Wednesday, May 25, 2011

SELAGI AKU MASIH DI SISI DIA...

Masa itu semakin berlalu.. Dan tiap waktu masa semakin meninggalkan kita...






Untuk apa kita perlu rasa kecewa di atas sesuatu yang bukan kepunyaan kita?






Dan kenapa sering kita merasa sengsara kerana perlu berkorban hati dan jiwa demi sesuatu yang tak mungkin akan menyebelahi kita?






Untuk apa kita sering menyimpan segala rasa hati demi setiap rasa kecewa yang menunggu kita?






Seringkali kita merasa terhina, terpinggir, tertipu dan tersiksa kerana dia.. Namun kenapa hati masih menunggu dia?






Dan jarum saat itu tetap bergerak pantas.. Dan kita sering akan tertinggal di dahului masa dan usia... Sesungguhnya setiap masa kita sentiasa dalam kerugian...






Dan selagi masih ada sisa-sisa masa ini... Dan selagi masih ada peluang... Dan selagi aku masih di sisi dia... Maka.... Akan ku ucapkan selalu, "tak mengapa... " dengan seribu satu rahsia dalam hati... Meskipun kata-kata itu tak pernah dapat mendamaikan segala rasa yang berada di dalam jiwa....

Tuesday, May 24, 2011

MENYUSUN LANGKAH BARU...

Hari ni akhirnya aku mengambil sebuah keputusan.. Dan sesudah keputusan itu dibuat, segala rasa takut sebelum ini akhirnya hilang... Dan hati aku terasa sungguh lega...



Dan hari ini, akhirnya aku menyusun langkah untuk merubah masa depan aku. Dan aku harap doaku ini diperkenankan olehNya... Semoga segalanya menyusul seperti yang dirancang...



Dan hari ini aku rasa gembira kerana akhirnya aku berani mengambil keputusan sebesar ini. Dan hati aku mula merasa seidkit tenang setelah hari2 yang lepas aku diselubungi rasa keliru yang menebal dalam hati...



Permintaanku kali ini semoga dapat meleraikan segala masalah yang tersimpul.. dan semoga keputusan ini dapat membuka seribu pintu rezeki untuk aku... Dan semoga segalanya akan lebih baik selepas ini...



Dan kali ini aku pergi bukan dengan niat untuk melarikan diri....



Ya Allah, semoga segalanya dipermudahkan.... Aminnnn...

Sunday, May 22, 2011

IS IT OK TO GIVE UP???

Dah lama aku nak tulis entry ni tapi asyik tertangguh disebabkan jadual keje yang sibuk dan kadang-kadang takde idea nak tulis walaupun ada masa lapang... So, aku cube juga meluangkan masa menulis entry ni sebab ada kaitan dgn hidup aku...

Aku terjumpa isu ni dalam majalah Cleo keluaran May 2011 page 115...

"Steve Paulina, US motivational expert and author of Personal Development For Smart People (Hay House), believes the key to success sometimes lies in knowing when to let go. While it's certainly important to stay calm and focused through adversity, Pavlina points out that there are times when "giving up is clearly the best option."


Itu la salah satu perenggan dalam article Cleo yang bole aku kongsikan dalam entry kali ni. Dan article tu membuat aku berfikir berhari-hari sejak membacanya pada hari pertama aku beli majalah tu...

Ada lagi...


IS IT TIME YOU MOVED ON? Here are the signs you should...

a) Recognise how you're feeling and thinking about the situation - if it's making you feel and think negatively, it's time to make changes and move forward.

~~~~ Memang ada satu masalah yang selalu buat aku tak tenteram. Aku selalu rasa aku kalah dan rasa diri aku seorang yang looser. Dan masalah ni selalu buat aku rasa tak yakin dengan apa yang aku rasa. Basically, aku yakin sebenarnya aku ada peluang. Tapi halangan yang perlu aku tempuhi tu, membuatkan aku sentiasa rasa aku tak mampu sampai ke garisan penamat dgn selesa... Dan selagi penghalang tu tak di atasi, aku rasa down setiap hari....



b) How much time do you spend talking and thinking about the problem? If your family and friends are aware of all the minute details and it's clearly dominating your life, consider this your wake-up call.

