Thursday, April 21, 2011

FROM THAILAND WITH LOVE : DAY 2 :-)

Aktiviti pada hari kedua iaitu hari Ahad ,17 April 2011 bermula jam 9,00 pagi waktu tempatan (iaitu pukul 10.00 pagi waktu Malaysia). Kami tak bersarapan di kafe hotel sebab takut tak halal. Jadi, kami makan biskut je kat bilik. Nasib baik bawak Biskut Oat Crunch. Bawak Maggi Cup tapi tak bole masak sebab water heater takde. Huhuhu.


Kami di bawa ke Gems Collection. Memang canggih tempat ni. Kami di sapa mesra oleh awek2 Thai yang cun melecun di pintu masuk kedai ni. Diorang pakai baju Thai Silk dan berkain songket Thai. Siap ada pameran. Memang canggih pameran yang diorang buat. Ada laser, skrin, sound effect dan macam2 la. Tapi kami tak bole ambik gambar atau rakam pameran tu. Kami dibawa menaiki kereta kabel dan mengelilingi tempat pameran. Pameran tu menceritakan asal usul batu2 macam zamrud, jed dan bla... bla... bla… Taklimat disampaikan dalam bahasa melayu dan sudah siap dirakamkan. Memang jelas dan bagus.


Kemudian kami di bawa ke tempat shopping. Macam-macam ada. Jewellery, sabun, kosmetik, souvenir, beg, Thai silk dan bla..bla..bla… Memang terbeli juga la untuk kenangan. Hehehe. Harganya berpatutan. Tak mahal pun.


Lepas tu kami di bawa ke sebuah tempat yang menjual madu lebah. Lebahnya tak ada kat situ. Ni pusat jualan je. Kami diberi taklimat yang ala-ala MLM je. Perempuan yang sampaikan taklimat tu kononnya berusia 59 tahun tapi nampak macam muda. Katanya sebab dia amalkan madu, so awet muda la. Heheheh. Tak tahu la betul ke tak. Lepas selesai taklimat, dia promote la macam2 produk madu yang dia ada. Aku beli scrub je. Madu, pollen dan royal jelly pun ada tapi aku tak beli sebab badan aku akan panas dalam kalo makan madu.


Kami kemudiannya di bawa ke sebuah restoran muslim lagi di sebuah lokasi yang tersorok. Nama restoran ni adalah Sophia Restaurant. Walaupun lokasinya tersorok, tapi tempat parkingnya luas, surau selesa, tandas selesa dan makanannya pun ok la. Macam biasa, menu utama adalah tomyam lagi. Hehehehe.


Selepas tu, kami di bawa ke Jatuchak Market. Macam area pasar malam la. Semua benda ada. Ada kedai dan ada juga gerai2 kaki lima je. Macam-macam barang ada dijual. Baju, kasut, souvenir, lukisan2, beg, pet macam anjing dan kucing, payung (sy beli dua kaki payung. Sangat unik. Hehehe), makanan, kusyen, t-shirt, jeans, bunga, alat-alat keagamaan, buah dan lain-lain. Memang terbeli juga barang-barang kat sini. Hehehehe. Harga bole di tawar.


Kami dinner dulu sebelum check-in di hotel. Tempat dinner kali ni pun tersorok juga. Senang cerita, makanan halal memang susah nak cari. Restoran muslim memang seolah-olah tersembunyi dan susah nak jumpa. Rakyat tempatan je yang tahu kat mana. Makanan yang dihidangkan juga biasa-biasa sahaja.


Kami check-in di First Hotel. Hotel ni ada restoran makanan halal. Restoran ni diasingkan dari restoran yang jual makanan tak halal. Bagus la… Aku dapat bilik di tingkat 9. Macam biasa, di bilik tak ada iron dan heater. Azab. Huhuhu.


Selepas mandi, kami keluar bersiar-siar berempat. Jalan kaki sekitar kawasan hotel sambil bergambar. Ada juga beli souvenir. Aku di ajar oleh kawan aku untuk ambil gambar menggunakan setting manual di kamera DSLR. Ni first time aku cuba. Cahaya lampu dari kenderaan kelihatan seperti sebuah garisan cahaya yang lurus. Oleh sebab tak ada tripod, maka gegaran tak dapat dielakkan. Not bad la… Kami ambil gambar tersebut dari lokasi di atas jejantas. Uniknya, kat area ni, kedai 7-eleven sangat mudah nak cari. Selang beberapa kedai, ada jumpe 7-eleven. Dan jejantas pun memang beroperasi sepenuhnya. Kalo tak guna jejantas, tak melintas la jawabnya. Teksi tak bermeter dan tut-tut juga banyak berkeliaran. Kami dinasihatkan supaya tak naik kenderaan macam tu sebab tambang yang dikenakan adalah mahal berbanding harga biasa.


Kami menikmati supper di sebuah restoran Iran. Order roti nan dan kuah apa ntah. Minum air teh panas. Harganya berpatutan. Tak sempat nak snap gambar restoran ni. Rasanya, orang iran tu kawin dgn orang Thai. Restorannya selesa dan tak ada orang. Hehehehe. Keluar dari restoran tu, Nampak bulan mengambang di langit. Wah, memang cantik… Pengalaman yang sangat sy hargai. Kemudian kami balik tido. Nasib baik tv ada channel Star Movie. Malam tu sebelum tido, sempat tengok cite Anaconda. Heheheheh…

No comments:

Post a Comment