Friday, January 14, 2011

PENJAGAAN KESIHATAN... :-)

Beberapa hari lepas, aku berpeluang berbual dgn seorang pakcik... Umur dia dalam 50 ke atas. Nampak macam uzur. Masa berbual tu, dia pun cerita la pasal penyakit2 yang ada pada zaman millenium ni. Gerun juga aku dengar sebab penyakit menyerang tak kira tua atau muda. Pendek kata, untuk mengecapi hidup yang optimum, kita kena amalkan gaya hidup yang sihat.

Kisah pakcik ni mengingatkan aku kepada suatu cerita. Ada seorang kenalan aku ni, dia cakap dia ada sakit kritikal. Dia cerita kat aku antara ubat2 yang pernah dia makan semasa dia sakit. Antara ubat-ubat yang dia makan adalah seperti dlm gambar yang aku selitkan kat bawah ni. Tulisan yang warna merah tu, di tulis oleh doktor yang beri ubat tu supaya dia tu tak lupa ubat yang dia makan tu untuk sakit apa.

Ni ubat krim. Sapu kat tempat yang sakit. Doktor tu cakap, kalo umur awal 20 an atau awal 30 an, memang tak pakai sangat ubat ni kecuali kali anda sakit kritikal.

Kata doktor tu lagi, kalo dah dapat ubat tahan sakit jenis krim tu, tak dapat dah ubat jenis pil ni. So, akan dapat salah satu la. Lagipun, ubat tahan sakit ni bukan elok sangat pun untuk kesihatan. Makan la jika betul2 memerlukan je. Kalo tak sakit atau buat2 sakit, jangan amalkan k...

Ubat ni kalo ada gastrik. Kawan aku tu memang selalu diserang gastrik. Maybe sebab dia tak jaga pemakanan dan tak ikut jadual pemakanan yang betul. Tapi jika anda dah biasa train perut anda supaya tak makan, dah biasa mogok lapar, atau dah biasa berhari2 tak makan, mungkin anda tak memerlukan ubat ni kerana perut anda dah immune dgn keadaan kebuluran.


Ni ubat untuk sakit2 saraf. Kalo sakit otak, tak bole makan ubat ni sebab sakit otak, melibatkan saraf lain yang mungkin perlu cara pengubatan yang lain.

Kesimpulannya, tak de sapa dalam dunia ni sangat sukacita nak sakit. Semua orang nak sihat. Tapi, takdir yang menentukan segalanya. Jadi, selagi bernyawa, hargailah setiap detik yang kita ada di sepanjang kehidupan kita. Isilah masa yang terluang dengan perbuatan yang baik dan berdoalah agar kita diberi kenikmatan, kesihatan dan juga kesejahteraan olehNya setiap masa...

Masa muda hanya sekali. Jangan sia-siakan apa juga yang kita perolehi. Kesihatan adalah perkara penting yang perlu di titik beratkan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri sendiri bahawa, jangan sesekali mengabaikan kesihatan dan penjagaan diri. Jangan kita sesekali mendera dan mengabaikan kesihatan diri sendiri. Jangan sesekali menzalimi diri kita apatah lagi menzalimi insan lain.

1 comment:

  1. try la suggest dia lingzhi....
    ko pun tau kan apa fungsi lingzhi.....
    kalo nak, blh bawak aku jupe dia

    ReplyDelete