Thursday, July 29, 2010

Si bongsu yang kuat nangis....

Siapakah si bongsu itu? Siapakah? Siapakah? Hahahahahaha... aku la...
Sungguh dramatik bile semalam aku nangis sepanjang perjalanan balik dari opis ke Ipoh. Lebih kurang sejam.. Wah, sungguh lama aku nangis.. Bengkak mata aku...
Sedihnya bile aku selalu tewas dalam sesuatu cabaran... Dan semalam rasa sangat2 patah hati...
Malam tadi, dengar lagu tahap jiwang tak bole blah.. huahuahua.. Still hari ni mood aku berubah-ubah... Aku rasa aku kena buat-buat happy... Aku rasa aku kena sibukkan diri supaya aku tak sempat memikirkan hati yang kecewa ni..
Mesti orang yg baca post ni rasa konpius sebab adakah hal ini berkaitan cinta???? Jawapannya : TIDAK!!!!!
Aku patah hati bukan kerana cinta.. Aku dan cinta mempunyai jurang yang sangat2 jauh..
Teringat kata-kata kawan aku "Lelaki sekarang suke pompuan yang gedik2 n gatal2". Aku setuju dengan pendapat tu sebab dah terlampau banyak bukti. Aku selaku insan yang keras kepala, degil dan kasar (ni yang dilabelkan kpd aku), rasanya takde tempat untuk bercinta... So, aku bukan patah hati kerana cinta...
Makanya, semalam si bongsu menangis seharian memikirkan masalah yang tidak berkesudahan.. Ciannya si bongsu ni.. heheheheh. Hari ni mood aku tak ok... Tapi rasanya masih mampu mengawal emosi supaya tak tercarut kepada sesiapa yang berperangai macam tutttttt je hari ni!!!

No comments:

Post a Comment