Monday, September 27, 2010

Ya, saya sedang berduka...

Kenapa dan mengapa malam ini hati sy rasa sungguh kecewa..? Saya selalu rasa kecewa. Perasaan itu datang tanda di duga. Datangnya tak pernah di undang tapi kehadiran rasa itu selalu membuat saya rasa sesak...
Sy terdengar sesuatu.. Dan fikiran sy tak bole berhenti dari memikirkannya.. Dan hingga kini sy rasa begitu terbeban dengan situasi ini.
Bole tak sy arahkan minda sy supaya berhenti dari memikirkannya? Bagaimana?
Kenapa hati kita tak disertakan dnegan butang on dan off supaya kita bole off kan hati kita dari merasa macam2 rasa yang tak sepatutnya kita rasa?
Kenapa ingatan kita tak dibekalkan dengan button seperti save, delete, pause?
Saya rasa sy sedang berduka.. Ya, sy memang sedang berduka... Dan sy sentiasa rasa perasaan ini... Kenapa sy harus berduka kerana masalah ini? Apakah yang sebenarnya tersimpan di dalam hati saya? Saya tak tahu apa yang sy mahu.. Tetapi sy rasa sedih bila mengatahui kebenarannya... Saya sungguh kecewa...
Saya rasa sy sungguh tabah untuk menghadapinya tapi sy rasa sedih... Ya, saya menangis ketika menulis post ini. Ada airmata yang sedang bergenang dan akhirnya mengalir...
Dan kini, hati saya rasa sangat..... KEBAS... SAKIT... SEBAK...
Ya, sy sedang berduka.....

Semerah Cinta Stilleto...

DVD ni beli original version tau. RM18.90 di Tesco.. Heheheh. Komedi romantik arahan Ahmad Idham. Aku jarang tengok cite melayu tapi cite ni rasa tertarik nak tengok disebabkan dua perkara :
1. Lisa Surihani yang jelita. Suke tengok orang cantik & bijak..
2. Kasut stiletto kaler merah. Mengancam!!!
Ok la cite ni..Ada gak adegan yang buat aku gelak tahap gaban masa mula-mula tengok. Lawaknya ok la and tak la nampak macam lawak bodoh...
Kalau tengah tension, sesuai juga tengok cite ni. Bole release tension... =)

CROCS Bil. 2/2010

Sila abaikan warna kulit kaki yang tak berapa cun tu. Fokus kepada kasut je ek? Hahahah. Another crocs yang baru dirasmikan oleh kaki ini pagi tadi. Pakai dengan baju kurung baru ke opis. So, everything is new.. Hehehehe...
Harga kasut ni RM169. Thanks to somebody yang belikan hadiah ni. Sangat selesa memakainya... And nampak feminin juga. Malah sesuai dipakai bersama baju kurung.. Masih nampak normal... Sape kate crocs tak leh pakai dengan baju kurung atau skirt? Aku slumber je.. Yang penting, pakai kasut. Huhuhu..
Well, rasa selesa dan bahagian dalam kasut rasa lembut. Sesuai untuk di pakai ke tempat kerja... =)

Wednesday, September 22, 2010

BEKERJALAH KERANA ALLAH...

Anggaplah ini sebagai suatu teguran untuk diri sendiri dan juga untuk kita semua. Sekarang ni terlalu ramai orang yang perasan diri dia betul. Berdiri di atas landasan yang salah, malah segala peraturan dalam dunia dan peraturan dlm agama jelas menunjukkan dia salah, tapi malangnya, kepalanya terlalu besar untuk mengakui kesilapan diri.
Tak tahu kenapa manusia macam ni sentiasa rasa dia betul dan tindakan orang lain semua salah. Protes sepanjang masa. Langsung tak ada rasa bersalah. Biadap. Malah tak menjalankan tugas yang diamanahkan atas alasan tak seronok bekerja. Keseronokan bekerja perlu di cari. Kita pergi kerja untuk cari rezeki dan menjalankan amanah dan tanggungjawab, bukan untuk berseronok.
BEKERJALAH KERANA ALLAH....
Pelik kerana spesies ini sentiasa berleluasa. Tegur sampai mulut berbuih pun tetap tak meninggalkan kesan. Memohon maaf pun tak tahu sekadar untuk apa kalo tak tersirat keikhlasan di hatinya. Marah dekat orang lain, pihak lain jadi mangsa.
Kenapa manusia suka menindas orang yang tak banyak cakap, orang yang jenis tak kisah? Kenapa manusia hanya pandai cakap di belakang tapi tak berani cakap di depan? Meluat pulak rasanya.
Rasanya aku dah lepas dari tanggungjawab sebab aku dah menjalankan amanah aku. Selebihnya terpulang kepada takdir. Andai dia yang bersalah, semoga Allah membalas segala penderitaan yang aku rasakan selama ini... amin...

