seth kawin dgn dia. Nora yang memang da bengang dgn Seth, suruh Seth kawin je dgn Yvonne asalkan anak dia selamat. Dan dia cakap, Seth kalo nak kawin dgn Yvonne, maksudnya Seth akan murtad dan bukan suami dia lagi. Dia suruh Pamela, kawan kepada Malik, untuk jaga baby tu tapi Pamela tak tahu tu anak sapa. Hinggalah Mr. Lim (agaknya la. Lupa la) call Pamela dan bagitahu Yvonne dah culik anak Seth dan Nora. Masa tu Yvonne dah tunggu Seth kat Pejabat Pendaftaran untuk kawin dgn Seth dan da siap bergaya dgn gaun pengantin.


Pamela terus call Seth dan Seth sempat datang ambik baby. Seth risau if Yvonne mengapa-apakan Pamela pulak sebab Yvonne dah macam gila. Tapi Pamela dah call family Yvonne sebagai backup plan. Yvonne yang tau Seth tak jadi kawin dgn dia, sedaya-upaya kejar nak balik umah supaya Seth tak sempat ambik baby tu. Malangnya, Yvonne accident sebab langgar lampu merah, kete dia masuk bawah treler dan mati di tempat kejadian.


Then, Nora lembut hati dan terima kehadiran Seth seadanya...

Thursday, June 9, 2011

CINTA PERLUKAN PENGORBANAN...

Selamat Pagi Cinta! (entry ini ditulis pada waktu pagi sebelum suria memancarkan cahayanya untuk menerangi bumi)



Officially, selesai membaca buku Harry Porter And The Deathly Hollow. So, harap2 Filem Harry Porter And The Deathly Hollow Part 2 yang akan ditayangkan pada 15 Julai 2011 ni akan menjanjikan plot cerita yang lebey menarik dari buku. Aku ni daya imaginasi kalo baca buku, memang tinggi. Dan aku bole bayangkan aku berada pada ketika plot cerita tu ditulis. So, kalo filem yang diadaptasi dari buku tu tak berjaya mengatasi kehebatan tulisan dlm buku tu, memang aku akan kuciwa dan melara dalam masa beberapa hari. Kepada yang tak baca buku ni, summary yang bole aku ceritakan serba sedikit ialah nanti akan berlaku peperangan di sekolah Harry. Rakan2 Harry membantu dia melengahkan masa untuk mencari Hocrux yang mengandungi sebahagian roh Voldermot yang perlu dimusnahkan. Masa ni Prof Dumbledore dah mati. Jadi Harry perlu berjuang bersama rakan-rakannya bersama kepercayaan yang Harry yakin dia kena selesaikan masalah tu. Dan yang bestnya, bila good against evil, of course la yang baik menang. Dan berbaloi la semua pengorbanan yang telah dilaksanakan Harry sepanjang 7 siri Harry Porter. Dan semua misteri dapat dirungkaikan. Dan yang bestnya, dalam novel ni diterapkan erti persahabatan dan nilai kasih sayang yang sangat tinggi. Dan kepercayaan mereka dalam persahabatan tu memang menyentuh hati saya. Dan seperti tajuk entry kali ini, 'Cinta Perlukan Pengorbanan'. Dan memang pengorbanan itulah yang dibuat oleh Snape kerana cintanya pada seseorang... Sangat menyentuh hati... Huhuhuhu...



Berbicara berkaitan novel yang diadaptasi kepada filem, sebagai contoh lain, Filem Lagenda Budak Setan. Tapi bile difilemkan, tak menarik perhatian aku malah rasa bosan sebab plot ceritanya slow. Tak seindah yang digambarkan dalam novel. Dalam novel lebey menyayat hati terutama sekali penderitaan Akasyah (tak ingat nama watak dlm novel tu. Maklum la, baca masa sekolah dulu2).



Dalam Filem Ayat-Ayat Cinta pula, aku puji ceritanya sedap tapi ada beberapa part yang lebey menyentuh jiwa seperti dalam novel yang ditinggalkan. So, aku prefer versi novelnya... Tapi aku tetap suka pada filemnya... Ada mesej kasih sayang yang disampaikan. Konsep ikhlas yang diterapkan memang contoh yang bagus...



Ok la... hari ni nak bercerita soal cinta dan kasih sayang macam yang diterapkan dalam Novel Harry Porter tu... 'Cinta perlukan pengorbanan'. Ye, memang tepat sekali. Kalo kita cintakan seseorang, kita sanggup memperjuangkan dan mengorbankan apa saja yang kita ada demi kerana dia. Walaupun kita tak dapat memiliki dia, kita tetap akan berharap agar dia boleh bergembira dan berbahagia dengan hidup dia... Betul tak?



