Wednesday, January 5, 2011

JIKA ANDA BENCI BOSS ANDA, SILA CERMIN DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU.

Memang sy tulis post ni dgn tujuan nak bagi pihak tertentu baca apa yang saya nak sampaikan sebab walaupun kita ada telinga, tapi kadang2 ada manusia yang tidak mahu menggunakan telinganya untuk mendengar nasihat seorang teman apatah lagi nak mendengar kata2 yang mungkin akan menyelak segala tabir rahsia kelemahan dirinya.

Maka, jika tak sudi nak dengar saya bersuara, maka sila baca kata-kata saya ini dengan teliti dan buka otak anda yang bijak sangat tu untuk berfikir semula apa yang saya katakan. Untuk pengetahuan anda, jika kita jarang guna otak kita untuk berfikir secara kompleks, lama2 otak kita akan jadi malas nak berfikir. Mungkin jika keadaan anda adalah supermalas nak berfikir, nak yang mudah2 sahaja, mungkin otak anda akan menghampiri tahap berkarat. So, berhati-hatilah.

Kalo anda nak benci boss anda, sila pastikan anda berada pada tahap "0 kelemahan" atau lebih mudah disebut sebagai "Zero kelemahan". Sebab, semua orang ada karakter tersendiri, ada kelemahan, ada kekurangan. Tapi jika anda rasa boss anda memang salah all the time, maka sila ambil cermin sebesar yang mungkin dan cermin diri anda sepuas-puasnya. Jangan jadi manusia yang lupa diri, perasan bagus dan sibuk cari salah orang walaupun anda sebenarnya berada dalam kategori SUPER TERUK!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment