Thursday, July 15, 2010

RINDUKU TERBANG BERSAMA KERETAMU......

Tajuk jiwang tak bole blah...
Tapi tahukah kau bahawa untuk seketika waktu, aku seolah-olah hidup di dalam satu dunia yang penuh kegelapan. Di dalam dunia itu, matahari seolah-olah tiada cahaya. Udara tidak senyaman biasa...
Dan tiap waktu, aku digamit kenangan bersamamu... Saat bergandingan denganmu, terasa dunia ini begitu indah.. Seperti bunga-bunga cinta berguguran bersama rindu yang seharum kasturi...
Nyata sekali, tanpamu... Begitu lambat detik berlalu.. Dan seulas bibirku hanya menyebut namamu setiap sela waktu... Barulah aku menyedari bahawa aku terlalu merinduimu...
Sesungguhnya, aku rindu padamu.. Dan rindu itu mencengkam kalbuku buat satu jangka waktu hingga aku tak berdaya melaluinya untuk hari-hari akan datang...
Begitulah rinduku, padamu..... Kereta Naza Sutera kaler oren dgn no. plat AFT 46.....
Hahahahahaha.... Sila jgn salah faham. Aku hanya merinduimu keretamu sahaja. Bukan si pemandu kereta. Kerana pemandunya sama jantina denganku... Dan aku tidak terjebak dengan cinta sesama jenis nih.
Kerinduan bermula bila aku selalu memotong keretamu yang bergerak pada tahap kelajuan siput yang menghidap penyakit asma terlampau... Rutin harianku setiap pagi adalah memotong keretamu.. Hingga bila kita tak bersua selama seminggu, aku tertunggu-tunggu kelibatmu.. Setiap kereta yang berwarna oren, habis ku potong.. Namun kau tetap tiada... Oh, kecewa..
Pagi tadi.. jeng jeng jeng. Ku lihat bayangmu dari kejauhan... Lalu ku mengejar dan terus mengejar. Berbekalkan skill pemanduan rakanku yang selalu terlibat dengan lumba kereta haram (bukan kisah sebenar), akhirnya dapat aku mengekorimu wahai si jantung hati..
Walau lembab tahap gaban langkahmu, tetap ku bersabar mengekorimu.. Dan akhirnya, di simpang itu, kau mememberi isyarat ingin berpisah.. Oh, aku tak bole menerima perpisahan ini. Eh, tunggu kejap. Rupa-rupanya bukan begitu.. Kau bagi syarat sebab nak elak motor kat depan kau je. Kenapakah harus kau mengelak seolah-olah ada ikan paus biru di depanmu? Oh, sungguh ku keliru...
Kita kembali bergandingan.. Dan akhirnya, setelah aku menguap berpuluh kali, akhirnya kau tiba ke destinasimu.. Rupa-rupanya kau seorang cikgu... Muahahaha... Puas hati aku kerana akhirnya aku tahu di mana tempat kerjamu... Misi pagi tadi berjaya.. Hahahahaha.. aku tak sangka, sebuah kereta mampu membuat hidup aku tak tentu hala. Kini aku berpuas hati... Segala misteri telah terungkai...

No comments:

Post a Comment