Sunday, January 2, 2011

Thanks for making me a FIGHTER!!!!

Sekadar untuk renungan. Sebelum aku terlupa... Sebelum aku terleka... Sebelum aku meneruskan detik2 kehidupan dalam 2011, aku nak merenung kembali beberapa perkara yang berlaku sepanjang 2010. Anggap ini sebagai renungan kita bersama...

Banyak perkara2 sensasi... Dari politik opis hingga la ke masalah sosial... Pening kepala... Cuma nak pesan :-

1) Kita ni manusia biasa yang banyak kekurangan juga kelebihan. Hidup kita saling melengkapi. Maka, kena saling bertolak ansur, saling memahami. Jangan asyik rasa diri tu betul dan apa org lain buat semua salah. Kita tak berada di tempat dia, maka kita tak tahu betapa berat tanggungjawab dia. Kalo kena kat batang hidung kita sendiri, entah2 kita lagi teruk dari dia. So, jangan asyik nak kritik dan cari kelemahan orang.

2) Saya sedih dan kecewa kerana perkara ini. Hawa diciptakan dari rusuk Adam untuk disayangi dan dicintai. Pasangan lelaki adalah wanita, dan pasangan wnaita adalah lelaki. Itu adalah hukum alam yang telah ditentukan oleh Allah. Jangan kita sesekali melanggar batas2 hukum tu. Dan jika kita melanggarnya juga, maka tak payah la nak tunjuk alim. Apa guna cite pasal agama, hukum dan hadis tapi kita sibuk buat perkara mungkar? Saya bukan orang yg baik tapi sekurang-kurangnya sy tak sibuk cari kelemahan orang. Dah cukup banyak masalah sosial sekarang ni. Saya tak mahu nak tambahkan lagi. Saya tahu saya bukan orang yg baik tapi saya tak menyusahkan orang. Kalo sy buat jahat sekalipun, hanya melibatkan diri saya sendiri dan sy tak kan mengheret orang lain untuk ikut sekali. Dan kalo kita buat perkara yang salah sekalipun, jangan bangga sangat nak umumkan supaya 1 dunia tahu. Pandai buat, pandai2 la simpan. So, muhasabah diri k.... :-)

3) Dalam bersahabat, kejujuran dan keikhlasan adalah penting. Jangan suka menipu dan jangan suka ambil ksempatan. Saya jenis yang suka bersangka baik dgn kawan2. Kalo orang layan sy baik, maka seribu kali sy akan layan dia lebih baik. Tapi saya kesal bila sy dijadikan medium untuk mengorek rahsia, medium untuk mengambil kesempatan, medium untuk ditipu. Saya tak suka bersahabat dgn cara begitu. Tak perlu menipu semata-mata utuk jadi sahabat saya. Jadi diri sendiri dan berhenti dari menipu saya!

4) Saya mungkin kejam bila berkata begini.. Saya dah puas sakit hati. Jika kedatangan anda dalam hidup saya selepas ini hanya bertujuan untuk membawa impak negatif dalam hidup saya, nak buat sy lemah, nak buat sy terkejut, nak buat sy terleka, nak buat sy bersekongkol dgn perkara2 maksiat yang anda buat, nak sy pejam mata dan merelakan segala macam pengkhianatan sesama kita, nak saya pejam mata dgn masalah sosial masyarakat kita, nak sy jadi macam orang bodoh dan ikut telunjuk anda atau nak sy patah hati, SILA JANGAN MENDEKATI SAYA. SAYA HANYA NAK BERKAWAN DGN INSAN YANG JUJUR, IKHLAS DAN SAYANG SAYA KERANA DIRI SAYA. SAYA AKAN JUJUR DGN INSAN2 YANG JUJUR DGN SAYA.. JIKA ANDA BUKAN BEGITU, SILA BERLALU DARI HIDUP SAYA DGN SEGERA. SAYA TIDAK MAHU TERLUKA LAGI...

Thanks for making me a FIGHTER!!!

Sekian untuk renungan kita bersama, terima kasih...


No comments:

Post a Comment