~~~~ Masalah aku ni, semua kawan2 and ada family members dah tahu sebab aku tanya pendapat diorang. Dan ada jugak yang langsung da tak nak reply apa2 je sms yg aku anta bercerita tentang masalah ni. Mungkin diorang da jemu, jelak atau da menyampah dgn masalah aku yang tak settle2 ni. Kesian aku kan? Kadang2 memang terasa hati sangat2 sebab aku selalu reply bile kawan2 ada masalah walaupun aku bz.. But then bila time aku, bile diorang da nasihat sekali tu then lepas tangan je and tak nak involved dgn masalah aku lagi. Sedangkan aku tiap2 hari rasa lost.. Sebab aku rasa macam tak bole nak keluarkan apa yang aku fikir dlm kepala otak ni.. Dan sebab tu, aku banyak diamkan diri skrg ni.. Bukan semua orang suka nak dengar masalah orang lain kan? So, ni la wake-up call untuk aku.. Iaitu, semua orang da jelak nak dengar masalah aku ni... So sebelum orang bertambah benci nak dengar, maka aku harus move-on...



c) Be realistic about what you want changed in this situation and what you have already tried to tweak without any success. If there's nothing more to do, why are you still there?

~~~~Aku dah cuba segala-galanya kecuali berterus-terang.. Cuma berterus-terang je tak mungkin aku buat.. Aku dah tak ada pilihan lain lagi. So buat apa aku tunggu lagi...???



d) Most importantly, if the circumstances don't change, are you able to live with this scenario? If the answer is no, then you need to live it behind.

~~~~No. Aku tak bole berterusan macam ni sebab hati aku akan sangat sakit dan kecewa.. Hanya dengan melihatnya pun, bole menyebabkan aku menitiskan air mata...



Bukan mudah nak berubah... Bukan mudah juga untuk berhenti berharap. Sebab kita hanya manusia biasa yang sentiasa penuh dengan cita-cita dan harapan. Dan seringkali juga impian itu sendiri yang mengecewakan hati kita... Tapi kita hanya merancang. Allah jua yang menentukan...

Tipu la kalo aku cakap aku dah lupa semua masalah ni.. Cuma aku sekarang hanya bole mengambil langkah mendiamkan diri... Berputus-asa mungkin adalah jalan yang terbaik... Dan melangkah pergi juga mungkin adalah yang terbaik...

Dalam hati aku ni, hanya Allah sahaja yang dapat memahami.. Setiap masa aku rasa sangat kecewa! Even masa entry ni ditulis, aku masih menangis.... I know, I am such a looser!

PETUA ATASI BATUK...

Malam tadi punya la azab... Tengah2 syok tido, tetiba tekak aku macam nak meletup. Punye la gatal gile... Then batuk tak henti2... Waktu tido terbazir macam tu je...

Dan kemuncaknya.. Batuk sampai muntah... Perghhhh!!!! Perut, dada n kepala semua sakit tahan batuk...

Dan malam tadi, aku akhirnya mengalah dan memilih untuk menggunakan petua orang dulu-dulu. Aku gabungkan kicap dengan jus perahan limau nipis. Lepas telan campuran kicap tu, aku bantai minum ubat batuk 2 sudu...

Then, baru la aku rasa sedikit lega dan batuk aku mula menampakkan tanda-tanda nak slow...

Rupa-rupanya, ubat batuk sahaja tak mencukupi... Kena juga guna petua tradisonal...

Dan since pagi tadi, da kurang sikit batuk aku. Still batuk tapi ada tanda berkurangan... Alhamdulillah...

So kepada yang menghadapi masalah yang sama macam aku, cuba la petua ni... Mana la tau kot2 bole membantu mengurangkan sakit tu... Tak salah mencuba... :-)

Saturday, May 21, 2011

PIRATES OF THE CARIBBEAN VS NUR KASIH THE MOVIE





Hari ni, teruja gile nak tengok cite Pirates of the Caribbean : On stranger tides... Memang tak pernah ketinggalan menonton siri filem ni... Kul 9.30 malam, masuk panggung untuk menonton filem ni. Memang penuh. Terpaksa la melenguhkan leher untuk tengok kat baris kedua depan skrin. Huhuhuhu..

Kiera Knightley (betul ke eja nama ni?) dan Orlando Bloom dah tak ada dalam cite ni. Heroin diganti dengan Penelope... Overall cite.. Hmmmmmmm...... Tak nampak 'spark' cite ni...

