Monday, September 20, 2010

CROCS Bil. 1/2010

Kali terakhir sy pakai kasut bertumit tinggi adalah pada 4 Februari 2010 sebab pada tarikh itulah sy patah buku lali... Dan hingga ke hari ini, hanya kasut yang flat sahaja yang akan sy pakai ke mana-mana.. Goodbye to semua kasut tumit tinggi yg sy ada.
Bulan puasa hari tu, sy membeli sepasang lagi kasut crocs sebab kasut ni selesa dan bole di bawa ke site. Kalo pakai dgn jeans, nampak ranggi.
Merah dah tentu warna kegemaran sy. Nampak daring kan? Hehehehe. Dengan harga RM139, crocs ini menjadi milik sy... Dan sy suke pakai kasut ni ke mana-mana.
Ada banyak lagi pattern lain yg lebih cantik. Lepas ni sy nak beli kasut yang nampak feminin sikit dan lebih sesuai kalo pakai baju kurung. Crocs ada banyak pilihan. Walaupun hampir sama, tapi sekarang lebih banyak pilihan warna. Bole pilih yang mana suke...
Tapak dia lembut. So sesuai dgn kaki sy yang dah cedera ni. Sampai sekarang kaki ni masih sakit. Tapi kena bergerak aktif macam biasa.Tak reti duduk diam. So, kasut yang bersifat ringan macam ni adalah satu pilihan yang sesuai.

No comments:

Post a Comment