Wednesday, September 22, 2010

BEKERJALAH KERANA ALLAH...

Anggaplah ini sebagai suatu teguran untuk diri sendiri dan juga untuk kita semua. Sekarang ni terlalu ramai orang yang perasan diri dia betul. Berdiri di atas landasan yang salah, malah segala peraturan dalam dunia dan peraturan dlm agama jelas menunjukkan dia salah, tapi malangnya, kepalanya terlalu besar untuk mengakui kesilapan diri.
Tak tahu kenapa manusia macam ni sentiasa rasa dia betul dan tindakan orang lain semua salah. Protes sepanjang masa. Langsung tak ada rasa bersalah. Biadap. Malah tak menjalankan tugas yang diamanahkan atas alasan tak seronok bekerja. Keseronokan bekerja perlu di cari. Kita pergi kerja untuk cari rezeki dan menjalankan amanah dan tanggungjawab, bukan untuk berseronok.
BEKERJALAH KERANA ALLAH....
Pelik kerana spesies ini sentiasa berleluasa. Tegur sampai mulut berbuih pun tetap tak meninggalkan kesan. Memohon maaf pun tak tahu sekadar untuk apa kalo tak tersirat keikhlasan di hatinya. Marah dekat orang lain, pihak lain jadi mangsa.
Kenapa manusia suka menindas orang yang tak banyak cakap, orang yang jenis tak kisah? Kenapa manusia hanya pandai cakap di belakang tapi tak berani cakap di depan? Meluat pulak rasanya.
Rasanya aku dah lepas dari tanggungjawab sebab aku dah menjalankan amanah aku. Selebihnya terpulang kepada takdir. Andai dia yang bersalah, semoga Allah membalas segala penderitaan yang aku rasakan selama ini... amin...

No comments:

Post a Comment