Saturday, March 19, 2011

BLEACH : THE ARRANCAR SAGA IS FINALLY OVER!


Baru beli dvd Bleach yang baru... Satu-satunya anime yang saya tonton dari episod 1... DVD kali ni memuatkan siri dari episod 307 hingga 310. Berdasarkan tajuk2 ceritanya, saya dah dapat agak episod kali ni pasti sedih...

Seperti yang dijangka, siri pertempuran dan pengkhianatan di 'Soul City' yang dirancang oleh Aizen akhirnya berakhir. Seperti yang saya agak juga, Ichimaru Gin selama ni sengaja berpura-pura menjadi pengikut setia Aizen kerana dia menyimpan dendam nak membunuh Aizen yang telah menyiksa Rangiku Matsumoto masa kecik. Saya tak faham apa yang Aizen dah buat pada Rangiku Matsumoto tapi nampak macam kesalahan yang sangat serius di mata Gin.

Gin cuba bunuh Aizen tapi gagal. Nasib baik Kurosaki Ichigo sampai tepat pada masanya selepas selesai mencari jawapan peringkat 'bankai' yang terakhirnya iaitu 'Final Getsugatensho'. Ichigo kelihatan sangat hebat dengan rambut yang lebih panjang dan nampak lebih tinggi dari biasa... Dan dia kelihatan tenang sepanjang 'battle' dengan Aizen. Ini adalah disebabkan, kuasa yang ada pada Ichigo jauh lebih hebat daripada kuasa Aizen.

Tapi, untuk melancarkan serangan 'Final Getsugatensho', Ichigo perlu berkorban... Semua kuasa 'shinigami' yang ada padanya akan hilang sekiranya dia menggunakan serangan 'Final Getsugatensho'. Tapi demi menyelamatkan keadaan, Ichigo tetap nak bertarung habis-habisan walaupun dia tahu akibat yang akan diterima selepas itu.

Ternyata, serangan Ichigo telah menyebabkan kuasa Aizen terganggu dan gagal. Semua yang berperang di 'Hueco Mundo' akhirnya dapat pulang ke 'Soul City' dengan kecederaan yang pelbagai.

Saya sangat gembira bile melihat Inoue Orihime dapat berjumpa Kurosaki Ichigo. Inoue sangat2 mencintai Kurosaki... Tapi, adakah hubungan itu bole berkembang kepada sebuah percintaan atau hanya stay sebagai persahabatan seperti yang lain? Saya sedih memikirkannya...

Rangiku Matsumoto pula bersedih dan berasa kehilangan kerana Ichimaru Gin di bunuh oleh Aizen. Sebenarnya, Ichimaru juga mencintai Rangiku Matsumoto daripada dulu lagi... Malangnya, cinta tak kesampaian...

Hitsugaya Toshiro pula berlatih 'bankai' habis-habisan kerana dia sedih kuasa yang ada pada dia tak mampu melindungi Hinamori dalam pertempuran. Hinamori cedera...

Bleach kali ni tak seceria dulu. Walaupun hanya kartun, tapi sy rasa sedih. Sebab saya mengikuti siri ni sejak episod 1. Saya memantau perkembangan watak-watak dalam anime ni. Dan sy sangat2 sedih sebab Bleach kali ni banyak perubahan dan kehilangan.

Apa akan terjadi kepada Ichigo jika semua kuasa 'shinigami'nya hilang? Adakah dia mencintai Inoue seperti Inoue mencintai dia? :-(

'The Arrancar Saga : Episod 1 hingga episod 310' akhirnya selesai...

No comments:

Post a Comment