Tuesday, August 2, 2011

CERPEN : AKU DAN DIA, PART 3

“Kita nak pergi mana ni?”

“Ada la… Ain mesti suka…”

“Isy… Bagitahu la.. Tak kan la itu pun abang nak berahsia dengan saya…”

“Sorry… Tunggu dan lihat je okay….”

“Tapi rasanya kita nak menghala ke utara kan?” Aku belum habis meneka. Rasa teruja nak tahu kemana destinasi kami. Malam tadi Amir merayu-rayu agar aku pergi ke suatu tempat dengan dia. Katanya tak jauh dan aku tak perlu risau apa-apa. Malas nak komen banyak, jadi aku setuju jela. Seronok juga kalau dapat keluar dari Melaka ni. Lagi seronok kalau dapat pergi ke tempat-tempat yang boleh melapangkan fikiran.

Dua minggu selepas peristiwa itu berlaku, masih tiada sebarang berita dari Fikri. Walaupun otak aku masih belum dapat berhenti dari memikirkan tentang dia, tapi sedikit sebanyak aku dah rasa lega kerana dah meluahkan segala yang aku rasa.

Aku akui memang memalukan bila cinta kita di tolak oleh orang. Memang tak tahu nak letak muka kat mana. Tapi aku harus fikir positif. Mungkin memang tak ada jodoh antara kami. Jadi, kalau aku usahakan dengan cara yang pelbnagai pun, pengakhirannya tetap sama. Mungkin dah tertulis di Loh Mahfuz, kami hanya sahabat dunia dan akhirat…

Aku tak sedar sejak bila aku terlena. Rasa sejuk yang mencengkam membuatkan aku membuka mata dan memerhati keadaan sekitar. Tempat yang aku yakin aku pernah pergi sebelum ni…

“Ingatkan tak nak bangun tadi….” Amir tersenyum manis. Senyuman itu yang selalu memudarkan rasa marah dalam hati aku. Aku akui, aku tak boleh marah pada Amir kerana ketenangan yang terpancar dari wajahnya. Dia seorang yang sangat baik dan sentiasa menjaga aku. Dan dia seorang abang yang sangat baik. Perbezaan usia sebanyak 5 tahun jelas menunjukkan kematangan dia dalam setiap tindakan.

“Kita kat mana ni?”

“Kata tempat yang Ain suka….”

Aku tahu tempat ini di mana. Aku tahu ini adalah tempat yang aku suka suatu ketika dulu. Tapi rasanya kini bukan tempat kegemaran aku lagi. Dan tiba-tiba rasa sakit itu muncul kembali dalam hati. Pedih dan menghiris. Aku hanya terdiam.

“Sejuk ek? Ni abang ada bawak sweater. Abang dah agak dah Ain mesti sejuk…” Amir menghulurkan baju ke arah aku. Aku terus menyarung ke badan tanpa banyak cerita.

“Ain nak pergi mana dulu ni?”

“Mana-mana pun saya tak kisah…” Aku menjawab dengan perlahan.

“Ok… Kalau macam tu, kita pergi petik strawberry dulu. Ain kan suka makan strawberry… Kan Ain suka petik strawberry kat sini… Jom…”

Aku berjalan perlahan. Sebak di dada semakin terasa.

Selesai membayar tiket masuk dan membeli bekas strawberry, kami bergandingan masuk ke kebun strawberry. Cameron Highland ini suatu ketika dulu adalah tempat yang paling aku gemari. Tak kira berapa kali ke sini, aku tak pernah rasa jemu.

Tapi kali ini aku rasa lain. Sebab di mana-mana pun ada banyak kenangan yang terpalit. Dan aku semakin rimas.

Sambil memetik, Amir curi-curi makan strawberry dari pokoknya. Dan gelagatnya itu mengingatkan aku kepada seseorang… Kepada Fikri…Sebab aku dan Fikri sama-sama hantu strawberry… Fikri selalu curi-curi makan macam tu… Dan kadang-kadang dengan pantas dia memetik dan meletakkan strawberry yang segar itu di telapak tangan aku. Semuanya masih segar dalam ingatan… Seolah-olah baru semalam aku dan Fikri ke sini… Dan bayang-bayang Amir hilang dari mata… Hanya ada Fikri…

Tanpa aku sedari, aku telah hilang dari alam nyata. Hanya jasad berdiri tegak tapi minda dan hati ke lain. Dan rupa-rupanya Amir perasan apa yang berlaku. Perlahan-lahan dia menyentuh bahu dan memanggil lembut namaku.

“Ain….. Ain dah berangan sampai mana?”

Aku tersentak dan malu. Ada sedikit air mata yang menitis. Pada waktu ini, hati aku sangat pedih… Kenapa?

“Eh, kat sana banyak strawberry besar-besar.. Jom pergi sana…” Aku terus bergerak meninggalkan Amir. Aku tak nak dia terus meneka apa yang aku rasa.

“Ain….” Amir mengekori dari belakang.

“Ye.. Apa dia?” Aku bertanya acuh tak acuh sambil terus pura-pura fokus memetik strawberry.

“Lepas ni kita pergi tea house… Kita minum hot chocolate kegemaran Ain… Nak tak?”

“Nak…” Dan aku hanya tersenyum memandang Amir. Aku tahu dia sedaya-upaya sedang cuba membuatkan aku gembira dan melupakan Fikri sepenuhnya. Tapi tanpa disedari, apa yang dilakukan oleh Amir ini hanya membuatkan aku semakin mengingati Fikri di dalam hati. Dan aku benci dengan perasaan ini. Aku benci diri aku sendiri kerana aku mencintai seseorang yang tak boleh memilih aku. Dan aku juga benci bila aku tak mampu mengusir perasaan ini dengan mudah…

Selesai memetik strawberry, kami ke tea house. Seperti yang dirancang, kami sama-sama minum hot chocolate dan menikmati muffin strawberry kegemaran aku.

“Ain nak pergi mana lepas ni?”

“Hmmmm…. Saya nak abang belikan saya bunga. Boleh?”

“Bukan setakat bunga, dengan pasu2 bunga pun abang sanggup belikan asalkan Ain senyum macam ni sepanjang hari…. Ain nak bunga apa?”

“Bunga matahari…”

Belum sempat Amir memberi sebarang tindakbalas, aku tersentak.

“Saya tak nak bunga matahari… Saya nak bunga ros… Semua warna… Nak banyak-banyak tau…” Aku menambah dengan cepat.

“Kenapa tak nak bunga matahari tadi? Cantik jugak. Lagipun bukan senang nak cari yang saiz besar macam yang orang jual kat sini.”

“Saya dah tak suka bunga tu….”

“Sebabnya?” Amir semakin ingin tahu.

“Takde apa…. Manusia berubah… So, selera pun berubah…”

Dan bunga matahari itu menyimpan seribu satu rahsia… Kerana aku menyukai bunga itu semata-mata kerana dia…. Dan biarlah rahsia itu terus tersimpan kemas di dalam lipatan hati…. Biar ku simpan sampai mati…

No comments:

Post a Comment