Nama Pirates of the Caribbean yang begitu gah sebelum ni, aku rasakan sangat mendatar dalam siri kali ni. Rasa tak teruja pun... Walaupun banyak action, aku tetap tak rasa sesuatu yang mengujakan sepanjang cerita ni... Cite ni panjang pulak tu. Dua jam kalo tak silap aku.... So sabar je la menontonnya...

Sebaik sahaja abis cite Pirates, aku masuk panggung lagi sekali untuk Nur Kasih The Movie. Memang keje gile.. Huhuhuhu. Ni la first time aku tengok wayang midnight. Tak ramai yang menonton cite ni. Mungkin sebab da tengah malam...

Seriously, aku memang tak pernah menonton drama ni. Malah tak tahu pun apa jalan cerita drama ni. Tapi aku nak sokong industri filem Malaysia. Dengar cite, filem ni best.. So, tak salah mencuba kan?

Hasilnya, aku rasa filem ni bosan... Bukan sebab pelakonnya... Jalan cerita memang mudah faham tetapi tak sempat nak feeling apa-apa, dah masuk plot cite lain. So, memang tak rasa sedih malah tak rasa apa. Tak meninggalkan kesan di hati aku... Aku tak expect tinggi pun untuk cite ni. Tapi, still rasa kecewa. Untuk penggemar dan pengikut setia drama ni mungkin suka kot. Tapi aku dan kawan aku, memang tak sabar nak tunggu ending... Walau apa pun, moral dan unsur dakwah yang diselitkan dalam filem ni memang bagus untuk direnungkan dan dijadikan pengajaran...

Nak lari dari topik sikit... Teringat pulak hari tu aku ada pergi menonton filem Seru... Pun mengecewakan. Malah aku dan kawan aku rasa pening dengan gaya pengambaran yang menggunakan ala-ala video camera. Dan rasa nak muntah disebabkan elemen kamera yang bergoyang-goyang tu. Tak tahu kenapa... Malah sangat runsing menonton cerita tu... Tak seram pun. Ala-ala cite pembunuhan je...

Kesimpulannya, filem yang disebut dalam entry kali ni memang mengecewakan aku.. Tapi bole la untuk melepaskan tekanan kerja...

Kepada yang nak tengok filem2 yang sy ceritakan dlm entry kali ni, gi la tengok. Tak salah mencuba. Selera kita mungkin tak sama. Yang tak best di mata sy (dan di mata kawan saya!), mungkin best pula di mata anda... Lagipun, ni pendapat peribadi saya je... The best movie di mata sy setakat ni tetap Fast 5! Selamat menonton dan selamat berhujung minggu ye! :-)

Friday, May 20, 2011

KITA BAKAR!!!!!!

Bosan..



Sebab.. Aku tengah menunggu sesi mem'burn' (burn = bakar!!!!!) gambar2 comel aku ke dalam dvd...



Pengajaran yg aku dapat, setiap kali ambik gambar, make sure burn dlm cd atau dvd.. Jgn simpan dlm pendrive atau external semata-mata...



Sebabnya, ari tu aku men'separate' kan data2 aku ke dalam external. Meaning, 1 external khas utk keje n 1 external lagi khas utk gambar2 peribadi aku. Malangnya, tiba2 en virus membiak dalam external aku (thanks to kawan aku yg menyebarkan virus jahanam tu melalui laptop dia!). Then, virus tu makan gamba2 dalam folder. Gambar konvo tinggal 5 keping je.. Huhuhuhu... Sedey kan?



Jadi, mengambil iktibar dan sekarang aku burn dlm dvd. Keluar budget lebey sikit la sebab kena beli dvd banyak sikit. Maklum la, aku memang gemar bergambar.. huhuhuhu. So, skrg aku burn je. Rasanya lebey selamat... :-)



So kepada anda semua, sila ambil langkah berjaga-jaga. Tak kira data apa pun, wat la back up yg secukupnya. Itu lebey bermakna... Kerana, setiap detik itu begitu berharga! Kita bakar!!!!! :-)

AKU INGIN BERCUTI...

Lemah2 je badan akhir2 ni... Rasa macam nak gi bercuti2 Malaysia je lagi... Huhuhuhu



Rancangan nak ke Penang pada Isnin ni untuk 'pemeriksaan budget mengurus' tak kesampaian kerana di tunda ke 30hb Mei ni.. So, lama lagi la kan...



Tapi, akhir Jun hingga awal Julai, ada org ajak gi vacation lagi. Insyaallah pergi sebab dah bayar deposit and dah fax macam2 dokumen yg dia nak... Tak sabar. Kali ni aku gi sorang dan join group2 lain...



Dan plan akhir tahun ni nak ke Bandung, aku on je... Aku da intai2 saki baki duit ASB aku. Cukup la kalo setakat duit tambang n makan n penginapan. Cuma kena kontrol shopping jugak la... Aku cadangkan kat diorang, gi Jakarta and Bandung. So dapat gi dua tempat sekali. Harap2 jadi la.... Huhuhuhu..



Eh, apasal aku pepagi buta dah cerita pasal nak gi bercuti ni? Melampau betul... Hahahahaha



Sebabnya, esok aku tak balik kampung. Entah kenapa sejak akhir2 ni diserang sindrome malas nak memandu jauh. Sebab aku rasa badan aku da macam lemau jek... Tak bersemangat. So kalo memandu balik kampung ambik masa 4 jam, keseorangan dan akan membuatkan aku lebih bertambah lemau. Huhuhuhu



So, aku memang betul2 terasa nak gi bercuti...



Eh, tetiba rasa macam nak makan strawberry fresh la...



Eh, tetiba rasa macam nak gi mancing lak esok...



Macam2 rasa ada ni... Entry ni pun jap lagi bertambah mengarut la ni.. So, sebelum aku lebih tak terkawal and tulis yg bukan2, baik aku stop kat sini dulu ek... :-) Muah muah muah..



Dear all readers, I LOVE YOU!!! :-)

Thursday, May 19, 2011

VIRUS2 CINTA....

Virus2 cinta menular.... Eh, silap lak.. Virus2 demam dan batuk yang ku bawa telah menjangkiti kawan serumah.. Dia akhirnya mc 2 hari... Dahsyat kan?



Tu la penangan demam yang aku rasa masa kursus minggu lepas. Dah la malam sengsorang dalam bilik hostel. Takde sapa nak jaga. Memang azab gile...



So aku dapat rasakan demam kawan aku tu memang teruk sebab dia memang tak suke bercuti tapi akhirnya terpaksa bercuti... Huhuhu...



Huhuhuhu... semoga tak ada mangsa lagi selepas ni... Kesian ... Huhuhuhu

Wednesday, May 18, 2011

MEMINATI,MENYUKAI, MENYAYANGI & MENCINTAI SESEORANG...

Susah betul nak bezakan antara minat dan suka kepada seseorang.. Selalu terkeliru perasaan antara minat dan suka... Is it sama dgn jatuh cinta?

Aku ni memang susah nak bagi orang rapat dengan aku. Dan kalo orang yang aku selesa, aku akan rapat dgn orang tu je and anggap dia sebagai family aku... Meaning, aku akan layan dia sebagai sebahagian dari hidup aku...

Bukan mudah nak menaruh kepercayaan kepada seseorang... Apatah lagi nak suka kepada seseorang... Sebab semuanya bermula dari keserasian...

Namun, keserasian sahaja tak cukup kalo kita tak ambik berat tentang orang2 yang hampir dalam hidup kita... Dari situ baru timbulnya perasaan sayang...

Dan bukan mudah juga kita nak sayang seseorang... Memerlukan banyak keberanian, kepercayaan malah perlu banyak kali fikir sama ada kita sanggup susah dan senang bersama dia...

Maka, bukan mudah nak cari teman sejati.. Teman sejati adalah insan yang banyak akan mempengaruhi hidup kita.. Dan kita tak akan berkira dengan dia...

Seringkali juga, dari perasaan sayang, timbul pulak cinta... Tapi adakah apa yang kita rasa tu betul2 cinta atau sekadar perasaan sayang dan minat yang kita sering keliru? Macam mana pulak nak bezakan perasaan ni?

Bagi aku, mencintai seseorang bermakna menerima dia seadanya... Is it?

Dan, bila kita meminati, menyukai , menyayangi dan mencintai seseorang, kadang kala kita pun tak perasan dan tak pasti dgn perasaan kita tu... Cuma kita rasa gembira bila ada dia.... Dan seringkali juga, kerana kita gagal untuk membezakan dan menyelami apa yang hati kita rasa, maka kita sering membuat keputusan yang salah...