Tapi, sekiranya cinta yang kita tunjukkan itu hanyalah pura-pura, maka kita sebenarnya lebey cenderung untuk mengorbankan orang yang kononnya kita cintai itu tanpa mengira apa juga keadaan. Sebab sebenarnya kita tak pernah kisah apa yang akan jadi pada dia sama ada bahagia atau derita. Bagi kita, yang penting adalah melindungi diri kita. Sedangkan dalam waktu yang sama, kita meyakinkan dia bahawa kita sebenarnya sedang berkorban dan cuba melakukan sehabis daya demi melindungi cinta palsu kita kepadanya. Nonsense!



Aku teringat suatu kisah tentang seseorang yang diceritakan kepada aku oleh seseorang yang lain. Kisah ini mungkin biasa sahaja kerana sering terjadi, tapi kisah ini membuat mata aku terbuka melihat perbezaan antara cinta ikhlas dan cinta palsu.



Kawan aku ini mengenali teman lelakinya sejak zaman persekolahnnya. Dan lelaki ini menunjukkan ciri-ciri yang sangat mencintai dan mengambil berat. Tapi biasalah, setiap perhubungan pasti akan dilanda ribut taufan. Dan si lelaki tadi baran orangnya. Kwn aku tadi yang pada asalnya bukanlah seorang yang baran turut berubah menjadi begitu sebab selalu benar dipersalahkan. Biasalah, dalam bercinta, kalo dah malas nak gaduh2, tak salah pun kita akan mengaku kita salah... Jadi itu la yang kawna aku buat selalu buat...



Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun... Sepanjang masa itu jugalah, setiap kali bergaduh, si lelaki tadi akan memaki hamun dalam perbualannya. Antaranya seperti 'sial, bodoh, bangang, babi, perempaun tak guna, celaka dan pelbagai lagi'. Tak tahu kenapa macam tu. Maksudnya, bila dia marah, dia seakan lupa bahawa wanita itu adalah org yang dia sayang. Dan tanpa mengira waktu, sekiranya terjadi pergaduhan, lelaki tadi tak pernah kisah kwn aku nak final exam ke, lum sempat study ke apa ke.. Yang dia tahu, kalo gaduh, kena selesaikan time tu jugak walaupun bergaduh dalam fon. Dan bila dah selesai pergaduhan tu, baru la kwn aku tadi leh wat apa pun.



Tapi langit tak selalu indah... Dan setiap harapan tak mungkin berakhir dengan kesudahan yang baik... Ketika lelaki tu out-station ke Sarawak (ke Sabah. Lupa dah), dia gi dgn kawan2 opis dia. Dan dari sebuah laman web sosial, dia dengan sengajanya publish gambar2 dia peluk kawan perempuan opis dia.. Peluk bahu, pinggang, pegang tangan dan cium tangan. Dengan harapan nak buat kwn aku ni jeles sebab diorang bergaduh sebelum dia gi out-station.



Tapi kwn aku tu masih bersabar. Walaupun dia sangat malu bila kwn2 lain tengok gambar yang laki tu publish, dia masih bersabar. Tapi Allah sentiasa bersama orang-orang yang teraniaya... Dua minggu sebelum tarikh bertunang, kwn aku dah mula mengelak dan mohon ditangguh majlis pertunangan. Sebab dia dah mula sangsi... Sebab hati dia dah mula berbicara tentang lelaki tadi...



Dan pertunangan yang ditangguh itu akhirnya bertukar kepada putus setelah beberapa konflik terjadi. dan kwn aku tadi sangat lega. Tapi kelegaan itu bukanlah sesuatu yang baik sebab dia tak tahu apa yang menuggu dia selepas itu...



Tak lama selepas itu, kwn aku tadi sakit. Tepat jam 12.30 malam , telefon dia berbunyi dan dia angkat. Dalam beberapa saat, panggilan diputuskan dan beserta dengan itu, dia batuk tanpa henti sepanjang malam... Dan dari situ bermulalah segala episod ngeri dalam hidup dia...



Sejak dari detik itu, kawan aku rasa ada yang tak kena dalam hidup dia... Maam dia seolah-olah jasad kosong.. Hanya jasad tapi jiwanya takde...



Dia mula nampak benda yang bukan-bukan, tetiba jadi penakut.. Dan dia semakin hari jadi lemah... Kepala dia terasa berat. Tidur malam terganggu dan dia banyak tak sedar apa yang dia buat. Malah sejak itu, kawan2 mula merungut yang bila tidur malam, giginya seakan melapah tulang. Berbunyi sangat pelik sedangkan sebelum tu dia tak macam tu.



