Friday, March 19, 2010

MY PRODUCTS... :-)

Ni la sebahagian produk yang aku gunakan secara aktif sekarang ni.Kalo anda sedang mencari-cari nak guna produk ape, bole la bace sedikit keterangan yang aku bagi ni.Maybe bole mendatangkan idea...
CEO Cafe ni di keluarkan oleh syarikat Shuanghor. Memang bagus kopi ni.Tak manis sangat macam kopi 2 in 1 yang lain. Dan ada campuran lingzhi didalamnya. Dari dulu lagi memang aku suka sangat dengan produk yang ada campuran lingzhi. Dah dua bulan aku minum kopi ni dan aku rasa lebih sihat. Setiap kali aku minum kopi ni, aku akan rasa cepat kenyang. Aku makan nasi (makanan berat) sehari je sekali dan itu pun dalam kuantiti yang sedikit. Masalah migrain dan gastrick yang aku hadapi agak teruk sebelum ni, dah mula berkurang. Alhamdulillah... Dan dengan keadaan yang tak bersenam (sebab kecederaan kaki yang aku alami), kopi ni membantu aku berdiet sebab aku cepat kenyang. So,aku kurang makan.. Jadi, berat tak la naik ketara sangat walaupun asyik duduk je...



Krim ni namanya Krim Mustajab... Campuran pati Limau Nipis dan Halia... Baunya memang best dan tak bau pun macam halia... Yang bestnya, krim ni ade tiga kategori. Aku pakai yang middle, yang tak berapa panas. Selalunya aku pakai sebelum tido. Kalo mengikut keterangan krim ni, krim ni bole melangsingkan perut yang banyak spare tyre. heheheheheh. Tapi aku pakai kadang2 je dan elok pakai kalo sakit perut. Harganya berpatutan... :-)


Aku sekarang adalah ahli Tupperware. So, banyak produk2 keluaran jenama Tupperware yang aku pakai. Contohnya seperti krim ni. Krim ni elok pakai selepas mandi dan baunya sangat wangi... :-)




Ni aku suke sangat pakai masa mandi. Body scrub ni tak terlalu kasar dan lembut pada kulit. Basahkan dulu badan pastu pakai scrub ni. Gosok2 kat badan dan bilas. Memang bagus. Sama macam masa aku pakai lulur. Fungsinya sama. Cume tak la wangi sangat...



Eco bottle ni harganya agak mahal tapi selamat untuk digunakan. Bukan macam bekas plastik biasa dan bole beli tali untuk kemudahan nak bawa ke mana-mana. Ada dua warna, hijau dan biru... Bile letak air masak, minum tak bau plastik.


Ni produk kesukaaan aku.. Body wash ni aku sentiasa pakai setiap kali mandi... Bau bunga dan sangat2 wangi. Buih pun banyak dan bile lepas mandi, rasa segar je.. Harganya memang berpatutan... :-)



Ni adalah produk kolagen yang aku rasakan terbaik. Diperbuat dengan campuran BERRY... Harganya memang agak mahal. Tapi berbaloi. Selepas minum 3 ari, aku nampak perubahan pada kulit muka. Jerawat aku cepat kering walaupun aku kurang pakai ubat jerawat dan yang paling penting, kulit muka kurang berminyak (menurut teguran kawan2) dan nampak cerah sikit (pun menurut teguran kawan2). Rasanya macam minum jus buah..



Ni masker terbaik yang aku pernah pakai. Memang sangat2 best. Muka rasa segar dan hasilnya ketara. Baunya pun segar... Selalunya kalo nak ke event2 penting, aku akan kerap pakai masker ni untuk mencerahkan sikit muka yang kusam. Heheheheh



Ni gel pengelupas terbaik yang aku rasa aku pernah pakai. Aku pakai beberapa kali seminggu. Senang nak tanggalkan sel kulit mati kat muka dan selepas pakai, muka rasa halus je.. Memang elok dan berbaloi. Walaupun harganya lebih mahal dan saiznya kecik, tapi kualitinya bagus dan nampak kesan segera.

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbrt :)

    Bagus entry kali nie....

    ReplyDelete
  2. salam...

    shima pun pernah minum kopi CEO tu, bukan xberapa manis, mmg xmanis lagsg.. xlama pun minum sbb xleh g lah.. hehehe.. bottle ECO pun shima guna skrg.. berapa byk bottle kat umah, ni yg paling baru.. mmg xberbau plastik... air pun byk, cukup tuk seharian di opis...

    ReplyDelete