Kita selalunya tak nampak apa yang ada di depan kita. Malah kita tak hargainya.. Sebab apa? Sebab kita dah terbiasa dengan adanya dia... Dia tak kemana-mana... Sentiasa ada di depan mata. Maka, kita kurang mengambil tahu tentang kepentinggannya... Namun, bila dia tak ada, saat tu baru kita sedar bahawa kita sangat memerlukannya...

Maka, jika anda merasakan sy mula mempengaruhi dan mula menjadi sebahagian dari hidup anda, maka berterus-teranglah tentang isi hati anda itu... Kerana sy tidak akan selalu ada untuk anda pada masa hadapan.. Mungkin di saat anda merasakan sy sangat berharga dalam hidup anda, di saat itu sy juga telah beredar membawa haluan sy sendiri...

Kerana, kita hanya manusia... Selama mana kita mampu bergantung kepada harapan dan impian semata-mata?

Meminati, menyukai, menyayangi dan mencintai seseorang bukanlah satu perbuatan yang salah...

Monday, May 16, 2011

PLAYBOY PERFUME... PLAY IT SEXY....



Ni adalah perfume yang di release oleh jenama Playboy khas untuk wanita.. Actually ada tiga jenis iaitu, Play it Sexy, Play it Lovely dan Play it Spicy...



Aku memilih untuk beli Play it Sexy sebab aku suka sangat baunya.. Dan aku suke apa saja berkaitan sexy... hahahahahah. Mengingatkan aku kepada bau perfume The Body Shop Intrigue limited edition (lebih kurang la...)



Dalam kotak tu ada perfume dan spray deodorant... Harganya murah je... RM49 (setelah dibundarkan). Aku beli ni kat Guardian...



Kesimpulannya, aku memang gemar kumpul perfume... Memang bayak da koleksi dan aku akan pakai ikut mood... So, kali ni aku memang berkenan sangat dgn perfume ni selepas perfume Britney Spears... :-)

RELEASE TENSION BERSAMA 'THOR' & 'KONGSI'...

Sabtu lepas.... Muahahahahah (gelak jahat!!!!!)... Saya telah memaksa kawan sy menemani saya menonton wayang tanpa henti... Sebab sy terlalu bosan.. Dan terlalu tertekan akhir2 ni... So, untuk release tension, sy gi la menonton wayang... Filem pilihan sy adalah filem KONGSI dan THOR...




Filem KONGSI ni ok dan lawak. Heronya tak banyak cakap. Lebih banyak action.. Dan memang gelak2 la kalo tengok cite ni.. Dan suke sangat adegan drift kete pada penghujung cite ni.. Nampak real walaupun ada jugak kelibat stunt man terkantoi nampak kat dalam filem ni... Hehehe. Cuma tak faham apa tujuan sebenar si hero ni gi bunuh2 orang... Ada plot tertentu yang aku ragu2... Tapi walau apa pun, memang menarik... :-)





THOR.... Bole la.. Cuma agak bosan sikit pada penghujung cerita... Ntah la... Mungkin aku lebih tertarik dgn Fast and Furious5.. So aku tak rasa filem ni memenuhi expectation aku... Tapi walau apa pun, jalan cerita menarik. Mungkin sebab aku ni bukan penggemar hero dari komik2 superhero macam ni.. Maka, aku kurang memberi tumpuan yang sewajarnya... Tapi hero ni memang macho.. Muahahahahh :-p

FAST & FURIOUS 5...



Jumaat malam yang lepas, walaupun masih belum sihat sepenuhnya dari demam dan batuk, aku gagahi juga ke panggung wayang semata-mata nak tengok hero pujaan hatiku, Encik Vin Diesel beraksi dalam filem terbarunya....



Dan aku memang teruja. Malah aku senyum je sepanjang menonton filem tu lebih-lebih lagi bile tengok Encik Vin beraksi.. Dan yang bestnya bile filem ni tak ada unsur2 seks atau lucah terlampau macam movie2 lain (kecuali part baju ala-ala bikini....)



Kepada yang belum tengok filem ni, gi la... Dari preview2 peminat yang aku baca kat facebook, diorang cakap filem part 5 ni yang paling terbaik daripada semua filem2 Fast and Furious sebelum2 ni...