Dan dia hari demi hari rasa makin lemah. Dia tak tahu apa yang tak kena tapi dia rasa sangat lain. Bukan macam diri dia yang dulu. dan batuk itu tak pernah hilang. Dan suatu hari, muka dia mula membengkak. Selain bengkak, kulit badannya disinggahi rasa gatal yang sangat berbisa. Dia tak bole makan, tak bole tidur... Dia garu kulit badan dia dengan kunci, dengan sikat sampai berdarah-darah. Sebab garu pakai kuku dah tak bole menghilangkan rasa gatal tu. Dan gatal itu tak pernah hilang. Pada tengah malam, dia kena rendamkan kaki dia dalam air panas sebab tak tertanggung rasa gatal tu. Nasib baik mak kawan aku tu ada sebab masa tu kwn aku tu tinggal jauh dari keluarga. Dua hari berturut kawan aku ke klinik masa tengah malam sebab nak dapatkan injection untuk masalah gatal2 tu. Hari kedua, dia dapat double dos injection dan doc tu cakap, sekiranya hari ketiga masih lagi gatal2, terus ke hospital besar dan tak payah jumpa dia lagi. Tapi walaupun begitu, dia hanya bole tido dua jam je selepas kena injection. Lepas tu dia start rasa gatal balik. Dan dia tiap-tiap hari menangis...



Dan bila bangun pagi, jari-jari kawan aku tadi membengkak, membulat, keras dan sakit. Jadi kalo nak bawak kereta, stereng hanya dikepit di celah-celah jari dan hujung jari tadi tak bole bersentuh apa pun. Keras dan sakit.. Macam jari katak...



Macam-macam lagi dia alami. Family dia akhirnya bawak dia gi berubat secara tradisional sebab masalah gatal2 dan jari bengkak tadi berlanjutan selama dua minggu. Dan selepas tu baru beransur pulih.



Dia juga selepas tu ke Darul Syifa dan ustaz tu merawat dia. Sebaik sahaja ustaz tu menepuk dia, dia batuk tak berhenti.



Dan akhirnya, dia redha apa pun terjadi... Sebab, apa yang dia tahu, seseorang mahu dia mati tapi hanya Allah Yang Maha Berkuasa ke atas segalanya... Dan Allah Maha Besar, lama-kelamaan, dia mula kuatkan hati dan semangat disamping berubat tanpa henti... Dia tawakal. Apa juga yang terjadi, dia akan cuba harungi.



Dan akhirnya segalanya terbongkar... Si lelaki tadi sebenarnya bukan suka dia pun. Hanya menggunakan taktik kotor macam cite Khurafat tu semata-mata nak buat dia suka. Semuanya disebabkan perempuan tu berkerjaya dan agak senang hidupnya. Dan sebenarnya, bila kita terpaksa mencintai seseorang, kita akan rasa terseksa. Dan oleh sebab itulah, setiap kali bergaduh lelaki tu akan cakap macam2. Sebab dia memang tak suka. Tapi bila dia sedar yang dia sepatutnya kena bertahan, dia akan berlembut balik... Dan atas sebab itu juga, kwn aku sedar bahawa kenapa hati dia rasa sangat tak sedap sebaik sahaja mereka merancang nak bertunang. Malah, ahli keluarga dia semua rasa tak sedap hati dan mula bermimpi yang bukan-bukan. Itulah petanda...



Dan setiap sesuatu kejadian itu, hanya Allah selayaknya yang memberi panduan kepada umat manusia. Dan pada saat itu serta selamanya dia bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan dia dari membuta keputusan yang salah. Syukur alhamdulillah...



Dan pengajaran yang aku nak smapaikan dari kisah ni adalah... Kalo kita sebenarnya hanya berpura-pura mencintai seseorang, kita lebey cenderung untuk mengorbankan orang yang kononnya kita cinta tu atas nama cinta.. Dan itulah yang terjadi kepada kawan aku... Kekasihnya berpura-pura mencintai dia bertahun lamanya tapi semua itu palsu belaka. Dan akhirnya kawan aku sendiri yang hampir menjadi korban... Dan lelaki itu selepas itu langsung tak kisah kwn aku hidup atau mati. Malah dia memang nak kwn aku tu mati... Itulah pengorbanan yang lelaki itu inginkan.. Mengorbankan sesuatu atas dasar cinta.. Cinta ke namanya kalo membunuh org yang kononnya kita sayang...?



Sepatutnya, bila tiada jodoh, maka kita terima sebab benda itu tak boleh nak di halang walau apa pun kita buat. Sebab kuasa Allah Maha Hebat. Redha dan ikhlas dan bukannya balas dendam. Kalo nak ikutkan malu, kwn aku pun malu tak jadi bertunang. Malah kwn aku harungi juga. Dan yang lebey memalukan bila seorang lelaki guna ilmu yang salah demi nak tackle perempuan. Gunalah konsep bersahabat. Kenali hati budi. Bukan calit minyak bukan-bukan nak bagi orang suka patu layan dia teruk2 semata-mata nak duit dia.



Dan itulah yang nak aku ceritakan dalam entry kali ini. Erti kasih sayang. Erti cinta. Semuanya sangat abstrak dan sangat luas. Tapi percayalah, cinta ikhlas memang memerlukan pengorbanan. Dan keikhlasan itu akan terpancar suatu hari nanti walaupun andainnya ketika itu kita sudah tidak bersamanya lagi...



P/S : Lepaskanlah!