Saturday, October 23, 2010

SAMPAIKAN RINDU INI KEPADANYA...

Rasa itu
Hadir tanpa petanda

Hanya wajah terbayang di birai mata
Dan lidahku terus kelu
Tanpa sebarang kata

Warna jingga dalam hati
Bertukar menjadi debu
Kelam
Dan
Lebur bersama sepi

Ku mundur setapak
Namun kaki terasa berat
Umpama terpasak
Dan tak mampu berganjak

Dan aku
Lemas dengan rasa ini

Sunyi
Sepi

Rasa apakah ini?
Kerana ia terlalu kerap hadir
Juga muncul di dalam mimpi

Sampaikan rasa ini padanya
Yang tak ku ketahui di mana dia
Dan tak ku tahu siapakah dia
Kerana bayangnya terlalu samar
Sekelam ruang hati
Segelap impian di esok hari

Tiada lagi ketenangan dalam hati
Tiada lagi mentari
Tiada lagi warna indah
Segalanya hilang sudah

Bagaimana dapat kuluahkan
Setiap rasa di dalam hati ini?

Adakah ini rindu
Jika benar rindu,
Ku rayu padamu
Sampaikan padanya
Selitkan ke hatinya
Yang tak ku ketahui di mana dia..

No comments:

Post a Comment