Anda tak akan boring. Sound effect memang best... Soundtrack pun memang bersemangat dan cemas je dengar.. Huhuhuhu



Filem ni memang betul2 bertumpu pada aksi2 dan plan2 serta hero yang hensem dan macho... Dan yang lebih lawak, malam tadi aku gi tengok movie ni sekali lagi.. Muahahahahah... Adakah aku sudah jatuh hati? :-p




Owh, sangat hensem!!!!!! :-p

KU DEMAM RINDU PADAMU....

Minggu lepas, aku menghadiri kursus Penyiasatan Tapak kat Ampang... Gerak ke sana hari Isnin. Masa tu aku memang dah demam teruk bermula sejak Sabtu... Tapi kerana kursus tu memang sangat berguna dan kebetulan pulak aku memang rasa darah Geoteknik mengalir deras dalam badan aku (ayat tak bole blah!!!), maka ku gagahi juga gi kursus tu...



Keadaan aku masa tu sangat lesu. Malah time berhenti kat RnR, aku terpaksa telan panadol sebab kepala pening.. Badan panas dan tekak aku sakit... Keranamu kursus, ku harungi juga... Kebetulan, kawan aku tak jadi gi (dia dari cawangan negeri lain) di atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Dia pun last minit baru bagitahu tak jadi nak gi... So, aku nekad jugak gi sengsorang.. Tapi masa gi tu, encik driver dan encik abang long ada bersama...



Setibanya di sana, aku terus duk hostel sebab encik driver balik semula ke opis. Aku lebih senang dan selesa duk kat hostel je...


Duduk sengsorang je kat bilik. Bila malam, demam aku menggila. Batuk tak henti2, badan menggigil2, mata berair, kepala sakit... Mengeluh sorang2....



Esoknya, Encik Boss aku cakap (encik boss sama2 gi kursus tu), "Kalo tak larat, balik la rehat.. Ambik mc.. Tak payah nak paksa diri untuk gi kursus..." Aku pulak rasa sayang nak tinggalkan kursus tu... Huhuhuhu.. Seperti biasa, waktu siang demam aku memang terkawal... Dan bila senja menjelma, aku kembali jadi manusia yang penuh kesakitan.. Huhuhuhu.. Sengsara...



Dan, petang tu, aku gagahi juga gi klinik sebab dah tak tahan sakit. Aku jenis yang tak suke makan ubat. So bila sampai tahap nak pengsan, baru la nak gi mencari penawar... Kawan aku teman gi klinik...



Encik Doktor tu marah bila dapat tahu aku dah demam lama tapi tak gi jumpa doktor.. Dia takut aku kena denggi.. So, akhirnya aku diPAKSA buat BLOOD TEST... Nervous!!!!



Mula2 memang sakit tapi masa darah tu disedut masuk dalam picagari, tak la sakit pun... Dan malam tu selepas makan ubat yang sangat banyak beserta sebotol air mineral (kembung perut malam tu sebab banyak minum air!!!!), akhirnya demam aku mula kebah.. Esoknya, kepala aku tak sakit dah... Cuma batuk je tak henti2 dan badan masih panas....



Akhirnya, pagi tu aku sempat melawat ke lokasi pihak IKRAM buat borehole dan Standard Penetration Test (SPT) sebagai lawatan tapak dalam kursus tu. Memang banyak info aku dapat...






Alat untuk buat SPT





Contoh sample soil profile yang diorang dapat dari borehole di kawasan sekitar



Dan, aku akhirnya berjaya mendapat sijil kerana berjaya menghabiskan kursus.. Hoyeh!!!



Alhamdulillah, demam dah kebah. Hingga ke saat post ni di tulis, aku masih batuk teruk. Puncanya, doktor tu kata aku terkena jangkitan kuman yang teruk kat tekak.. Memang bengkak sepanjang demam hari tu. Nak telan air liur pun sakit.. Kahak pun dah warna hijau macam incredible hulk! Huhuhuhu.. sakit tau!


By the way, lupa lak nak cakap, keputusan blood test tu akhirnya mengesahkan aku bebas dari denggi, malaria, fenomena vampire mahupun fenomena keturunan mahsuri.. Alhamdulillah....



Kawan-kawan semua, doakan aku cepat sembuh ek... tq... :-)

Tuesday, May 10, 2011

JEJAK KASIH...

Jumaat minggu lepas, tetiba seorang kawan mem'forward' no telefon seseorang kat facebook.. jeng jeng jeng...

