Monday, September 20, 2010

BREAKING DAWN...


Dah lama beli buku ni.. Mula-mula baca rasa bosan dgn cerita Bella Swan yang nak kawin n g honeymoon kat sebuah pulau.. Pastu luahan hati Jacob Black yang kecewa sebab Bella akan menjadi vampire..
Segalanya berubah bile baca part 3 berkenaan keadaan Bella yang disahkan pregnant anak yang half human-half vampire... Masa ni baca memang sangat2 teruja sebab ada macam2 masalah. Masa tu juga Jacob kembali menemani Bella, Bella sakit teruk sepanjang pregnant, kisah Edward yg sangat2 prorective terhadap wifenya, kisah Rosalie yang menjaga Bella sepanjang tempoh pregnant (sebab sebelum ni watak Rosalie sangat2 sikit), pastu Bella dah jumpa ayah dia, Charlie...
Masa part nie,Bella bertukar menjadi vampire.. Dan dia dikurniakan dgn gift sebagai The Shield... Anak dia pulak mengalami pembesaran yang sangat drastik.. Nama anak Bella ialah Renesmee iaitu gabungan nama Renee (mak Bella) dan Esme (mak Edward). Jacob panggil Renesmee dgn nama panggilan Nesnie.. So sweet... Dan masa ni, Irina yang cemburu dan busuk hati telah pergi membuat aduan kepada Volturi mengatakan anak Bella adalah immortal child yang bole menggugat kesejahteraan kaum vampire dan perlu dihapuskan. Volturi dgn penuh keterujaan, turun padang n buat keputusan sama ada nak bunuh anak Bella atau tak...
Masa Volturi tengah bersidang nak buat keputusan, Bella and Erdward buat plan iaitu minta Jacob bawak lari baby tu sebab Volturi confirm akan bunuh diorang sekeluarga... Erdward cakap kat Jacob "Goodbye Jacob, my brother.. My son...". Oh, sedeynya...
Actually Jacob dah jatuh cinta dgn anak Bella tu.. Dan Jacob sangat2 protective... Tapi akhirnya Alice berjaya membawa saksi seorang individu yang dilahirkan sabagai half human-half vampire... Namanya Nahuel (kalo tak silap la. Dah lupe ejaannya). Dan saksi ni berjaya membuktikan spesies ni bukan spesies yang membahayakan... Akhirnya Volturi membuat keputusan untuk membiarkan baby tu hidup.. Irina pula dibunuh sebab bagi information yang salah kepada Volturi... Dan Bella and Erward happily ever after..
Cerita ni memang plot yang paling best antara semua siri twilight... Kalo digarap menjadi filem nanti, harap2 menjadi lebih menarik... Yang menariknya adalah sifat kekeluargaan dan persahabatan yang diterapkan dalam cerita ni.. Kisah antara cinta dan sahabat, kerjasama antara vampire dan wolf pack dan sifat tolong-menolong dan saling protect antara ahli keluarga memang sangat kuat. Tak rugi baca cite ni. Sangat2 menarik dan bole release tension... =)

No comments:

Post a Comment