Sunday, May 8, 2011

AKU SUNGGUH TERLUKA....

Demam... Mungkin disebabkan oleh musim panas. Atau juga kerana terkejut sebab keretaku yg comel tu dilanggar oleh motor budak sekolah. Lekuk pintu kete aku. Sungguh bangang budak tu. Aku nak masuk simpang opis. Aku memang bawak slow sebab ada motor kat depan kete aku. So aku follow je makcik tu nye motor. Then aku bagi signal and aku nampak motor budak sekolah tu jauh lagi kat belakang. Tetiba je masa aku membelok, dia menempek jugak kat tepi kete aku n langgar pintu kete aku. Sungguh bangang. Actually, yang bawak motor tu mungkin abang dia. Nasib baik budak sekolah tu tak ape2. Aku pun dgn kereknya cakap, "Kan sy da bagi signal dari jauh tadi."

Budak bangang tu jawab, "Sorry kak. Tapi tak kena apa2 pun kat kete akak ni."

Aku dgn perasaan perikemanusiaan siap tanya, "Ok tak kaki tu?"

"Ok kak.. Takde pape...".

Aku pun blah. Then masa aku parking kete, org opis aku tunjuk 1 lekuk kat pintu kete aku. Aku menyumpah2 budak bangang tadi. Huh! Tu mesti kes tak puas hati mak suruh hantar adik gi sekolah. Masa tu da kul 7.40 pagi. So da lewat nak gi sekolah la tu. Ko marah kat mak ko, aku nye kete lak jadi mangsa. Budak keparat betul!!!

****

Kisah yang lain pulak. Ada la isteri seorang kawan aku ni. Memang close dgn aku n aku pun layan dia baik. Aku ni memang suka berkawan. Tiba2 dia cakap kat aku, "Suami sy skrg ni kalo tido malam selalu sebut2 nama awak..."

Aku terkedu. Hah????

"Isy,. pandai2 je nak cakap macam tu.", aku jawab balik.

"Iye...."

Aku faham maksud dia. Maknanya dia ingat aku n husband dia tu ada apa2 la tu.... Huh! Gile ke? Aku anggap dia tu kawan je la... Tak pernah layan dia lebih2 pun. Aku tahu batas2 nye dimana. Lagipun, kalo suami dia sebut nama aku, aku ke yg bersalah dlm hal ni? Bukan aku yang masuk dlm mimpi2 dia. Huh!!!!

"Eh, sy tak pernah ada apa-apa dgn dia. Awak jgn risau la... Sy memang suke berkawan. Sy layan semua org sama je. Dengan sy awak tak perlu nak risau apa2". Aku menjawab slumber.

"Sy tahu...", jawabnya semula.

Kalo dah tahu, kenapa nak cakap ayat macam tu? Maybe suami dia tak pernah pun sebut nama aku dalam mengigau... Dia saja je cipta cerita tu sebagai hint supaya aku jgn rapat dgn suami dia tu (bak teori kawan aku.).

Susahnya hidup..... Aku tak buat salah pun, orang fikir bukan2.... Susahnya nak berkawan zaman sekarang ni. Kena berhati2 dalam segala hal.


******

Dalam hal yang lain..... Ada seorang kawan aku ni.. Pelik sikit sebab dia bomoh. Actually dia kawan sekerja tapi mamat ni berminat la pulak dgn alam2 mistik ni.. Masa aku tengah asyik basuh kete kat opis, tetiba mamat ni menghampiri aku...

"Nak tanya sikit bole tak?", katanya.

"Apa dia?", balas aku.

"Nak kawan bole tak?", dia dgn tanpa cover2nya bertanya.

"Eh, sy kawan dgn semua orang. Sy kawan dgn org dari pangkat tgi sampai la rendah. Sy jenis yang tak kisah dlm berkawan", aku membalas sejujur mungkin.

"Antara ramai2 yang awak berkawan tu, ada tak yang awak suke?", dia bertanya.

"Ada...", aku membalas ringkas. Tapi aku dah start rasa tak selesa dgn soalan2 dia.

"Siapa?", soalnya lagi. Amboi!!!!! Ni dah lebih! Hal peribadi aku, sukati aku la nak suka sapa. Nape lak dia nak ambik tahu?

"Rahsia..." Aku balas sambil tersenyum dan blah...

By the way, sebelum dia tanya aku soalan awal2 tadi tu, aku ternampak dia tengah bersila sambil macam menilik (amalan2 bomoh la). Aku syak dia menilik tentang aku. Sebab tu aku bengang.

Well, bagi aku menilik seseorang adalah perkara yang salah dlm amalan ilmu2 tradisional ni. Mana bole suka2 je nak baca orang tu macam mana. Lainla kalo orang tu sakit dan mintak tolong nak berubat. Masalahnya, aku tak mintak pun dia tilik aku. Dan aku tak suka orang nak tengok2 aku ni macam mana. Aku ada life aku sendiri. Nak kawan, kawan la secara normal. Jgn guna ilmu yg bukan2.

Then dia cakap, (kebetulan aku demam), kononnya ada hantu ikut aku kat belakang dan dia bole tolong halau hantu tu kalo aku nak... Aku menolak dgn baik...Takpe la.... Aku tak rela...

Aku juz nak cakap, kalo dia berani lagi nak tilik aku untuk kali kedua, ketiga dan kali keberapa pun, perut dia akan membuncit dan meletup... Sila jgn nak buat sesuatu tanpa keizinan aku. Sungguh aku tak berkenan!


*********


Aku akhir2 ni menyedari aku suka kepada seseorang... Malangnya, aku dapat tahu dia tu GAY.... Tapi aku harus melupakan dia tapi aku rindu sangat2 kat dia.... Macam mana ni? :-(



*****

Semua kisah ni sengaja aku tulis di sini... Ini menunjukkan aku sebenarnya tertekan dgn hidup aku sekarang. Aku fall in love dengan seseorang yang aku tak bole nak fall in love (sebab naluri dia yang sungguh tersimpang), then dijadikan sebagai bahan cemburu, kemudian menjadi bahan tilik alam mistik tanpa keizinan aku sendiri, di soal siasat tentang isi hati aku tanpa kerelaan, juga dilanggar walaupun telah berhati-hati dan mengamalkan semua langkah2 keselamatan...

Semua orang fikir pasal kepentingan hidup korang je. PERNAH KORANG FIKIR PASAL APA YANG AKU RASA??????

2 comments:

  1. pasal bahan cemburu tu... bukn x blh kawan tp isteri mana x jeles yer dak. so lebih baik ko elakkan rapat sgt.

    ReplyDelete
  2. rozaimi: baiklah.. akan ku turuti nasihatmu itu... :-)

    ReplyDelete