Finally, setelah bertahun-tahun lamanya, aku berjaya menjejaki semula BFF aku... Alhamdulillah!

Mengimbau semula usia persahabatan kami... Dah sepuluh tahun tau! Kami sekelas sejak matrikulasi then masuk universiti yang sama... (**** Ok, aku dah terasa sangat tua bile mengimbau semula memori lama macam ni. Huhuhu ***)

BFF aku ni lelaki. Dari awal berkawan dgn dia, sampai la sekarang memang aku anggap dia kawan, dan dia pun anggap aku kawan. Susah dan senang bersama. Masa zaman matriks sampai la zaman U, mamat ni selalu bantu aku, then selalu bagi nasihat dan pandangan seikhlas mungkin.

Dan aku memang layan lelaki dgn sedikit kasar (supaya takde yang berani nak ambik kesempatan... :-p ). Tapi dia bole get along dgn perangai aku. Dan aku pun bole terima dia sebagai kawan aku.

Dan bile usaha mencari dia bertahun2 lamanya membuahkan hasil, aku jadi gumbira lalu jadi fren dgn dia kat facebook. Dia dah kawin awal tahun lepas dan sekarang dah dikurniakan seorang cahayamata. Tapi aku rasa, dia masih seperti dulu. Mesra dan ikhlas.... Tu yang aku selesa berkawan dgn dia...

Aku suka berkawan dgn orang. Tapi jarang dapat kawan yang betul2 close di hati aku... Sebab aku suka berkawan dgn orang yg simple dan ikhlas...

Dan dia sekarang masih seperti dulu. Memberi nasihat yang pedas tetapi ikhlas... Nasihat dan pandangan dari seorang lelaki... Terima kasih kawan! Dia pulak tak dapat contact aku memandnagkan aku dah tukar nombor telefon. Aku lupa nak inform dia... Huhuhuhu...

Tapi bak kata seorang teman blogger, aku tak leh nak rapat sgt dgn BFF aku ni memandangkan aku risau isteri dia cemburu.. Yup, kawan biasa2 sahaja.... Aku faham.... :-) Syukur alhamdulillah di atas pertemuan jejak kasih ini... :-)

Sunday, May 8, 2011

AKU SUNGGUH TERLUKA....

Demam... Mungkin disebabkan oleh musim panas. Atau juga kerana terkejut sebab keretaku yg comel tu dilanggar oleh motor budak sekolah. Lekuk pintu kete aku. Sungguh bangang budak tu. Aku nak masuk simpang opis. Aku memang bawak slow sebab ada motor kat depan kete aku. So aku follow je makcik tu nye motor. Then aku bagi signal and aku nampak motor budak sekolah tu jauh lagi kat belakang. Tetiba je masa aku membelok, dia menempek jugak kat tepi kete aku n langgar pintu kete aku. Sungguh bangang. Actually, yang bawak motor tu mungkin abang dia. Nasib baik budak sekolah tu tak ape2. Aku pun dgn kereknya cakap, "Kan sy da bagi signal dari jauh tadi."

Budak bangang tu jawab, "Sorry kak. Tapi tak kena apa2 pun kat kete akak ni."

Aku dgn perasaan perikemanusiaan siap tanya, "Ok tak kaki tu?"

"Ok kak.. Takde pape...".

Aku pun blah. Then masa aku parking kete, org opis aku tunjuk 1 lekuk kat pintu kete aku. Aku menyumpah2 budak bangang tadi. Huh! Tu mesti kes tak puas hati mak suruh hantar adik gi sekolah. Masa tu da kul 7.40 pagi. So da lewat nak gi sekolah la tu. Ko marah kat mak ko, aku nye kete lak jadi mangsa. Budak keparat betul!!!

****

Kisah yang lain pulak. Ada la isteri seorang kawan aku ni. Memang close dgn aku n aku pun layan dia baik. Aku ni memang suka berkawan. Tiba2 dia cakap kat aku, "Suami sy skrg ni kalo tido malam selalu sebut2 nama awak..."

Aku terkedu. Hah????

"Isy,. pandai2 je nak cakap macam tu.", aku jawab balik.

"Iye...."

