Tuesday, February 22, 2011

FISHING TRIP : KELONG PARADISE

Dua minggu lepas, aku dan kawan2 (jumlahnya adalah seramai empat orang) meluangkan masa ke Kelong Paradise yang terletak di Sabak Bernam. Kami gi pada hari Sabtu. Bayaran pada hari Sabtu dan Ahad adalah RM180/orang. Hari Isnin - Jumaat hanya RM150/orang. Kita bole memancing sepanjang 24 jam dan disediakan sarapan, lunch dan dinner.
Seawal pagi Sabtu iaitu kira-kira jam 7.30 pagi, kami berkumpul di opis dan bergerak ke Kg. Sitiawan untuk membeli umpan dan peralatan memancing. Sebenarnya peralatan semua dah ready sejak hari Khamis. Aku dan housemate gi membeli peralatan memancing. Gi beli joran baru, mesin baru jenama RYOBI, beg memancing dan macam2 lagi di atas advise kawan dan tokey kedai. Sorang habis RM350 untuk complete set. Memang berbaloi...
So, berbalik semula kepada cerita hari Sabtu tu.. Hehehehe.. Kami beli bekas untuk letak udang idup iaitu polisterin putih, motor untuk oksigen dan bateri besar. Udang RM 0.25 seeekor.. Murah kan? Mengikut cerita kawan2 kat kelong, udang hidup kalo di area Sabak Bernam sana tu, harganya RM1.00. Tak tahu la betul ke tak.. Tapi tu la yang dia cerita kat aku... So, terasa banyak bezanya...
Lepas sarapan dan dapat udang hidup, kami bergegas ke Sabak Benam. Aku tido je dalam kete. So, maybe perjalanan mengambil masa selama sejam setengah kot.. Di pekan Sabak Bernam, kami berhenti lagi untuk beli air batu ketul yang besar tu. Simpan dalam polisterin kot2 nanti dapat ikan.. Hehehehehe...
Kami kemudiannya tiba ke jeti BNO dan register serta membayar fees kat situ. Ada lagi 3 orang yang nak gi mancing kat kelong tu juga. So, kami semua naik 1 bot. Dari jeti ke kelong tu mengambil masa tak sampai 10 minit pun... Memang dekat...
Kami teruja tengok kelong tu. Sebuah bangunan konkrit yang di bina di tengah laut. Memang selesa nak memancing... Penginapan disediakan. Tapi aku dan kawan2 memang tak ambik pakej penginapan sebab kitorang nak memancing all day long kat sana.
Memang ramai yang datang ke kelong masa tu. Rasanya lebih 20 orang kaki pancing ada kat situ termasuk tuan punya kelong, Dato' apa ntah.. Kitorang panggil dia Dato' je...
Kami pun mula memancing. Petang tu, kawan aku berjaya menaikkan seekor tuka. Alhamdulillah.. Ada juga rezeki. Tapi selepas tu, semua orang mengeluh sebab ikan tak de. Air masa tu sangat jernih. Sangat sesuai kalo nak buat scuba or snorkeling. Rupa-rupanya itu juga 1 petanda yang kurang baik.. Banyak anak ikan dan obor2 kat permukaan air. Itu bermakna ikan besar takde... Itulah mengikut cerita kawan2. Memang frust..
Hari siang bertukar malam... Umpan dah separuh habis. Bila letak, umpan habis, kadang2 tinggal kulit udang tapi isinya hilang. Pelik... Malam tu, mood memancing dah hilang... Aku dan kawan cari port nak baring kat celah2 tiang. Oleh sebab kat situ semua kaki pancing, so diorang tak heran pun tengok anak dara2 macam aku dan kawan aku ni tido merata. Sebab diorang fokus pada memancing, bukan pada perempuan. Memang bagus dan rasa selesa.. Tapi, bile malam semakin lewat, rasa sejuk semakin mencucuk2 ke tulang.. Lastly, aku dan kawan menyelinap tido kat surau sampai pagi.
Bile subuh, kami mandi di toilet dan solat subuh. Kemudian kami turun ke tingkat bawah untuk memancing. By the way, bangunan kelong ni ada dua bahagian. Bahagian bawah untuk memancing. Bahagian atas ada cafe, toilet, tempat tengok tv, surau dan bilik2 penginapan. Ada juga port memancing kat atas tapi tak best. Semua orang prefer mancing kat bawah.
Selepas sarapan pagi, kami sambung memancing.. Disebabkan ramai yang mengeluh tak dapat ikan, Dato' tu pun himpunkan kami dan buat pengumuman jackpot. "Start kul 10 pagi sampai kul 11 pagi, sape2 je yang berjaya naikkan apa2 jua jenis ikan tak kisah la berat macam mana pun, akan di berikan trip memancing free beserta penginapan dan makan untuk 5 orang". Setelah dengar pengumuman tu, kami pun bertempiaran pakai semua batang pancing yang ada. 8 joran beserta 3 koyan digunakan sepenuhnya di segenap ceruk. Umpan hidup, umpan mati, semua kitorang guna. Malangnya, rezeki takde. Takde sape pun berjaya. Huhuhuhu... Tapi atas dasar simpati, Dato' bagi kat wakil setiap group, 1 trip memancing free. Dalam group aku, aku dapat free dan kalo sesiapa nak ikut, dapat half price.. Yesz!!!
Lepas tu kami pun kemas2 balik dan naik bot ke darat semula... Memang best trip ni walaupun takde rezeki. Umpama bercuti di atas cruise... Insyaallah akan datang lagi dalam waktu terdekat... Heheheheh....
P/S : Gambar akan menyusul kemudian sebab lum edit lagi. Tungguuuuuu.... :-p

2 comments: