Wednesday, April 20, 2011

FROM THAILAND WITH LOVE : DAY 1 :-)

Ni gambar ketika pertunjukan buaya. Banyak aksi contohnya macam masuk kepala n tangan dalam mulut buaya. Tapi nasib baik tak jadi apa-apa.. Huhuhuhu






Pertunjukan gajah ni paling best... :-)






Ni pertunjukan harimau... Kesian la tengok harimau-harimau ni... :-(




Pemandangan dari dalam flight. Gambar ni ehsan dari kamera kawan... huhuhuhu






Bak kata pepatah, “jauh perjalanan, luas pemandangan”. Saya tertarik untuk bercerita pengalaman sy pertama kali ke negara orang. :-) Sebelum ni, sy hanya berjalan sekitar dalam Malaysia. Sejak Januari lepas, sy dan kawan2 merancang untuk bercuti ke negara luar. Kami mulakan dengan negara yang paling hampir dengan Malaysia iaitu Thailand. Dari opis sy, hanya kami berlima sahaja. Yang lain adalah rombongan guru-guru dari kawasan berhampiran.





Percutian kami bermula pada 16 April hingga 19 April 2011. Kami tiba di airport menaiki bas ekspres terus ke LCCT pada jam 3.30 pagi. Kami menghabiskan masa dengan lepak di Oldtown sementara menunggu masa untuk check-in bagasi. Flight kami adalah pada jam 8.25 pagi bersamaan hari Sabtu 16 April 2011, ke Bangkok. Penerbangan mengambil masa selama 2 jam. Kami tiba di Lapangan Terbang Suvarnabumi pada jam 10.30 pagi (waktu Malaysia) iaitu kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan. So, kena adjust waktu di jam tangan supaya tak salah waktu.






Tourist guide dah sedia menunggu kami di sana. Kami menaiki bas dan di bawa menunju ke sebuah shopping mall. Tak best pun sebab sama je macam shopping mall kat Malaysia. Tak murah pun sebab barangnya branded. Nak makan pun tak bole sebab takde lokasi makanan halal dalam mall tu. So, window shopping je la. Dan yang tak bestnya, tak bole ambik gambar kat dalam mall tu. So, jalan2 je la untuk habiskan masa selama sejam. Tetiba kawan sy teringin nak buka facebook dari Bangkok. Keyboard pc pun bahasa Thailand. Huhuhu. Nasib baik bole buka fb. 10 baht untuk 20 minit. Ada kawan2 yang tak bole nak online fb sebab account kena sekat. Fb terpaksa sekat sebab takut ada orang lain yang hacked account diorang. Bile kita travel to a different country, memang ada prob sikit.





Selepas tu, kami dibawa ke sebuah restoran muslim. Makan yang dihidang biasa-biasa aje. Selesai solat di sana, kami di bawa ke Pattaya. Perjalanan dari Bangkok ke Pattaya mengambil masa selama dua jam. Kami singgah ke Sriracha Tiger Zoo untuk menyaksikan pertunjukan harimau, buaya dan gajah.





Memang susah nak handle harimau2 ni sebab moody, garang dan susah nak dengar cakap. Takut pun ada jugak. Dan haiwan ni bukan la jinak sangat. Kesian bile tengok haiwan ni di pukul sebab tak ikut cakap. Selepas tu tengok pertunjukan buaya pulak. Seram juga sebab ada adegan yang buka mulut buaya, pastu si penjaga buaya tu masukkan kepala dia dalam mulut buaya. Nasib baik segalanya berjalan lancar. Kalo tak, mahu hilang kepala dibuatnya. Huhuhu. Dan yang paling menarik adalah persembahan dari segerombolan gajah. Setiap seekor gajah, ada trainer masing2. Persembahan gajah paling menghiburkan dan seronok. Berbanding harimau dan buaya, gajah lebih mesra alam dan happy. Gajah2 tu di latih untuk berjoget2 ikut rantak lagu. Hehehehe. Kemudian, kami memberanikan diri untuk mengambil gambar dengan anak harimau. Kami bole bagi anak harimau tu minum susu dalam botol dan ambik gambar. Sekeping gambar ialah 150 baht (lebih kurang RM15).






Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Pattaya. Pattaya adalah sebuah daerah tepi laut. Masa kami tiba kat sana, Pesta Air baru sahaja bermula. So, dah jadi tradisi diorang ni main simbah2 air dan tembak2 orang dengan pistol air. Jalan raya memang basah macam lepas hujan. Ramai sungguh pelancung-pelancung datang ke sini. Diorang emmang suke sangat lokasi tepi pantai. Banyak betul hotel2 yang hebat. Ada Hardrock Café, Hilton dan lain-lain. Tak sempat ank snap gambar. Masa Pesta Air ni, kalo kena simbah dengan air tu, da jadi perkara biasa la. Diorang suke and tak marah langsung walaupun disimbah sampai lencun. Yang tak nak basah tu, siap pakai baju hujan. Huhuhuhu. Suasana petang tu memang sesak. Jalan raya sesak. Kenderaan bergerak perlahan.






Dari dalam bas sy memerhatikan sunset di Pantai Pattaya. Tak seindah sunset di Malaysia. Tapi boleh la…. Kemudian kami di bawa ke sebuah lagi restoran muslim dan sekali lagi dihidangkan dengan tomyam. Seriously, tomyam kat sana rasa biasa2 je. Tak macam tomyam kat Malaysia. Memang pedas. Kebetulan sy tak tahan pedas. So kena berhati-hati masa makan.






Lepas makan, kami di bawa ke Golden Beach Hotel. Biasa je hotel ni. Tak fancy pun. Yang kelakarnya, hotel kat sini tak de heater untuk masak air dan juga tak ada iron. So, pakai je la baju berkedut. Huhuhu.






Malam tu, kami di bawa ke sebuah tempat urut. Saya dan kawan2 mengambil peluang untuk urut kaki. Memang sakit. Kawan2 sy siap tertidur sepanjang massage. Tapi sy tahan mata dari terlelap sebab sakit. Kan kaki sy injured. So, tak bole urut lasak sangat la. Untuk dua jam urut kaki, kena bayar 700 baht seorang. Ada kawan2 yang wat urutan badan. Saya tak berani sebab takut urat2 dawai di badan sy ni terkejut… Huhuhu. Make sure bagi tip kat diorang yang tukang urut kalo anda buat urutan badan. Kalo tak, diorang akan mintak. Sungguh tak segan.. Huhuhuhu…







Selesai urut kaki tepat jam 12.00 malam (kalo waktu Malaysia da pukul 1 pagi la). Kami dihantar balik ke hotel. Ada kawan yang sambung minum kat kedai mamak. Pelik jugak kat Pattaya ada kedai mamak. Tapi tu je la kedai yang halal pun. Yang lain, jual daging pork je manjang… Huhuhuhu

No comments:

Post a Comment