Sunday, January 2, 2011

MATERIAL BUKAN SEGALANYA...

Tersentak membaca tajuk utama Mingguan Malaysia hari ini : "Gay dilindungi VIP?". Terkejut kerana tak sangka masalah ini semakin berleluasa di Malaysia, iaitu sebuah negara Islam... Mudah-mudahan kita terpelihara dari dugaan yang sebegitu. Aminnnn... Percayalah, sy pernah berjumpa seseorang yang berada dalam golongan ini... And i'm speechless.....

Teringat dengan pertanyaan seorang kenalan... Dia tertekan kerana ibunya suruh cari boyfriend lain yang kaya dan ada rupa. Tapi dia sayang sangat dengan boyfriend dia ni. Sebelum2 ni pun, ibu dia banyak reject boyfriend2 dia atas alasan boyfriend dia bukan kaya. Tak dinafikan, ibu mana dalam dunia ni yang nak tengok anak perempuan dia hidup susah? Dan mencari yang kaya dan ada rupa juga, bukan satu cita-cita yang salah...

Kawan saya tu tanya apa pendapat saya.. Mudah sahaja jawapan saya.. "Lebih baik dapat boyfriend yang biasa2 je tapi normal dan bukan gay.. Apa gunanya kalo dapat boyfriend yang kaya dan hensem tetapi gay? Dan yang penting pada pandangan mata saya, lelaki yang kita cintai itu seorang yang mempunyai pekerjaan tetap, baik hati, rajin bekerja dan BUKAN GAY!".

Semoga Allah melindungi kita semua.. Aminnn...


No comments:

Post a Comment