Monday, January 3, 2011

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM...

Seorang kawan tiba2 sebut pepatah ni..."Hangat2 tahi ayam"... Memang kelakar tapi bile di fikirkan, memang menyampah..

Kita kena agresif untuk mencapai apa yang kita nak. Jangan duduk dan tunggu. Bak kata seorang kawan, istilah yang sesuai untuk orang yang pasif adalah "Reput".

Saya jenis yang agresif dalam bekerja. Saya tak suka tunggu. Saya tak suka cakap berdentam-dentum tapi hasil tak de. Dan saya paling tak suka dengan orang yang minta diberi peluang tapi bila peluang ada, tarik diri. Tu namanya "hangat2 tahi ayam".

Saya tak akan janji perkara yang saya tak bole buat. Kalo asyik nak tunjuk pandai, lama2 orang meluat dan sakit hati.

Walau apapun, kalo tak mampu bergerak seiring dgn sy, maka sy akan meninggalkan kamu di belakang. Jujur sahaja tak cukup. Kita kena agresif dan bercita-cita tinggi. Sungguhpun matlamat tak akan menghalalkan cara, tapi duduk mereput bukan cara saya.

Anda bole pilih sama ada nak berlari seiring dan sejalan dengan saya atau sekadar nak duduk dan tunggu emas jatuh dari langit. Terpulang...

No comments:

Post a Comment