Tuesday, December 6, 2011

WALAUPUN GAJI AKU BANYAK...

Sengaja nak membangkitkan isu ni sebab sejak dari opis lama dulu, ayat ni selalu diucapkan oleh pekerja bawahan saya dan pekerja bawahan dari unit lain...

"Ala, nak buat apa kita kerja sungguh-sungguh macam Cik *** tu sebab kita ni pangkat rendah je. Dia pangkat tinggi. Gaji tinggi. So, biar dia buat keje banyak. "

ATAU...

"Kan gaji dia tinggi.. Biarlah dia buat sorang-sorang."

Ni adalah terms yang selalu sangat didengari akhir2 ni oleh kebanyakan staf yang berpangkat sedikit rendah dari pegawai2 lain.

Perlu saya nyatakan di sini, kadangkala memang ada boss yang kuku besi, kejam dan tak akan bagi muka pada orang dibawahnya. Dan akan memperlakukan anak buah sebagai hamba... Tapi ada juga boss yang bertimbang-rasa dan memahami pekerja.

Namun begitu, ISU GAJI SIAPA LAGI TINGGI, tak sepatutnya menjadi isu. Kalau anda nak gaji tinggi, kenapa tak sambung belajar tinggi2 macam pegawai anda yang bertahun-tahun bekajar tak habis-habis. Dah habis diploma, sambung ijazah. Pastu sambung master, pastu sambung phD. Disebabkan ketekunan dan kesungguhan dia, maka dia dapat gaji setimpal dengan masa senggang dan masa berpoya-poya yang dia telah korbankan untuk mendapat pendidikan setinggi itu. Ketika dia sambung belajar pada tempoh itu, apa yang sedang anda lakukan pula?

Dan harus juga anda ketahui, setiap pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Ijazah dan ke atas), mempunyai beban pengurusan dan tanggungjawab yang tinggi. Setiap satu tandatangan yang diturunkan (yang kadangkala melibatkan pembayaran berjuta-juta ringgit), maka dia turut menggalas beban tanggungjawab itu selama-lamanya. Di saat-saat kakitangan lain boleh pergi minum pagi, duduk rehat2 tengok tv di lobi office, kadangkala dia pula sibuk menghadap Kumpulan Audit yang akan menyoal 1,001 soalan berkaitan pembayaran, projek dan pengurusan pejabat.

Setiap kali anda balik ke rumah, dah boleh tumpu pada anak-anak atau suami atau isteri, namun PnP balik berbekal dengan sebeban paperwork yang perlu dibuat untuk merancang dan memohon peruntukan Rancangan Malaysia Ke .... (RMK). Sebab, kalo tak rancang kerja apa nak buat, maka semua lapisan perkerja tak akan ada perancangan kerja apa nak buat pada setiap tahun. Kadang-kadang, tidur pun sambil duduk di celah-celah kertas yang di print.

Begitulah beratnya tanggungjawab pegawai atasan (yang bergaji tinggi daripada pegawai lain). Sama ada rela atau terpaksa, itulah tanggungjawab dan amanah yang perlu di pikul. Andainya sesuatu terjadi, semua pihak boleh lepas tangan namun pegawai Pnp tak boleh berbuat begitu.

Maka, dengan gaji yang sebanyak itu, jika dibandingkan dengan penat lelah belajar bertahun-tahun lamanya (hingga adakalanya tak sempat nak cari calon nak kawin) diiringi juga beban kerja dan tanggungjawab di atas setiap keputusan dan tandatangan yang diturunkan, masihkah anda rasa PnP bergaji tinggi, maka dia kena buat kerja sorang? Gaji anda rendah tapi anda tak pening kepala bila balik rumah atau pening kepala bila audit sampai atau pening kepala bila pegawai bawahan anda ponteng kerja dan hanya datang untuk punch card dan kemudiannya hilang. Malah kalau anda kerja lebih masa, anda boleh claim Overtime. Kalau PnP Gov, hanya ada elaun kritikal (lebih kurang RM100 sahaja) walaupun setiap hari anda kerja overtime balik tengah malam untuk siapkan kerja.

Fikirkan semula, setimpalkah???

No comments:

Post a Comment