Wednesday, April 27, 2011

RUMPUT VETIVER - Kawalan hakisan cerun secara vegetatif

Ok... Hari ni kita cerita benda yang ilmiah sikit. Kebetulan somebody ada bagi handout pasal rumput vetiver ni kat aku awal tahun ari tu. Malam tadi baru berkesempatan baca (punya la lama baru ada masa nak baca, kan?) Hehehehe. Handout yang aku dapat ni adalah paper yang dibuat oleh Ng Lay Weng pada November tahun 2002. Tajuknya adalah "Tanaman rumput vetiver - Tindakan pemuliharaan tanah secara vegetatif bagi kerja stabilisasi dan kawalan hakisan tanah di cerun bukit."



Selaku seorang jurutera awam yang masih setahun jagung, aku membuat konklusi bahawa paper ini sangat bagus. Kebetulan di malaysia ni terdapat banyak kawasan cerun yang terdedah kepada masalah hakisan dan tanah runtuh. banyak alternatif boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini tapi aku lebih suke sekiranya lebih mesra alam.



Paper ni menceritakan jenis2 hakisan yang berlaku di kawasan cerun seperti hakisan alur (rill erosion) dan hakisan gaung (gully erosion) serta proses2 pergerakan tanah yang berlaku.



Nama saintifik rumput ini adalah Vetiveria Zizanioides (L) Nash. Rumput ni terkumpul dalam famili yang sewaktu dgn jagung, serai wangi dan tebu. Rumput ni bertumbuh padat dan biasanya mencapai ketinggian 0.5 m - 1.5 m. Ciri-ciri istimewa yang dimiliki oleh rumput ini yang membuatkan ia sesuai dalam menstabilkan cerun adalah :


1) Sistem akar yang sangat dalam dan kuat

2) Bunga / biji benih mandul

3) Rumpun pokok yang padat

4) Tahan pada suasana dan iklim yang buruk



Di Malaysia, setelah 3 minggu di tanam, akar rumput ini mencecah sepanjang 60cm. Kebiasaannya akar rumput ini boleh mencecah sedalam 3 m dan di Thailand ada yang mencecah 5.2 m.



Bagi rumput yang dah di tanam selama 2 tahun, tensile strength rumput ini dalam lingkungan 40 - 180 Megapascal. Kalo dibandingkan, nilai ni bersamaan dgn 1/6 kekuatan tegangan besi dan sangat tinggi kalo nak dibandingkan dgn kekuatan akar pokok balak. Shear strength lebih kurang 6 - 19 kPascal/kg.akar/m3 kalo nak dibandingkan dgn akar pokok balak iaitu 3.2 - 3.7 kPascal/kg.akar/m3. Kekuatan akar rumput ni lebih kurang macam struktur 'soil nailing' la...



Rumput ni kategori 'shy breeder' dan biji benih adalah mandul di luar kawasan habitatnya iaitu kawasan paya. Jadi, rumput ni tak akan merebak ke kawasan lain sebagai rumpai. Pokok ni boleh dibiakkan melalui pembahagian rumpun pokok kepada anak.



Rumput ni kalo di tanam dalam baris, seolah-olah membentuk sebagai pagar. Anak-anak pokok baru akan membiak di dalam rumput . Oleh itu, rumpun ini akan menyekat, menapis dan memperlahankan larian air hujan (runoff) dengan efektif di cerun bukit. Sedimen yang di bawa oleh runoff akan terkumpul di belakang tanaman pagar dan air larian akan terus menurun ke bawah melalui celah-celah batang. Ada kajian yang dibuat melaporkan penurunan sebanyak 73% bagi air larian dan 98% bagi tanah terhakis dibandingkan tanah kosong. Pokok ni bole bertahan dalam suhu -15 darjah celcius hingga 50 darjah celcius dan juga antara pH 3 hingga 10.5.



Kalo mengikut sejarah awal, rumput ni mula diaplikasikan di kawasan cerun berkontur di Fiji juga kawasan perladangan di India. Di Malaysia pun da ada pakai khususnya di kawasan cerun di lebuhraya. Harganya tak la mahal. Kalo diikutkan dalam paper tu harganya RM1.00 per polybag (tu harga tahun 2002 tau!). kalo nak tanam, jarak antara seiap rumpun lebih kurang 10 - 15 cm. Jarak antara baris pulak lebih kurang 1.5 - 2 m. sesuai di tanam mengikut kontur.



Kesimpulannya, sy sangat berminat nak aplikasikan rumput ni tapi sy nak tengok kesesuaian dulu. Maklum la, sy menjaga kawasan pengairan. Cerun yang ada pun hanya cerun ban yang tak setinggi mana dan kawasan taliair dan parit buang yang sentiasa berair. Kalo nak info lebih lanjut, google je la k. Gambar pun tak sempat nak cari pun. :-)

3 comments:

  1. Bagaimana nak dapatkan biji benih rumput vativer ini ? Awak ada supply ? Saya nak beli .

    ReplyDelete
  2. Saya dari indonesia, kalau beli banyak apakah bisa kurang harganya, saya buat dijual lagi, apa kah ada nomor whatsapp?

    ReplyDelete
  3. Saya dari indonesia, kalau beli banyak apakah bisa kurang harganya, saya buat dijual lagi, apa kah ada nomor whatsapp?

    ReplyDelete