Thursday, June 2, 2011

YANG AKAN AKU RINDUKAN.... part 1

Masa semakin pantas berlalu... Dan aku semakin menghitung hari... Dapatkah sesiapa memahami isi hati ini? Sekiranya saat itu tiba nanti, aku pasti akan melangkah dengan rasa berat di hati kerana aku seolah-olah telah serasi dengan suasana ini... Walaupun aku mengeluh kesah kerana di jemput masalah demi masalah, tetapi hati aku masih di sini.. Masih pada dia... Persoalan yang masih tiada jawapan, kenapa? :-(





Yang paling akan aku rindui adalah suasana sawah padi yang terbentang luas... Dan perasaan tenang melihat padi menguning ketika masak.. Keindahan pengalaman ini memang tidak dapat di beli di mana-mana... Hanya ada di sini... Dan akan kekal dalam hati ini...








Teratai.... Kalo anda perasan, blog ini juga menggunakan gambar teratai sebagai header utama... Dan itu jelas membuktikan betapa aku sangat meminati bunga ini... Dan di bumi inilah, buat pertama kalinya aku melihat begitu banyak teratai tumbuh subur di dalam parit atau kolam.. Dan bila semuanya mengembang, maka hati aku turut rasa berbunga-bunga... Suatu keindahan yang hanya aku sahaja boleh faham.. Dan sejak hari itu, hanya teratai bunga yang paling aku suka... Teratai itu cantik tetapi unik... Dan bukan mudah untuk memilikinya... Keindahannya bagi aku, hanyalah untuk dilihat... Walaupun buah teratai boleh dimakan, tapi aku tak pernah berbuat begitu.. Kerana aku hanya memuja keindahannya... Lokasi ia tumbuh melata juga menarik minat aku.. Bukan semua tempat berair bole ada teratai.. Dan ia hanya tumbuh di tempat yang ada air.. Jika bela di depan rumah sendiri, tak sama indahnya jika melihat sekumpulan teratai yang tumbuh melata dalam kolam yang luas... Saya pasti sy akan sangat rindu suasana ini... Saya ingin memilikinya.. Saya ingin melihatnya setiap masa...



Oleh kerana lokasi tempat sy yang berhampiran dengan Cameron Highland, maka buah strawberry adalah kegemaran sy sejak bekerja di sini. Saya memang suka makan buah sebab sy nak mengimbangi vitamin2 yang diperlukan tubuh badan bagi menggantikan kekurangan vitamin kerana tak makan sayur... Dan di tempat ini jugalah, sy menjejakkan kaki ke Cameron Highlands buat pertama kalinya sejak kerja di sini... Dan buat pertama kalinya seseorang telah mengajar sy makan strawberry... Dulu saya sangat2 tak suka buah ini kerana beranggapan ia masam walaupun warna merah merupakan warna yang menarik perhatian sy.. Dan pastinya 'seseorang' itu tak pernah perasan bahawa dia adalah orang pertama yang mengajar sy menikmati buah ini.. Dan sy masih ingat reaksi wajahnya melihat sy pertama kali makan strawberry.. Malangnya dia tak tahu... Ye, dia tak pernah tahu... Dan tujuan sy ke Cameron Highland selepas itu, hanyalah untuk melihat, membeli dan menikmati buah ini... Dan strawberry coklat memang kegemaran sy setiap kali sampai ke tempat ini... Keindahan ladang strawberry dan ladang teh, tetap akan selamanya terbayang di minda saya... Selain itu, sy juga suka mencari bunga hidup... Bukan nak buat apa pun... Maklum la, seumur hidup memang tak pernah sesiapa pun memberikan sy bunga kecuali sekuntum bunga lily berwarna purple... Sedih kan? huhuhu. Saya berharap, sebelum sy pergi, seseorang yang bermakna akan memberikan sy sejambak bunga... Tapi sy tahu itu tak mungkin berlaku...






Di kawasan ini juga, sy sering dapat melihat pelangi... Pertama kali sy ke Cameron Highland, sy berpeluang melihat pelangi betul2 di tepi jalan raya... Kaki pelangi tersebut betul2 di tepi sy.. Dan sy nampak dgn jelas wap air yang seolah-olah berwarna itu... Dan sy akan menjerit kegembiraan setiap kali sy melihat pelangi... Dan hati sy rasa sungguh damai melihat keindahan pelangi ciptaan Allah Yang Maha Besar....





Di sini juga, sy temui hobi baru... Memancing... Sebenarnya, ayah sy seorang kaki pancing. Abang2 sy juga gemar memancing sebelum mereka berumahtangga dulu. Dan anak-anak buah sy yang masih bersekolah rendah tu pun gile memancing... Dan tak sangka, sejak ke Perak ni, sy mempunyai hobi yang sama iaitu memancing.. Dan sy juga memiliki set peralatan memancing yang lengkap... Dan sering juga berbual dgn ayah sy dan orang2 yg berpengalaman dalam hal ni... Dan akhirnya, sy melakukan sesuatu yang di luar jangkaan sy sekarang ni... Dan sy temui ketenangan dan kedamaian setaip kali memancing.. Parit, sungai, muara dan laut, semua dah redah... Jalan kaki, naik motor, naik bot dan lepak di kelong pun dah try....



Dan baru-baru ini, sy terpesona dengan keindahan foto ini.... Saya suka melihatnya... Dan dengan melihatnya sahaja, sy merasa sebak di dalam dada...




Saya pasti akan merindui semua ini....

2 comments: