Friday, December 24, 2010

FROM LANGKAWI WITH LOVE...

Minggu ni, out station lagi. Destinasi kali ni ke Langkawi... Aku memandu dari Perak bersama rakan opis.. Ambil feri di Kuala Kedah jam 2.30 petang. Nasib baik parking kat area depan jeti. 1 malam dikenakan cas RM15. Aku akan parking kete di situ bermula isnin sampai khamis. Maknanya RM45 untuk 3 malam.. Yg penting kereta aku selamat...
Feri yang kami naik namanya Sea Jet 2. Memang bising. Kalo duduk area tepi tingkap, memang terasa gegendnag telinga tu terganggu sangat2. Ni la feri paling bising yang pernah aku naik. Perjalanan mengambil masa selama setengah jam. Tiket sehala berharga RM23. Sebelum ni aku ke Langkawi menaiki feri dari Kuala Perlis. Kali ni saja nak bertukar arah. Naik dari Kuala Kedah rasa lebih selesa sebab tak ramai orang. Tak havoc macam kat Kuala Perlis. Walaupun jauh, tapi alhamdulillah tak pening atau mabuk. Malah bole terlelap juga dalam feri... heheheheh
Sesampainya di jeti, kami terus cari teksi. Memang malang sebab di Langkawi dah ada sistem baru. Kalo nak naik teksi, kena berurusan di kaunter. Punya la lembab. Diorang cakap teksi tak de. Setelah merungut punya lama, baru la dapat teksi. Perjalanan dari jeti ke Hotel Langkasuka mengambil masa dalam 10 minit dengan tambang RM8.
Ketibaan di Hotel Langkaksuka di sambut dnegan minum petang. Pastu terus naik ke bilik. Memang selesa sebab biliknya agak luas. Malam dah bermula dengan mesyuarat ketua unit yang berakhir pada jam 12 malam. Lega bila mesyuarat dah habis. Heheheheh
Hari esoknya, ada sesi pembentangan. Aku ambik sessi kedua. Simple je slide presentation aku. Ambik masa hanya 10 minit. Nak buat apa cakap banyak2 kan? hahahahah.... Then petang ada sessi discussion. Aku selaku fasilitator rasa kelakar tengok diorang bertekak and berdebat antara ahli kumpulan. Memang best.. Malam diadakan sesi perbincangan. Aku menjalankan tugas yang diarahkan iaitu kena provoke setiap kumpulan. Memang macam2 jawapan yang dapat tapi puas hati sebab masing2 tahu isu dan masalah... :-)
Selepas sesi pembentangan, malam tu aku dan kawan2 gi menonton wayang kat panggung sebelah hotel iaitu kat Cineplex Langkawi. Aku tengok cite Tron. Memang best n aku suka sangat soundtrack cite tu.. Memang sci-fi ceritanya.. Malang sekali, pop corn kat cineplex tu memang tak best. Macam makan kertas.. Agak terganggu sikit selera aku malam tu... Malam tu tayangan bermula jam 11 malam. Lepas abis menonton wayang, kami g minum kejap untuk refresh balik.
Esoknya, ada sesi rumusan dan sessi bergambar. Bila semua dah selesai, aku sewa kereta. Sebuah proton wira auto bole disewa dgn harga RM90/ hari. Kami sewa dari Geopark di kawasan jeti. Lepas tu kami ambik lagi sorang kawan kami yang baru tiba di jeti. Kami terus g shopping. Kupon parking berharga RM4 untuk 1 hari dan bole parking kete di mana-mana sahaja.
Kami membeli-belah di Haji Ismail Group. Aku hanya beli beberapa helai kain batik dan chocolate. Kali ni tak gile shopping macam dulu. Aku beli sudu untuk mak, baju tido batik juga untuk mak dan 2 helai dress untuk diri sendiri. Untuk ayah, aku mintak kawan opis belikan ayah rokok je. Sebab aku memang tak tahu nak pilih.
Petang tu, kami menaiki bot ke Pulau Beras Basah. Pulau ni cantik dan banyak ikan kat kawasan jeti. But still tak secantik dan seindah kawasan2 pulau di Sabah... Kemudian ke pulau yang lain untuk tengok burung helang makan ayam yang di campak ke dalam air. Waktu petang memang burung-burung tu dah kenyang.. Lain kali kena gi waktu pagi sebab masa tu burung tengah lapar and akan lebih kerap menyambar makanan..
Kemudian kami ke Pulau Dayang Bunting. Kena naik tangga tinggi dan kawasan tu banyak monyet. Kami menyewa bot solar yang ada paddle untuk kayuh tu. Kalo guna solar, sewa sebuah bot RM30. Kami bersiar-siar selama setangah jam di sekitar kawasan tasik and memang slow bot tu.. Kawan2 lain ada yang memilih untuk berenang je.
Malam tu, kami ada BBQ kat hotel. Tak berapa best sangat and terkilan sebab ketam bakar dia ketam lama. Tak sedap... Malam tu kami sambung berborak kat kedai untuk arrange pasal next meeting yang dijadualkan ke Kelantan. Masa dah suntuk.. Harap2 sempat nak organize.
Hari esoknya, ke Makam Mahsuri. Sempat beli air telaga Mahsuri yang dibotolkan. RM2 sebotol. Kemudian ke kawasan beras terbakar. Then nak ke Telaga Tujuh tapi tak sempat nak mendaki sebab nak kejar feri yang akan gerak kul 1.30 tengahari. Tempatnya memang sehaluan dengan cable car. Kami bergegas ke jeti untuk pulangkan kereta sewa dan naik feri. Memang banyak gile barang. Sampai je ke Kuala Kedah, terus gi makan kat RnR. Lapa gile!!!!
Kami sempat singgah makan mee udang kat Sg. Dua.. Memang best... Dan perjalanan balik di teruskan lagi... :-)

2 comments:

  1. walaupun g atas urusan kerja, tp best lah sbb dapat gak g langkawi.. huhuhu...

    salah satu tmpt yg shima nk g gak.. bila akan tercapai nie.. huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Shima, dekat je langkawi ni.. Time cuti bole gi... Best tau... :-)

    ReplyDelete