Saturday, May 21, 2011

PIRATES OF THE CARIBBEAN VS NUR KASIH THE MOVIE





Hari ni, teruja gile nak tengok cite Pirates of the Caribbean : On stranger tides... Memang tak pernah ketinggalan menonton siri filem ni... Kul 9.30 malam, masuk panggung untuk menonton filem ni. Memang penuh. Terpaksa la melenguhkan leher untuk tengok kat baris kedua depan skrin. Huhuhuhu..

Kiera Knightley (betul ke eja nama ni?) dan Orlando Bloom dah tak ada dalam cite ni. Heroin diganti dengan Penelope... Overall cite.. Hmmmmmmm...... Tak nampak 'spark' cite ni...

Nama Pirates of the Caribbean yang begitu gah sebelum ni, aku rasakan sangat mendatar dalam siri kali ni. Rasa tak teruja pun... Walaupun banyak action, aku tetap tak rasa sesuatu yang mengujakan sepanjang cerita ni... Cite ni panjang pulak tu. Dua jam kalo tak silap aku.... So sabar je la menontonnya...

Sebaik sahaja abis cite Pirates, aku masuk panggung lagi sekali untuk Nur Kasih The Movie. Memang keje gile.. Huhuhuhu. Ni la first time aku tengok wayang midnight. Tak ramai yang menonton cite ni. Mungkin sebab da tengah malam...

Seriously, aku memang tak pernah menonton drama ni. Malah tak tahu pun apa jalan cerita drama ni. Tapi aku nak sokong industri filem Malaysia. Dengar cite, filem ni best.. So, tak salah mencuba kan?

Hasilnya, aku rasa filem ni bosan... Bukan sebab pelakonnya... Jalan cerita memang mudah faham tetapi tak sempat nak feeling apa-apa, dah masuk plot cite lain. So, memang tak rasa sedih malah tak rasa apa. Tak meninggalkan kesan di hati aku... Aku tak expect tinggi pun untuk cite ni. Tapi, still rasa kecewa. Untuk penggemar dan pengikut setia drama ni mungkin suka kot. Tapi aku dan kawan aku, memang tak sabar nak tunggu ending... Walau apa pun, moral dan unsur dakwah yang diselitkan dalam filem ni memang bagus untuk direnungkan dan dijadikan pengajaran...

Nak lari dari topik sikit... Teringat pulak hari tu aku ada pergi menonton filem Seru... Pun mengecewakan. Malah aku dan kawan aku rasa pening dengan gaya pengambaran yang menggunakan ala-ala video camera. Dan rasa nak muntah disebabkan elemen kamera yang bergoyang-goyang tu. Tak tahu kenapa... Malah sangat runsing menonton cerita tu... Tak seram pun. Ala-ala cite pembunuhan je...

Kesimpulannya, filem yang disebut dalam entry kali ni memang mengecewakan aku.. Tapi bole la untuk melepaskan tekanan kerja...

Kepada yang nak tengok filem2 yang sy ceritakan dlm entry kali ni, gi la tengok. Tak salah mencuba. Selera kita mungkin tak sama. Yang tak best di mata sy (dan di mata kawan saya!), mungkin best pula di mata anda... Lagipun, ni pendapat peribadi saya je... The best movie di mata sy setakat ni tetap Fast 5! Selamat menonton dan selamat berhujung minggu ye! :-)

4 comments:

  1. aku suka seru tu. ending ja x suka

    ReplyDelete
  2. aimi, cite tu ok cuma tak sesuai dgn selera sy... :-)

    ReplyDelete
  3. nk g tgk nur kasih juga.. hehehehe... harap2 xmengecewakan sy (",)

    ReplyDelete
  4. shima, gi la tengok... pendapat sy mungkin berbeza... :-)

    ReplyDelete