Friday, March 18, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


Malam semalam, aku dan kawan2 opis akhirnya dapat meluangkan masa menonton movie ni... Aku sebenarnya dah teruja nak menonton cite ni sejak tengok trailer movie ni kat youtube. Oleh sebab aku dan kawan2 opis masing2 ada hal sejak 10 Mac yang lepas (sejak 1st premier kat Malaysia), maka kami plan dgn penuh bersungguh-sungguh.
Makanya, kami gerak kul 530 petang dari opis. Berkumpul di opis dan kawan aku sampai tak sempat balik umah. Tukar baju kat opis je. Aku sempat fly balik umah jap untuk bersiap-siap. heheheh.
Kami pergi berempat dan aku sangat2 teruja... Hehehehehe. Overall, untuk sebuah movie melayu, epik dan sejarah, memang cite ni best... Satu anjakan paradigma pada sebuah filem melayu. Sebab, jarang dapat tengok cite melayu macam ni. Banyak action, kata-kata yang tersusun rapi dan pelakon-pelakonnya bukan- calang-calang.
Secara ringkasnya, movie ini mengisahkan Merong Mahawangsa dalam misi menghantar Putera Rom untuk berkahwin dengan Puteri Cina yang bernama Ying-Ying. Dalam sebuah pertempuran, puteri tersebut di culik oleh Geruda. Geruda mohon tebusan yang sangat banyak. Merong cedera parah dalam pertempuran tu. Putera Rom tu pulak, ditikam oleh Kemawas, iaitu orang Geruda.
Merong telah diselamatkan oleh seorang pakcik yang bernama Kesum dan menjalani latihan intensif demi mengalahkan Geruda. Dia kemudiannya terjatuh hati dengan Embok iaitu seorang wanita yang telah menjadi mangsa Kemawas dan Embok adalah pembantu kepada pakcik Kesum.
Merong kemudiannya menyerang kubu Geruda. Secara tiba-tiba juga, armada dari China dan Rom turut datang menyerang Geruda. Akhirnya Geruda dapat ditewaskan dan Merong mengorbankan dirinya demi menyelamatkan negaranya.
Sungguh dramatis. Teknik CGI yang digunakan juga memang hebat. Saya suka cerita ni sama seperti saya suka kepada filem Puteri Gunung Ledang. Kelembutan dan keindahan bahasa melayu yang digunakan dalam filem ni sangat2 menarik hati saya. Bangga sebab Malaysia mampu menghasilkan filem seperti ini. Kepada yang suka filem bermotif aksi atau sejarah, bole la tonton. :-)

1 comment:

  1. insyaALLAH, shima pun tak akan lepas kan perluang nk g menonton... mmg teringin sgt2...

    ReplyDelete