Friday, December 24, 2010

SEDIKIT KATA-KATA UNTUK MENGINGATKAN DIRI SENDIRI YG SERING TERLUPA...

Saya menghabiskan masa menonton vcd drama korea yang baru dibeli minggu lepas... Disebabkan sibuk dgn urusan2 lain, maka baru hari ni berkesempatan menonton sehingga ke vcd yang terakhir... Sangat enjoy walaupun bahagian2 akhirnya agak sedih...


Tapi, takpe la... Hidup kita pun bukan selalunya gembira. Malah selalu bersulam dgn duka dan airmata juga. Sebab semua orang akan ditimpa dgn masalah dan masalah juga tak akan pernah lari dari hidup kita...


Kadang kala, walaupun selautan airmata telah kita tangiskan, kehidupan masih kita teruskan seperti biasa berbekalkan impian dan harapanyang tertanam dalam hati kita. Namun, seperti yang kita sedia maklum, tak semua impian dan harapan kita akan tertunai dan tercapai. Banyak juga yang akan berciciran di sepanjang jalan kehidupan ini.


Cerita tadi mengingtatkan sy bahawa, tak semua yang kita rancang dan inginkan akan kita perolehi. Dan kita kena sentiasa kuat menghadapi pelbagai jenis halangan yang selalu muncul di saat2 akhir. Dan pada masa itu, kita akan rasa diri ini terlalu lemah, tak berdaya malah seakan merelakan setiap yang akan berlaku.


Saya juga tertarik dgn kisah pengorbanan yang ditampilkan secara jelas dalam cerita tadi. Tak semua kisah cinta akan berakhir dgn perkara yang menggembirakan. Malah cinta menuntut sejuta pengorbanan yang ada kalanya tak terlintas di fikiran. Itulah cinta...


Bila mencintai dia, maka kita kena sentiasa bersedia untuk KEHILANGANNYA. Bila mencinta dia, maka kita harus MEMBEBASKAN dia dari kongkongan dan cengkaman kita kerana yang terbaik di mata kita tak semestinya yang terbaik untuknya.


Redha dengan apa yang berlaku... Pasrah menerima apa jua ketentuanNya.. Kerana hanya Dia Maha Mengetahui segala-galanya di langit dan di bumi... Mengalah tak semestinya menderita hingga ke akhirnya, menang pula tak semestinya bahagia sepanjang masa...Hari ini kita bertemu, esok lusa mungkin kita berpisah... Hari ini kita mengikat tali cinta yang bahagia, tak semestinya kekal selamanya...


Setiap hak dan ketentuan, hanya Dia yang menentukan... Kita hanya hambaNya yang begitu kerdil... Maka, haruslah sy mengingatkan diri sy sendiri, tak semua yang sy inginkan akan sy miliki. Oleh itu, sy harus sentiasa berlapang dada menerima ketentuanNya....

No comments:

Post a Comment