Thursday, April 21, 2011

FROM THAILAND WITH LOVE : DAY 4 :-)

Hari terakhir di Bangkok iaitu hari Selasa bersamaan 19 April 2011. Di Perak, tarikh ini adalah tarikh Keputeraan Sultan Perak dan cuti umum bagi negeri Perak. Kami bersarapan macam biasa di hotel dan kemudian keluar merayap kejap sebab aku teringin nak makan mangga Thai yang kononnya sangat manis. Setelah puas mencari, akhirnya jumpa juga. Satu kilogram adalah 150 baht. Dapat la dua biji je. Memang beli tak banyak sebab just nak rasa je. Makcik tu bermurah hati bagi kami rasa buah manggis. Memang sedap dan manis. Macam manggis di Malaysia juga.


Kemudian aku singgah membeli pisau di 7-eleven. Nak makan mangga punya pasal. Kami balik ke hotel. Aku dengan gumbiranya mengupas sebiji mangga. Memang manis! Dan sebiji lagi aku bagi kawan kat bilik sebelah rasa. Berbaloi beli dengan harga tu… Hehehehe.


Kemudian hampir jam 12.00 tengahari, kami check-out dan di hantar ke airport. Kami sempat lunch di airport. Makan di restoran halal. Kami order Canadian pizza dan buat pertama kalinya aku makan shushi. Aku pilih dari salmon. Seriously, shushi sedap tapi aku tak bole makan rumpai laut kaler itam yang buat balut shushi tu. Terpaksa luahkan balik dari mulut. Huhuhuhu….


Kemudian, kami menunggu flight. Gile punye jauh dari Gate D8 nak ke D1. Rasanya macam jalan kali berkilo-kilometer jauhnya!!!!!


Kami menaiki flight kul 3.30 petang dan tiba di LCCT dalam kul 6.30 petang. Aku tidur dalam flight sebab pening kepala. Huhuhu. Tapi sempat jugak bangun tido dan order chicken roasted. Hehehehe.


Kami menunggu bas balik dan sempat solat dan dinner di LCCT. Kami tiba di Perak jam 12.30 malam. Memang letih tapi kemudiannya kami drive balik ke rumah dan tido tak sedarkan diri. Hahahah.


Memang trip kali ni best gile. Tak sabar nak melancung ke luar negara lagi selepas ni. Kami bercadang nak ke Bandung pula lepas ni tapi tak tahu la sempat kumpul duit ke tidak.. Harap2nya Allah permudahkan rezeki aku….Aminnnnn…


Alhamdulillah trip kali ni kami selamat pergi dan kembali ke tanah air yang tercinta. Walaupun trip ini best, masih ada isu yang bersarang dalam kepala aku ni. Semoga Allah tabahkan aku dalam menghadapinya. Sesungguhnnya Allah tak akan menguji aku jika aku tak layak menanggungnya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui….


Sebelum sy menutup artikel kali ni, mari kita renungkan peribahasa ini… ”Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri”. Selaku seorang bangsa Melayu yang dilahirkan sebagai seorang muslim, sy berbangga menjadi rakyat Malaysia. My country is the best! :-)

No comments:

Post a Comment