Aku faham maksud dia. Maknanya dia ingat aku n husband dia tu ada apa2 la tu.... Huh! Gile ke? Aku anggap dia tu kawan je la... Tak pernah layan dia lebih2 pun. Aku tahu batas2 nye dimana. Lagipun, kalo suami dia sebut nama aku, aku ke yg bersalah dlm hal ni? Bukan aku yang masuk dlm mimpi2 dia. Huh!!!!

"Eh, sy tak pernah ada apa-apa dgn dia. Awak jgn risau la... Sy memang suke berkawan. Sy layan semua org sama je. Dengan sy awak tak perlu nak risau apa2". Aku menjawab slumber.

"Sy tahu...", jawabnya semula.

Kalo dah tahu, kenapa nak cakap ayat macam tu? Maybe suami dia tak pernah pun sebut nama aku dalam mengigau... Dia saja je cipta cerita tu sebagai hint supaya aku jgn rapat dgn suami dia tu (bak teori kawan aku.).

Susahnya hidup..... Aku tak buat salah pun, orang fikir bukan2.... Susahnya nak berkawan zaman sekarang ni. Kena berhati2 dalam segala hal.


******

Dalam hal yang lain..... Ada seorang kawan aku ni.. Pelik sikit sebab dia bomoh. Actually dia kawan sekerja tapi mamat ni berminat la pulak dgn alam2 mistik ni.. Masa aku tengah asyik basuh kete kat opis, tetiba mamat ni menghampiri aku...

"Nak tanya sikit bole tak?", katanya.

"Apa dia?", balas aku.

"Nak kawan bole tak?", dia dgn tanpa cover2nya bertanya.

"Eh, sy kawan dgn semua orang. Sy kawan dgn org dari pangkat tgi sampai la rendah. Sy jenis yang tak kisah dlm berkawan", aku membalas sejujur mungkin.

"Antara ramai2 yang awak berkawan tu, ada tak yang awak suke?", dia bertanya.

"Ada...", aku membalas ringkas. Tapi aku dah start rasa tak selesa dgn soalan2 dia.

"Siapa?", soalnya lagi. Amboi!!!!! Ni dah lebih! Hal peribadi aku, sukati aku la nak suka sapa. Nape lak dia nak ambik tahu?

"Rahsia..." Aku balas sambil tersenyum dan blah...

By the way, sebelum dia tanya aku soalan awal2 tadi tu, aku ternampak dia tengah bersila sambil macam menilik (amalan2 bomoh la). Aku syak dia menilik tentang aku. Sebab tu aku bengang.

Well, bagi aku menilik seseorang adalah perkara yang salah dlm amalan ilmu2 tradisional ni. Mana bole suka2 je nak baca orang tu macam mana. Lainla kalo orang tu sakit dan mintak tolong nak berubat. Masalahnya, aku tak mintak pun dia tilik aku. Dan aku tak suka orang nak tengok2 aku ni macam mana. Aku ada life aku sendiri. Nak kawan, kawan la secara normal. Jgn guna ilmu yg bukan2.

Then dia cakap, (kebetulan aku demam), kononnya ada hantu ikut aku kat belakang dan dia bole tolong halau hantu tu kalo aku nak... Aku menolak dgn baik...Takpe la.... Aku tak rela...

Aku juz nak cakap, kalo dia berani lagi nak tilik aku untuk kali kedua, ketiga dan kali keberapa pun, perut dia akan membuncit dan meletup... Sila jgn nak buat sesuatu tanpa keizinan aku. Sungguh aku tak berkenan!


*********


Aku akhir2 ni menyedari aku suka kepada seseorang... Malangnya, aku dapat tahu dia tu GAY.... Tapi aku harus melupakan dia tapi aku rindu sangat2 kat dia.... Macam mana ni? :-(



*****

Semua kisah ni sengaja aku tulis di sini... Ini menunjukkan aku sebenarnya tertekan dgn hidup aku sekarang. Aku fall in love dengan seseorang yang aku tak bole nak fall in love (sebab naluri dia yang sungguh tersimpang), then dijadikan sebagai bahan cemburu, kemudian menjadi bahan tilik alam mistik tanpa keizinan aku sendiri, di soal siasat tentang isi hati aku tanpa kerelaan, juga dilanggar walaupun telah berhati-hati dan mengamalkan semua langkah2 keselamatan...

Semua orang fikir pasal kepentingan hidup korang je. PERNAH KORANG FIKIR PASAL APA YANG AKU RASA??????