Tuesday, May 10, 2011

JEJAK KASIH...

Jumaat minggu lepas, tetiba seorang kawan mem'forward' no telefon seseorang kat facebook.. jeng jeng jeng...

Finally, setelah bertahun-tahun lamanya, aku berjaya menjejaki semula BFF aku... Alhamdulillah!

Mengimbau semula usia persahabatan kami... Dah sepuluh tahun tau! Kami sekelas sejak matrikulasi then masuk universiti yang sama... (**** Ok, aku dah terasa sangat tua bile mengimbau semula memori lama macam ni. Huhuhu ***)

BFF aku ni lelaki. Dari awal berkawan dgn dia, sampai la sekarang memang aku anggap dia kawan, dan dia pun anggap aku kawan. Susah dan senang bersama. Masa zaman matriks sampai la zaman U, mamat ni selalu bantu aku, then selalu bagi nasihat dan pandangan seikhlas mungkin.

Dan aku memang layan lelaki dgn sedikit kasar (supaya takde yang berani nak ambik kesempatan... :-p ). Tapi dia bole get along dgn perangai aku. Dan aku pun bole terima dia sebagai kawan aku.

Dan bile usaha mencari dia bertahun2 lamanya membuahkan hasil, aku jadi gumbira lalu jadi fren dgn dia kat facebook. Dia dah kawin awal tahun lepas dan sekarang dah dikurniakan seorang cahayamata. Tapi aku rasa, dia masih seperti dulu. Mesra dan ikhlas.... Tu yang aku selesa berkawan dgn dia...

Aku suka berkawan dgn orang. Tapi jarang dapat kawan yang betul2 close di hati aku... Sebab aku suka berkawan dgn orang yg simple dan ikhlas...

Dan dia sekarang masih seperti dulu. Memberi nasihat yang pedas tetapi ikhlas... Nasihat dan pandangan dari seorang lelaki... Terima kasih kawan! Dia pulak tak dapat contact aku memandnagkan aku dah tukar nombor telefon. Aku lupa nak inform dia... Huhuhuhu...

Tapi bak kata seorang teman blogger, aku tak leh nak rapat sgt dgn BFF aku ni memandangkan aku risau isteri dia cemburu.. Yup, kawan biasa2 sahaja.... Aku faham.... :-) Syukur alhamdulillah di atas pertemuan jejak kasih ini... :-)

3 comments:

  1. sepanjang aku hidup... takder BFF perempuan
    rugi2

    ReplyDelete
  2. musti best kan bila dah jumpa BFF kembali, terus kekal bkawan.. (",)

    ReplyDelete
  3. rozaimi : cari la BFF perempuan... Bole tukar2 pendapat n saling bantu membantu... Tapi make sure tak fall in love dgn dia lak. Kang bertukar lak status BFF tu.. Huhu

    shima : gumbira bila jumpe dia balik... Akan terus berkawan dgn dia... :-)

    ReplyDelete