Sunday, January 2, 2011

FROM KELANTAN WITH LOVE...

Out station penutup bagi tahun 2010 adalah ke Kelantan. Ada mesyuarat di sana.. Balik dari Langkawi, aku sempat ke Klang sehari untuk menghadiri kenduri kawin dan kemudian balik ke N9 dan isnin keje macam biasa... Rushing nak siapkan report yang boss nak... So, Rabu dah gerak ke Kelantan.. Pada mulanya, aku drive. Tapi after singgah makan kat Restoran Tasik Raban, kepala aku jadi berat... Then technician aku continue drive sampai Kelantan. Kesian dia.. Maybe makanan yang aku makan kat restoran tu ada ajinomoto.. Memang sakit gile kepala aku. Nasib baik tak kena migrain...

Di Kelantan, cuaca tak menentu. Sejuk gile stay kat Hotel Grand Riverview.. Tepi sungai.. Ok la.. Service bagus, makanan bagus dan dapat bilik premier. Best giler dapat golek2 atas katil king size!!! Hahahahhaha...

Hajat nak ke wakaf Che Yeh tak kesampaian kerana hujan lebat waktu malam. So, hari khamis aku hanya stay kat hotel untuk meeting dari pagi sampai malam. Khamis pagi kami ada lawatan teknikal ke jabatan yang berhampiran...

Hari Jumaat, sebelum balik, kami singgah ke Pasar Siti Khadijah. Aku berhajat nak belikan technician2 aku baju batik. Teringin nak tengok diorang pakai baju batik.. Beli baju batik juga untuk mak, abah dan adik beradik aku. Memang habis duit shopping kat sana tapi puas hati. Sehelai baju batik bole dapat sampai RM135. Best kan??? :-)

Singgah di Bukit Bunga. Kami makan kat situ. Then aku sambung drive sampai umah.. Memang penat tapi puas hati. Sabtu baru aku gerak balik N9.. Ni pun penat tak hilang lagi.. Since November, asyik travel. Tulang2 pun dah berbunyi.. So, harap2 2011 ni mampu memberi prestasi dan kualiti kerja yang lebih baik.. Aminnn...

Walaupun dah terlewat, tapi kepada semua, Selamat Tahun Baru 2011. Mari kita membuat anjakan paradigma untuk diri sendiri. Berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Aminnn.... :-)

No comments:

Post a Comment