Thursday, April 21, 2011

FROM THAILAND WITH LOVE : DAY 3 :-)

Pada hari ketiga iaitu hari Isnin, 18 April 2011, aktiviti bermula jam 9.00 pagi.Kami bersarapan di restoran muslim di hotel tersebut. Menu biasa-biasa je tapi ok la… Kemudiannya kami di bawa ke Chao Phraya River untuk River Cruise. Memang best…. Kami menyusuri sungai dan di bawa melihat pemandangan bangunan-bangunan di kiri dan kanan sungai tersebut. Ada Temple of Dawn, Grand Palace dan macam-macam bangunan lagi la. Banyak juga bangunan-bangunan baru yang sedang dibina.


Kami sempat merasai pengalaman membeli souvenir dari dua orang peniaga yang menjual menggunakan sampan. Harga souvenirnya standard je dan macam-macam ada. Selain tu, kami juga bole memberi ikan makan roti di suatu tempat. Kononnya ikan patin. Sangat banyak dan besar2. Ikan yang kelaparan tu meragut roti yang kami lempar ke dalam air. Ada seekor ikan yang sama spesies tapi warnanya putih. Kami gelar sebagai ikan albino. Hehehehe.


Kami di bawa singgah ke kawasan di Temple of Dawn. Kat kawsan sekitarnya ada kedai menjual souvenir. Ada juga yang menjual kelapa. Kecik tapi kata kawan2, sedap. Aku sempat mengepau isi kelapa dari kawan aku. Memang sedap. Kami membeli souvenir dan t-shirt. Harga berpatutan dan boleh di tawar. Kami tak digalakkan masuk ke dalam temple tu sebab tu kuil agama buddha. Lagipun, perempuan yang uzur, tak boleh masuk. Kami sekadar ambik gambar kat luar pagar je. Kalo nak masuk ke dalam, kena bayar 50 baht, kalo tak silap.


Kemudian kami naik bot untuk menyeberangi sungai ke barisan kedai di sebelah kanan sungai. Kami sekadar lalu merentasi deretan kedai tu. Tak sampai 5 minit pun. Bot ni tak banyak tempat duduk. Berdiri di atas bot memang scenery yang biasa. Kena berhati-hati supaya tak jatuh. Bot ni juga berbumbung. Banyak tourist menggunakannya. Memang meriah. Aku tertarik dengan baju navy kat sana. Macam baju dalam cite Poppeye. Heheheh. Tapi segan nak snap gambar pulak. Setelah merentas kedai2, kemudian kami menunggu bas ekspress kami di bus stop berhampiran.


Kemudian kami di bawa ke sebuah kedai yang menjual barangan kulit original. Macam-macam kulit ada dijual (kecuali kulit orang atau kulit durian. Hahahaha). Aku membelikan ayah sebuah dompet kulit buaya berharga 2700 baht. Setelah di tawar, dapat la 2400 baht. Then untuk mak aku beli purse yang diperbuat dari ekor kuda. Harganya 990 baht tapi jenuh juga menawarnya baru dapat 950 baht. Time ni, duit da makin nipis. Huhuhuhu…


Kemudian kami pergi lunch di Restoran Mak-Yah. Masin gile makanan dia. Huhuhu. Nasib baik aku tak pening. Tapi restoran ni hampir dengan masjid lama. Kami solat sekali di masjid tu. Kemudian kami ke sebuah shopping mall yang di namakan MBK. Tempat ni memang terkenal la. Macam-macam ada.


MBK ni memang penuh dengan umat manusia. Mungkin disebabkan semua barang ada kat situ, maka jadi tumpuan orang ramai. Rambang mata bile tengok Blackberry dan I-pad yang dijual. Tak beli pun.. Cuma usya-usya je. Hehehehhe.


Baju pun banyak dijual. Cakap je nak fesyen ape. Semua ada. Aku beli beberapa helai t-shirt dan selendang. Selendang pashmina 100% bole dibeli dengan harga 180 baht setelah di tawar. Best gile!


Penat berpusing-pusing kat MBK ni sampai kaki lenguh. Aku duduk bersila dan bersandar dekat dinding mall tu. Then kami cari restoran makanan halal kat tingkat lima.Kalo tak silap namanya, Yana Restaurant. Kami melepaskan penat masing-masing sambil menjamu selera. Makanannya bole la tahan.


Sempat juga rasa desert yang terkenal dekat Thai tu. Tak tahu apa namanya. Tapi kuahnya diperbuat dari santan. Ada hirisan buah nangka dan ada bulat-bulat warna merah. Manis dan lemak. Sedap.


Bas datang menjemput kami pukul 6.00 petang. Kami sempat bertanya kepada pemandu teksi tak bermeter (digelar sebagai crocodile taxi) berkenaan tambang ke hotel kami. Kami di tekan harga sebanyak 150 baht. Bila kami blah, diorang panggil nak bagi 50 baht. Gile! Nampak benor nipunya (sila baca dalam nada Usop Wilcha). Hehehehe. Padahal, hotel kami kat depan tu je. Mengikut tourist guide, tu adalah taktik driver taxi nak cari untung. Nanti diorang akan bawa kami merayau ke kedai2 dan diorang akan dapat untung (tip) dari tuan punya kedai. Huh!


Sekali lagi kami di bawa makan malam di Sophia Restoran. Malam tu, kami tak keluar kemana-mana. Cuma mengemas beg yang penuh. Punya la susah nak susun barang-barang sebab banyak sangat isinya. Huhuhuhu.

No comments:

Post a Comment