Wednesday, December 8, 2010

From Tawau with love...


































































Salam Maal Hijrah untuk semua... :-) Kembali menulis di blog yg da lama ku tinggalkan ni. Hehehehehe. Ni tengah buat keje tapi break kejap utk tulis sesuatu yg aku rasakan perlu aku tinggalkan kenangannya di blog ini...

Sabtu lepas, aku ke Tawau untuk bercuti dan urusan keje bersama kawan2. Kami pergi bertiga. Flight dari LCCT kul 730 pagi dan tiba kul 1015 pagi. Terus naik teksi ke bandar Semporna yang mengambil masa lebih kurang sejam lima belas minit. Jalannya memang lurus dan pakcik teksi yg bawak tu memang sentimental... Slow... Huhuhu. Tambangteksi RM95.

Dalam perjalanan, sempat jugak la aku tengok rumah Dato' Shafie Afdal dan beberapa rumah VIP lain yang ditunjukkan oleh kawan aku. Hmmmm.... Setibanya di sana, kami check in di Draggon Inn, chalet terapung yg nampak macam buruk tapi bila dah stay situ, rasa selesa dan rasa sangat unik... Sementara menunggu bilik siap (sebab kami sampai awal), kami diberi tiket untuk menonton ikan2 peliharaan pihak chalet yang memang besar gile. Ada pelbagai spesies yang aku tak tahu namanya dan ada juga ketam yang besar2... Memang best...

Oleh sebab keletihan, maka kami tido dulu sebelum sambung aktiviti merayap pada petang tu. Berjalan di sekitar pekan Semporna, akhirnya aku mengakui bahawa aku sangat2 jatuh cinta dgn kawasan ni. Aku sukakan lautnya, pekan keciknya yang padat serta suasana kampung yang meriah. Inilah kali pertama aku betul2 jatuh cinta dgn suasana kawasan kecil setelah aku mengembara seluruh Malaysia dlm 3 tahun kebelakangan ini... Kawasan ini memang menenangkan jiwa aku...

Walaupun pekannnya kecil, tapi masih ada The Store dan Giant juga Guardian. Bole la daripada takde apa kan? Heheheheh. Pastu kami ke sebuah syarikat yang menguruskan aktiviti diving dan snorkeling di pulau2 berhampiran. Esok kami merancang untuk ke pulau2 yang indah dan kawan2 aku bercadang nak snorkeling. Untuk 3 orang bayarannya adalah RM360.

Lepas tu, kami bergegas ke kedai mencari batang pancing. Aku suruh pakcik kedai tu je gulung tapi pancing masuk dlm mesin. Tak kuasa aku nak gulung. Malas.. Semua peralatan memancing di beli khas di sana. Sempat juga masuk ke dalam pasar sebab nak cari umpan. Udang takde. Last2, orang yang meniaga tu bagi je sotong free kat kitorang sbb kitorang cakap nak beli sotong sebagai umpan. Alhamdulillah. Memang baik orang tu...

Balik dari kedai, terus ke jeti n setting batang pancing. Nasib baik ingat lagi nak ikat mata kail. Malangnya, masa tu air dah surut. Dapat ikan kecik je sekor... Hmmmm... Dan ramai yang memandang sebab mungkin diorang pelik tengok orang perempuan memancing.. Huhuhuhu

Malam tu, g makan kat suatu tempat yang servisnya lembab tahap gaban. Masa tu berkesempatan tengok orang asli di kawasan tu naik bot yang sudah dianggap sebagai rumah. Memang penuh bot diorang. Ada buaian untuk baby sekali tau... Tu la culture hidup diorang yg sebenar...

Esok pagi, kami naik bot ke Pulau Kapalai. Perjalanan ambik masa sejam sebab ade ambik divers kat Pulau Mabul. Sangat teruja dgn keindahan pulau2 kat sana. Kawan2 aku snorkeling selama 45 minit di Pulau Kapalai. Then kami lunch di Pulau Mabul. Kemudian sambung snorkeling lagi. Kawan aku paksa aku snorkeling tapi aku sgt2 nervous. Walaupun pakai life jacket, aku sgt2 nervous. Huhuhuhu... Dan aku hampir lemas serta hampir melemaskan kawan2 yang memegang aku ketika aku menjerit2 dan meronta2 dlm air tu. Tiga orang tak terlayan dengan tenaga aku yang meronta2. Huhuhu. Dan jeritan aku masa tu, 1 pulau bole dengar. Rasanya semua ikan lari.. Tu la.. Kan aku dah cakap tak nak snorkerling sbb aku tak reti berenang tapi diorang degil. Padan muka! Hahahahha

Then kami berjalan2 sekitar Pulau Mabul. Masuk kawasan kampung diorang. Memang kelihatan daif tapi viewnya sangat cantik. Ada 1 resort yang mewah dlm Pulau Mabul tu. Dengar cerita, 1 malam pun RM1000 ke atas.. Huhuhuhu.. Then kami balik menaiki bot dan balik ke bilik dan pengsan kepenatan.. Huhuhuhu

Malamnya, kami makan kat kedai makan yang lain. Sama je lembabnya dan rasa pun like hell... Huhuhuhu. Kerana ketensionan yang teramat sangat, aku picit botol sos dia sampai habis 2 botol sos. Padan muka. Sape suruh service lembab? Malam tu, aku g cuci rambut kat saloon. Apa punye malang, malam tu masa tengah nak blow rambut aku, tetiba saloon blackout,. Ceh!!! Kawan2 aku punya la kutuk2 aku. Kata diorang, rambut aku rambut puaka. Ada ke patut???? Huh!!!! Lepas tu, kami balik ke chalet dan supper. Malam tu makan buah2 je.. Huhuhuhu

Hari e soknya,aku bergambar sekitar chalet dan kami keluar meredah gerimis untuk cari souvenir nak bawak balik. Akhirnya, aku beli beberapa yang berkenan dimata. Tak banyak beli pun sebab aku mmg tak suke sangat mutiara...

Pukul 1 tengahari kami checkout dan menaiki teksi ke bandar Tawau. Kami cari Pizza Hut. Baru la rasa puas makan. Sebab beberapa hari di Semporna, tekak memang tak sesuai dgn makanan kat situ. Lepas tu kami jalan kaki ke Pasar Tanjung Tawau. Kat sana macam Pasar Siti Khadijah kat Kelantan. Ada beberapa tingkat dan terbahagi kepada jenis2 seperti barang basah, barang kering dan pakaian... Tak beli apa pun. Jalan2 je...

Lepas tu kami jalan kaki lagi ke kawasan pantai.Masa tu ada pelangi kat kaki langit. Sempat jugak snap gambar :-) Memang cantik...

Kat pantai tu, bole nampak kapal macam2. Ada yg memancing. Dan di seberang pantai tu bole nampak ada pulau dlm negara Indonesia. Tak tahu nama ape. Dekat gile... Oleh sebab masa tu cuaca masih panas, kami blah ke KFC pulak untuk minum2 sambil tunggu teksi utk ke airport.

Perjalanan ke airport terasa sangat lama sebab cuaca hujan dan pakcik teksi tu bawak tahap siput. Akhirnya selamat sampai ke airport Tawau. Kawan2 aku sempat lagi shopping untuk kali terakhir sebelum meninggalkan bandar Tawau.

Malam tu, flight berjalan lancar. Tetiba rasa lapar dlm flight tapi semua makanan habis. Kami pun bantai order maggi cup. Kelakar tak makan maggi dlm flight? Hahahahahaha. Aku smepat beli USB thumbdrive 4GB lambang Air Asia berharga RM50. Comel je.

Flight malam tu pukul 930 malam dan sampai ke LCCT kul 1200 malam. Memang penat gile dan aku tak sedar ape yang jadi sebaik sahaja aku naik kereta kat LCCT. Tahu2 je esok dah ada kat umah.. Huhuhuhuhu..

Kesimpulannya, memang best gile dan rasa sangat2 puas hati dgn percutian ni.. Harap2 tahun depan dapat g ke tempat lain pula yang lebih best... :-)




2 comments:

  1. cantik gak yek tawau.. shima pun ada kawan kat sana.. erm bila lah dpt nk terbang ke sana... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. shima... bole la g bercuti ke tawau. tak rugi. mmg cantik pulau2 kat sana...:-)

    ReplyDelete