Tuesday, July 13, 2010

From Cherating with love.... :-)

Jumaat lepas, aku n kengkawan opis gerak ke Cherating, Pahang sebab ada kursus kat sana. Punye la jauh... Aku drive dari perak kul 9 pagi. Sampai ke Cherating kul 5 petang.. Aku drive sorang sebab yang tumpang kete aku, sumenye senior2. Kesian pulak nanti sakit pinggang n sakit tumit. Lagipun aku dah biasa bawak laju sebab dah selalu long distance. Cepat sikit sampai...
Cantik sangat pantainya.. Meaning, selesa la kalo nak bercuti kat sini. Kitorang siap buat sukaneka lagi... Aku tak join sebab aku kan OKU sementara, tapi aku jadi paparazzi sepanjang aktiviti. Kesimpulan yang bole dibuat, orang yang suke main2 masa keje @ yang suke tipu mase keje, memang cenderung untuk main2 atau menipu mase sukaneka.. Especially aktiviti berkumpulan.. Walau apa pun, harap2 diorang leh kekalkan semangat kerja berpasukan...
Cherating ni terletak dalam 5 minit je dari pintu gerbang sempadan nak masuk Kemaman, Terengganu. Kami jalan2 cari makan kat Kemaman masa hari pertama. Memang teruja. Terengganu adalah satu2nya negeri yang aku lum pernah g n jejakkan kaki.. And akhirnya aku berjaya g Terengganu.. Maka, lengkap la semuanya. Maknanya, aku dah g semua negeri dalam Malaysia.. Alhamdulillah. Masa nak lalu pintu gerbang buat kali pertama tu, aku menjerit kegembiraan dalam kete. Pakcik2 yang kat belakang kete (aku bawak staf2 yang senior), tepuk tangan meraikan kejayaan aku menjejak kaki buat pertama kali ke Terengganu dan yang paling bestnya, aku memandu sendiri... :-)
Masa balik, singgah beli keropok n t-shirt. Tu je la.. Gerak kul 11 pagi n sampai perak kul 7 malam. Pastu hantar staf ke Lumut n tehn balik Ipoh. Berhenti makan jap. Akhirnya sampai di Ipoh tepat kul 11 malam. Mencipta kejayaan memandu jauh.. hahahahah... Sekarang kena rehatkan pinggang... Huahuahua

No comments:

Post a Comment