Wednesday, March 16, 2011

TRIP TO PAHANG...

Assalamualaikum...

Khamis minggu lepas (a.k.a 10 mac 2011), aku dan kawan2 beserta encik boss, menuju ke Kuantan Pahang. Kali ni ada World Water Day Colloquium 2011 : "Water for cities : responding to the urban challenge" yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 11 Mac 2011. Aku stay kat Hotel Vistana. Pnginapan ok... So, hari Jumaatnya, bermula la kolokium tu dari kul 9 pagi sampai 5 ptg. Ada 6 paper yang di present.

Paper 1 : Urban water supply

Paper 2 : Rainwater for cities

Paper 3 : 1 state, 1 river : success story

Paper 4 : Pekan flood mitigation project

Paper 5 : Integrated stormwater management

Paper 6 : Water security in malaysia


Overall, bagus la presentation kali ni. Presenter pun bukan calang-calang orang. Naik segan juga mendengar gelaran2 nama diorang ni. Huhuhuhu... Bayaran untuk seorang participant adalah RM300. Tak termasuk penginapan tau... Sarapan, makan tengahari dan minum petang disediakan.


Esoknya, kami menuju ke Pekan di mana berlangsungnya perasmian hari Air Sedunia di Pekan River Front oleh PM kita. Tema kali ini adalah "Air untuk bandar : keperluan dan cabaran". Perasmian ni, hanya boss aku yang gi. Aku malas nak gi sebab baju kurung hanya bawa sehelai je untuk gi kolokium. Dan aku tak berminat nak beli baju baru semata-mata nak gi event tu. Huhuhu. Selain perasmian, ada juga event seperti berbasikal dan berakit yang diadakan serentak pada pagi sabtu tu. Memang Pekan busy giler dan banyak jalan di tutup. Aku siap guna GPA nak gi cari kedai minum. Hahahahah.


Pagi Sabtu tu ingat nak gi mancing, tapi angin kuat sangat dan air sangat keruh. So, cancel la plan nak mancing. Jalan-jalan gitu2 aje la... Lebih kurang kul 1 tengahari, boss ajak balik dan kami menuju ke Kuantan semula. Kami lunch di East Cost Mall (ECM), Kuantan dan pizza di taja oleh encik boss. Banyak gile makan.. Huahuahuahua. Habis diet aku tau!


Then, kami meneruskan perjalanan balik ke Putrajaya untuk menghantar encik boss dan kemudian balik ke perak. Lebih kurang kul 11 malam baru sampai umah aku. Huarghhhhh.. memang letih tapi hari ahad tu still gi opis dari pagi sampai petang untuk siapkan keje. Perghhh.. memang cemerlang la.. hahahah :-p

No comments:

Post a Comment