Wednesday, May 18, 2011

MEMINATI,MENYUKAI, MENYAYANGI & MENCINTAI SESEORANG...

Susah betul nak bezakan antara minat dan suka kepada seseorang.. Selalu terkeliru perasaan antara minat dan suka... Is it sama dgn jatuh cinta?

Aku ni memang susah nak bagi orang rapat dengan aku. Dan kalo orang yang aku selesa, aku akan rapat dgn orang tu je and anggap dia sebagai family aku... Meaning, aku akan layan dia sebagai sebahagian dari hidup aku...

Bukan mudah nak menaruh kepercayaan kepada seseorang... Apatah lagi nak suka kepada seseorang... Sebab semuanya bermula dari keserasian...

Namun, keserasian sahaja tak cukup kalo kita tak ambik berat tentang orang2 yang hampir dalam hidup kita... Dari situ baru timbulnya perasaan sayang...

Dan bukan mudah juga kita nak sayang seseorang... Memerlukan banyak keberanian, kepercayaan malah perlu banyak kali fikir sama ada kita sanggup susah dan senang bersama dia...

Maka, bukan mudah nak cari teman sejati.. Teman sejati adalah insan yang banyak akan mempengaruhi hidup kita.. Dan kita tak akan berkira dengan dia...

Seringkali juga, dari perasaan sayang, timbul pulak cinta... Tapi adakah apa yang kita rasa tu betul2 cinta atau sekadar perasaan sayang dan minat yang kita sering keliru? Macam mana pulak nak bezakan perasaan ni?

Bagi aku, mencintai seseorang bermakna menerima dia seadanya... Is it?

Dan, bila kita meminati, menyukai , menyayangi dan mencintai seseorang, kadang kala kita pun tak perasan dan tak pasti dgn perasaan kita tu... Cuma kita rasa gembira bila ada dia.... Dan seringkali juga, kerana kita gagal untuk membezakan dan menyelami apa yang hati kita rasa, maka kita sering membuat keputusan yang salah...

Kita selalunya tak nampak apa yang ada di depan kita. Malah kita tak hargainya.. Sebab apa? Sebab kita dah terbiasa dengan adanya dia... Dia tak kemana-mana... Sentiasa ada di depan mata. Maka, kita kurang mengambil tahu tentang kepentinggannya... Namun, bila dia tak ada, saat tu baru kita sedar bahawa kita sangat memerlukannya...

Maka, jika anda merasakan sy mula mempengaruhi dan mula menjadi sebahagian dari hidup anda, maka berterus-teranglah tentang isi hati anda itu... Kerana sy tidak akan selalu ada untuk anda pada masa hadapan.. Mungkin di saat anda merasakan sy sangat berharga dalam hidup anda, di saat itu sy juga telah beredar membawa haluan sy sendiri...

Kerana, kita hanya manusia... Selama mana kita mampu bergantung kepada harapan dan impian semata-mata?

Meminati, menyukai, menyayangi dan mencintai seseorang bukanlah satu perbuatan yang salah...

2 comments:

  1. betul. dah jumpa terus terang ja
    kene rejek belakang kira

    ReplyDelete
  2. aimi, betul tu... kita kena usaha apa sahaja yang kita terdaya sebelum berputus asa...

    ReplyDelete