Monday, May 16, 2011

KU DEMAM RINDU PADAMU....

Minggu lepas, aku menghadiri kursus Penyiasatan Tapak kat Ampang... Gerak ke sana hari Isnin. Masa tu aku memang dah demam teruk bermula sejak Sabtu... Tapi kerana kursus tu memang sangat berguna dan kebetulan pulak aku memang rasa darah Geoteknik mengalir deras dalam badan aku (ayat tak bole blah!!!), maka ku gagahi juga gi kursus tu...



Keadaan aku masa tu sangat lesu. Malah time berhenti kat RnR, aku terpaksa telan panadol sebab kepala pening.. Badan panas dan tekak aku sakit... Keranamu kursus, ku harungi juga... Kebetulan, kawan aku tak jadi gi (dia dari cawangan negeri lain) di atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Dia pun last minit baru bagitahu tak jadi nak gi... So, aku nekad jugak gi sengsorang.. Tapi masa gi tu, encik driver dan encik abang long ada bersama...



Setibanya di sana, aku terus duk hostel sebab encik driver balik semula ke opis. Aku lebih senang dan selesa duk kat hostel je...


Duduk sengsorang je kat bilik. Bila malam, demam aku menggila. Batuk tak henti2, badan menggigil2, mata berair, kepala sakit... Mengeluh sorang2....



Esoknya, Encik Boss aku cakap (encik boss sama2 gi kursus tu), "Kalo tak larat, balik la rehat.. Ambik mc.. Tak payah nak paksa diri untuk gi kursus..." Aku pulak rasa sayang nak tinggalkan kursus tu... Huhuhuhu.. Seperti biasa, waktu siang demam aku memang terkawal... Dan bila senja menjelma, aku kembali jadi manusia yang penuh kesakitan.. Huhuhuhu.. Sengsara...



Dan, petang tu, aku gagahi juga gi klinik sebab dah tak tahan sakit. Aku jenis yang tak suke makan ubat. So bila sampai tahap nak pengsan, baru la nak gi mencari penawar... Kawan aku teman gi klinik...



Encik Doktor tu marah bila dapat tahu aku dah demam lama tapi tak gi jumpa doktor.. Dia takut aku kena denggi.. So, akhirnya aku diPAKSA buat BLOOD TEST... Nervous!!!!



Mula2 memang sakit tapi masa darah tu disedut masuk dalam picagari, tak la sakit pun... Dan malam tu selepas makan ubat yang sangat banyak beserta sebotol air mineral (kembung perut malam tu sebab banyak minum air!!!!), akhirnya demam aku mula kebah.. Esoknya, kepala aku tak sakit dah... Cuma batuk je tak henti2 dan badan masih panas....



Akhirnya, pagi tu aku sempat melawat ke lokasi pihak IKRAM buat borehole dan Standard Penetration Test (SPT) sebagai lawatan tapak dalam kursus tu. Memang banyak info aku dapat...






Alat untuk buat SPT





Contoh sample soil profile yang diorang dapat dari borehole di kawasan sekitar



Dan, aku akhirnya berjaya mendapat sijil kerana berjaya menghabiskan kursus.. Hoyeh!!!



Alhamdulillah, demam dah kebah. Hingga ke saat post ni di tulis, aku masih batuk teruk. Puncanya, doktor tu kata aku terkena jangkitan kuman yang teruk kat tekak.. Memang bengkak sepanjang demam hari tu. Nak telan air liur pun sakit.. Kahak pun dah warna hijau macam incredible hulk! Huhuhuhu.. sakit tau!


By the way, lupa lak nak cakap, keputusan blood test tu akhirnya mengesahkan aku bebas dari denggi, malaria, fenomena vampire mahupun fenomena keturunan mahsuri.. Alhamdulillah....



Kawan-kawan semua, doakan aku cepat sembuh ek... tq... :-)

No comments:

Post a Comment