Monday, September 20, 2010

BREAKING DAWN...


Dah lama beli buku ni.. Mula-mula baca rasa bosan dgn cerita Bella Swan yang nak kawin n g honeymoon kat sebuah pulau.. Pastu luahan hati Jacob Black yang kecewa sebab Bella akan menjadi vampire..
Segalanya berubah bile baca part 3 berkenaan keadaan Bella yang disahkan pregnant anak yang half human-half vampire... Masa ni baca memang sangat2 teruja sebab ada macam2 masalah. Masa tu juga Jacob kembali menemani Bella, Bella sakit teruk sepanjang pregnant, kisah Edward yg sangat2 prorective terhadap wifenya, kisah Rosalie yang menjaga Bella sepanjang tempoh pregnant (sebab sebelum ni watak Rosalie sangat2 sikit), pastu Bella dah jumpa ayah dia, Charlie...
Masa part nie,Bella bertukar menjadi vampire.. Dan dia dikurniakan dgn gift sebagai The Shield... Anak dia pulak mengalami pembesaran yang sangat drastik.. Nama anak Bella ialah Renesmee iaitu gabungan nama Renee (mak Bella) dan Esme (mak Edward). Jacob panggil Renesmee dgn nama panggilan Nesnie.. So sweet... Dan masa ni, Irina yang cemburu dan busuk hati telah pergi membuat aduan kepada Volturi mengatakan anak Bella adalah immortal child yang bole menggugat kesejahteraan kaum vampire dan perlu dihapuskan. Volturi dgn penuh keterujaan, turun padang n buat keputusan sama ada nak bunuh anak Bella atau tak...
Masa Volturi tengah bersidang nak buat keputusan, Bella and Erdward buat plan iaitu minta Jacob bawak lari baby tu sebab Volturi confirm akan bunuh diorang sekeluarga... Erdward cakap kat Jacob "Goodbye Jacob, my brother.. My son...". Oh, sedeynya...
Actually Jacob dah jatuh cinta dgn anak Bella tu.. Dan Jacob sangat2 protective... Tapi akhirnya Alice berjaya membawa saksi seorang individu yang dilahirkan sabagai half human-half vampire... Namanya Nahuel (kalo tak silap la. Dah lupe ejaannya). Dan saksi ni berjaya membuktikan spesies ni bukan spesies yang membahayakan... Akhirnya Volturi membuat keputusan untuk membiarkan baby tu hidup.. Irina pula dibunuh sebab bagi information yang salah kepada Volturi... Dan Bella and Erward happily ever after..
Cerita ni memang plot yang paling best antara semua siri twilight... Kalo digarap menjadi filem nanti, harap2 menjadi lebih menarik... Yang menariknya adalah sifat kekeluargaan dan persahabatan yang diterapkan dalam cerita ni.. Kisah antara cinta dan sahabat, kerjasama antara vampire dan wolf pack dan sifat tolong-menolong dan saling protect antara ahli keluarga memang sangat kuat. Tak rugi baca cite ni. Sangat2 menarik dan bole release tension... =)

THE BODY SHOP : LOVE ETC...

Perfume ni aku beli masa gi jusco bulan puasa yg lepas. Aku memang suke beli perfume especially jenama The Body Shop.. Banyak lagi perfume yang aku kumpul tapi aku cerita dlm post yg lain kalo ada masa...
Aku tertarik dgn bau perfume ni. Sweet je. Aku bukan reti sangat nak bercerita berkaitan bahan2 yang digunakn untuk produce perfume. Yang aku tahu, kalo wangi and sesuai dgn jiwa, aku beli je.
Ni la perfume favourite aku sekarang selain Burberry. Harga perfume ni RM115 (50 ml). Bole cuba bau di mana-mana The Body Shop outltes..

CHOC CAKE

Ada orang cakap, gambar kek choc ni nampak macam gambar wajik.. Heheheheh. Actually ni adalah kek choc kukus yang di ajar oleh my BFF, Pn. Nur...
Bahan2nya mudah nak cari. Susu pekat manis, gula, telur, minyak, air panas, serbuk koko n tepung naik sendiri. Mix semua bahan n kukus minimum selama 40 minit.
Bila kek dah masak, kena buat topping choc untuk mencantik dan menyedapkan lagi kek choc ni. Topping menggunakan bahan seperti butter, serbuk koko n susu pekat manis. Mix semua menggunakan api perlahan. Then hiaskan atas kek. Kalo nak lebih cantik, hias la dgn strawberry ke, choc rice ke atau letak la ape2 yang logik untuk diletak atas kek choc ni. Rasanya memang sedap. Nyam nyam nyam..
Thanks to my BFF kerana sudi ajar resepi turun-temurun ni. Tak sia-sia belajar. Memang menjadi n sedap... =)

CROCS Bil. 1/2010

Kali terakhir sy pakai kasut bertumit tinggi adalah pada 4 Februari 2010 sebab pada tarikh itulah sy patah buku lali... Dan hingga ke hari ini, hanya kasut yang flat sahaja yang akan sy pakai ke mana-mana.. Goodbye to semua kasut tumit tinggi yg sy ada.
Bulan puasa hari tu, sy membeli sepasang lagi kasut crocs sebab kasut ni selesa dan bole di bawa ke site. Kalo pakai dgn jeans, nampak ranggi.
Merah dah tentu warna kegemaran sy. Nampak daring kan? Hehehehe. Dengan harga RM139, crocs ini menjadi milik sy... Dan sy suke pakai kasut ni ke mana-mana.
Ada banyak lagi pattern lain yg lebih cantik. Lepas ni sy nak beli kasut yang nampak feminin sikit dan lebih sesuai kalo pakai baju kurung. Crocs ada banyak pilihan. Walaupun hampir sama, tapi sekarang lebih banyak pilihan warna. Bole pilih yang mana suke...
Tapak dia lembut. So sesuai dgn kaki sy yang dah cedera ni. Sampai sekarang kaki ni masih sakit. Tapi kena bergerak aktif macam biasa.Tak reti duduk diam. So, kasut yang bersifat ringan macam ni adalah satu pilihan yang sesuai.

FALLEN


Aku dah lama abis baca buku ni tapi lum sempat buat review dlm blog aku ni...Sebelum aku terus terlupa jalan ceritanya, baik aku coret ape2 yang patut kat sini..
Cite ni memang best... Mula-mula baca memang banyak persoalan. Seorang budak perempuan yang terlibat dlm sebuah kes pembunuhan (yang dibunuh adalah lelaki yg dia minat). Dia tak ingat ape yg terjadi. Then dia tukar sekolah and sekolah yg dia baru masuk tu, memang penuh dgn budak2 bermasalah... Dia kena duk kat hostel sebab perlu berada di bawah pengawasan, begitulah alasan pengetua sekolah dia..
Kat sekolah baru, dia ada kawan and tak terkecuali diminati beberapa orang mamat yang digambarkan sebagai hensem2 belaka ( i like!!!! hehehe).
Ada seorang budak lelaki (tak ingat dah nama dia) yang dia minat and budak laki ni dingin dgn dia. Tapi sebenarnya budak tu pun memang suke dia. So terjadila perebutan antara lelaki tu dgn seorang lelaki lain (yang namanya juga aku tak ingat!! Hehehehe).
Mula-mula aku pun konpius kenapa girl ni mcm glamour sangat jek. Rupa-rupanya, si hero tadi adalah angel and lelaki yg seorang lagi adalah fallen angel (angel yg dah jadi jahat). Dan ada cikgu yang pura-pura baik depan dia tapi sebenarnya jahat n nak bunuh girl tadi. Sebab ape? Sungguh complicated citenya. Kalo aku cite, confirm tak faham sebab melibatkan proses kelahiran semula and bla..bla..bla... Kalo berpeluang jumpa buku ni, baca la.. Best.... =)