Tuesday, June 7, 2011

MANUSIA YANG MENJENGKELKAN...

Saya berkawan dengan semua orang tanpa mengira tua atau muda, lelaki atau perempuan... Dan sepanjang persahabatan tersebut, sy menemui beberapa ciri-ciri manusia yang sentiasa akan menjengkelkan sy.. Maksudnya, bila berhadapan dgn orang spesies tu, sy akan rasa sangat meluat...



1) SUKA JAGA TEPI KAIN ORANG - Ni kategori yang memang tak berkenan terutama yang suka cerita sensasi dan asyik nak bergossip... Huh!



2) BIADAP - Tak reti nak beza dia siapa and kita siapa.. Kata-kata biadap. Tak reti hormat orang. Dia layan kita ni ikut suka hati dia je... Always rasa dia benar dan sentiasa benar dan orang lain semua salah. Meluat betul... Huhuhuhu



3) PEMALAS - Perghhhh.. Kategori ni aku memang cukup tak bole tahan. Semua nak mudah. Datang keje ikut macam opis mak ayah dia punye, pastu bila kita tegur dia memberontak pulak, pastu nak jeling2 kita. Isy, kalo rasa tak bole nak keje, ko gi berhenti je k?



4) SUAMI ORANG YANG GATAL - Ni memang aku tak suka juga. Dah ada isteri, jaga elok2. Jangan nak sebut2 nama kita semata-mata nak bagi isteri jeles. Ataupun suami orang yang menggatal time out-station. Kan ada pepatah, live begin at 40. Tu peribahasa untuk orang yang tak tahu hargai isteri. Kena tinggal dek isteri, baru putih mata. Hargai apa jua yang anda ada sebelum kehilangannnya, ok?



5) BERTANYA SOALAN PERIBADI - Sebelum nak tanya soalan yang peribadi, cermin diri sendiri dulu. Maksudnya, tengok la dia tu rapat dgn kita ke tak. Kalo dia memang tak pernah bertegur sapa dgn kita, maka jgn la tanya soalan2 berkaitan hidup peribadi dia. Kadang2 dengan kawan baik sendiri pun kita tak berani nak tanya lebey2 sebab kita ada perasaan segan. So, kalo anda dgn dia tak rapat, jgn la nak buat lawak tanya soalan yang bukan2. Segan2 la sikit...



6) SAMBIL LEWA - Semua sambil lewa je... Tak nak fokus... Pastu lemah. Tak kompeten langsung. Bukan sebab malas tapi memang bukan jenis proaktif. Isy, zaman millenium ni bukan zaman nak sentimental. Kalo lambat, anda akan menyusahkan orang disekeliling anda. Sila faham!


Kita semua ni tak perfect... Maka saling jaga diri je sudah la. Ingat, sebagaimana anda tak puas hati dgn sy, maka sy juga rasa perkara yang sama. Tapi yang membezakan antara kita adalah etika profesionalisme kita. Tapi walaubagaimanapun, kadang kala kejengkelan itu tetap terasa di hati sy.


p/s : Saya bukan manusia hipokrit. So, kalo tak suka, sy tak akan cakap sy suka. Dan sekiranya berada dalam persekitaran yang WUJUDNYA ANDA menyebabkan sy terasa situasi itu MENJENGKELKAN, maka sy tak akan berdiri di tempat yang sama dgn anda...

1 comment: