Thursday, July 28, 2011

CERPEN : AKU DAN DIA, PART 2

“Apa masalah kau sebenarnya ni? Amir cari kau macam orang gila. Sampai bila aku kena menipu bagi pihak kau ni?” Suara Sofia kedengaran sangat serius di hujung talian. Aku menyahut hanya dengan keluhan.

“Ain….. Lupakan Fikri… Kau kena fokus pada Amir sekarang ni.. Tak lama lagi korang berdua nak kawin dah...” Sofia memujuk lembut. Aku masih membisu. Aku hilang kata-kata. Malah sebenarnya aku tak tahu nak kata apa.

”Ain, apa yang kau rasa sekarang ni? Bagitahu aku....”

”Aku rasa.... sakit.... ”

”Aku faham... Tapi kau kena atasi masalah ni... Dah dua hari peristiwa tu berlalu... Dan Fikri masih tak cari kau. Tu bermakna dia memang tak ada hati kat kau. Kau kena terima...”

”Aku memang sedang menerima hakikat tu. Cuma aku rasa sakit sangat... Dan aku perlu masa...”

”Aku faham....”

”Sofia....”

”Ye.... Luahkan apa saja yang kau nak kata... Aku akan dengar... Bukan sehari dua aku kenal kau. Aku tahu dah bertahun kau sayang Fikri dalam diam. Dan aku juga tahu bukan mudah nak lupakan perasaan tu dalam tempoh dua hari. Fikri dah sebati dalam hidup kau...”

”Aku rasa..... separuh jiwa aku hilang.... Kosong...”

”Banyakkan berdoa dan berzikir kepada Allah... Aku tak nak kau buat perkara yang tak sepatutnya... Ingat Allah banyak-banyak, Ain....”

”Thank you.... ”

”Tapi... Pasal Amir ni, sampai bila kau nak mengelak dari dia? Tak baik kau buat macam ni. Dia tunang kau. Tentu dia risau...”

”Nanti aku call dia. Cuma aku tak nak dia tahu aku kat mana.. Nanti dia datang ambik aku pula... So, tolong rahsiakan lagi ye. Please....” Aku merayu. Memang aku nak tenangkan fikiran sekarang. Aku tahu Amir risau. Dia pasti risau. Kerana selama ini, dia ibarat seorang abang yang sangat bertanggungjawab. Dan suatu hari nanti dia akan jadi suami aku... Tapi aku perlukan masa untuk bertenang...

“Kau mesti call dia. Jangan buat dia risau. Kau bertuah, Ain.. Bukan mudah nak cari lelaki sebaik dia...”

“Aku tahu... “ Aku mematikan panggilan. Dan rasa kosong itu kembali menguasai suasana. Aku menghamparkan pandangan kosong ke arah tasik... Suasana pagi berkabus yang menyelubungi sekitar Tasik Banding memang menyegarkan. Tapi kenapa hati aku semakin suram?


************************************************************************************


”Ain kat mana ni? Ain tahu tak abang risau?”

”Saya minta maaf... Saya cuma perlu bercuti...”

”Ain, abang masih ingat lagi macam mana keadaan Ain lepas Ain luahkan perasaan pada Fikri. Abang tak pernah tengok keadaan Ain macam tu selama ni. Ain yang abang kenal selama ni adalah seorang yang ceria dan keras hati. Abang boleh rasakan penderitaan yang Ain rasa masa tu....”

”Saat tu dah berlalu. Saya akan cuba kembali macam dulu. Cuma abang kena bagi saya masa....’

“Ain, jangan paksa diri kita buat sesuatu yang kita tak selesa... Tak salah kalau Ain rasa sedih macam ni sebab Fikri tu dah jadi sebahagian hidup Ain selama ni. Cuma Fikri tu je yang tak faham atau buat-buat tak faham. Apa kata kalau abang pujuk dia... Apa kata kalau abang cuba terangkan kepada dia apa perasaan Ain yang sebenar selama ni... Sebab abang tak sanggup tengok Ain macam ni.... Mungkin dia akan sedar tentang perasaan dia... Lagipun, abang tak percaya kalau dia tak rasa apa-apa sepanjang bersama Ain selama ni...”

”No! Abang tak boleh buat macam tu!” Suara aku meninggi.

“Abang tak sanggup tengok Ain macam ni…. Kalau masa tu Fikri sedar perasaan dia pada Ain, abang bersyukur sangat…”

Aku terkedu. Amir sanggup kehilangan aku asalkan dia tengok aku gembira?

“Abang…. Adakah itu bermakna abang sanggup kehilangan saya?”

“Ye, Ain… Cinta tak semstinya memiliki… Abang cintakan Ain. Ain pun tahu kan... Tapi abang akan buat apa saja asalkan Ain bahagia dan gembira... ”

”Abang.... Saya dah buat keputusan yang tak akan saya ubah... Saya tak akan tinggalkan abang. Kita tutup cerita ni... Abang jangan risau pasal hal ni lagi. Saya akan uruskan semuanya sendiri. Saya janji, saya akan kuatkan semangat... So, please jangan cakap apa-apa pada Fikri...”

”So, bila Ain nak balik? Ain kat mana ni?”

”Saya ada kat satu tempat yang banyak kenangan... Dan saya akan balik esok... Saya akan jumpa abang esok...”

”Ok... Ain jaga diri baik-baik... Tapi sebelum tu, boleh tak Ain jawab soalan abang ni dengan jujur?”

”Apa dia?” Aku tertanya-tanya dalam hati apakah soalannya.

”Apa yang Ain rasa sekarang?”

Aku terdiam seketika mendengar soalan itu. Soalan yang memerlukan kejujuran. Tapi aku tak boleh menipu untuk menjawabnya.

”Saya rasa separuh jiwa saya hilang....”

Perbualan itu terhenti di situ... Aku kembali memandang tasik yang luas. Aku bersendirian di kawasan jeti berhampiran hotel. Walaupun agak membahayakan, tapi hati aku meronta-ronta untuk berada di situ. Dan aku seoah-olah terlihat kelibatnya sedang berakit di tepi kawasan jeti itu. Aku mengeluh lagi.

No comments:

Post a Comment