Tuesday, June 7, 2011

X-MEN : FIRST CLASS

Hmmm, tak bole nak upload lak poster cite ni... Saya ni bukan la kaki wayang tapi sy akan kerap tengok wayang kalo sy stress. Dan bulan lepas memang gila banyak tengok wayang. Huhuhuhu... So, kali ni nak cerita pasal filem baru ni.



Semalam masa menonton, memang full. Malah sy dapat second row seat. Dan memang ramai budak2 kecik di bawa oleh mak bapak diorang untuk menonton cerita ni. Sebenarnya, mak bapak dia yang lebey nak tengok. Sebagai contoh, budak pompuan sebelah aku tu, asyik pandang aku je. Bukan dia tengok pun movie tu. Entah apa masalah dia ntah. Tapi walau apa pun, ADA AKU KESAH? So, aku dan kawan aku terus menonton walaupun terganggu dgn kelakuan budak tu sepanjang sesi menonton...



Lama gile filem ni. Kalo ikut jam aku, macam 2 jam 10 minit tapi maybe jam aku agak cepat kot... So, tempoh 2 jam tu memang terasa la especially sebab budak yang annoying tu. Huhuhuhu.



Then, jalan ceritanya mengisahkan asal-usul Prof X dan Magneto... Kan dua2 makhluk ni kan saling bermusuh.. Jadi dalam movie ni diceritakan la apa puncanya... So, watak2 semua muda remaja lagi... Dan dari sini diceritakan macam mana Magneto bole dapat kuasa dia, hubungan antara Prof X dengan Mistique (betul ke eja nih?), dan watak2 lain yang berkaitan.



Plot cerita ni memang tak bosan. Walaupun aku bukan la suka sangat cerita superhero, tapi bole layan la cerita macam ni. Huhuhuhu...



P/S : Moral of da story yang aku dapat, walau siapa pun diri anda, hargailah diri anda yang sebenar... Hargai setiap bakat dan kelebihan yang anda ada walaupun orang sekitar rasa anda pelik... Yang penting, anda tak menyusahkan orang. :-)

1 comment:

  1. Setuju!!! Janji tak nyusahkn org sekeliling :-)

    ReplyDelete